Cara Masak Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Nak tau cara masak ayam panggang ala Kenny Rogers tak? Tak susah rupanya nak masak ayam panggang yang luar nampak garing tapi dimakan sangat juicy.

Time kes Covid-19 makin tinggi mencanak dan fasa PKP ni, nak keluar rumah pun rasa risau. Tapi teringin nak makan ayam panggang ala Kenny Rogers.

Anak pulak merengek-rengek cakap lama tak makan kan. So apa kata suri-suri buat je sendiri. Rupanya senang je nak buat. Bahan-bahan pun jenis masuk akal senang nak cari. Kat kedai runcit dekat rumah pun ada jual.

Kak Suri pun dah try buat, memang anak-anak suka sangat makan dan tak habis-habis memuji. Alahai kembang Kak Suri hehe.

Cara Masak Ayam Panggang

Godek-godek facebook ternampak posting resepi ayam panggang cikgu masak Azlina Ina yang juga Usahawan bakeri terkenal pemurah kongsi resepi termasuk menu jualannya sendiri.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • brokoli
  • kentang
  • tomato
  • cendawan butang
  • lemon

Sayur-sayuran tu option je tau. Kalau tak nak letak pun takde hal. Tapi kalau letak sekali dengan ayam, selesai masalah takde sayur-sayuran. So konsepnya sekali masak semua nutrisi ada dalam satu menu…haa gituh..

Bahan-bahan rempah:

cara masak ayam panggang
Bahan-bahan rempah ayam
  • 1 labu bawang besar holland belah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 sb sos lada hitam
  • 5 sb jus lemon
  • 1 kiub pati ayam
  • sedikit garam
  • 3 sb madu
  • 2 biji kentang dah siap rebus dgn garam sikit lepas tu belah 2
  • 1 inci halia
  • gula melaka besar lebih kurang 2 ibu jari, kalau terlebih pun tak pe, manis sikit ayam tu nanti
  • 2 sb majerin

Cara membuat:

  • Blend semua bahan rempah dengan sedikit air janji boleh gerak blender tu.
Macam tu caranya selit semua rempah dan sumbat lagi dalam ayam

  • Sapu pada keseluruhan ayam, selit rempah sikit-sikit kat tempat kelar ayam. Perap selama lebih kurang 2 jam dalam peti ais.
Susun sayur-sayur yang korang nak letak kat ayam
  • Lepas 2 jam, keluarkan ayam dan boleh susun sayur-sayur dan tambah sos sikit. Boleh letak 1-2 sudu besar majerin sekeliling loyang bagi ayam tak melekat masa bakar.
  • Tabur sikit lada hitam atau boleh juga lumur sikit lada hitam sebelum tuang kuah.
  • Bakar dalam oven pada suhu 200 darjah celcius atau ikut oven masing-masing cuma api jangan perlahan sangat nanti ayam kering tak sedap.

Cara buat sos ayam panggang:

cara masak ayam panggang
Sos cicah yang meletop rasanya
  • 10 tangkai cili siam merah (wajib merah)
  • 3 sb gula
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 sb perahan lemon
  • 2 sb sos ikan
  • 2 sb sos masam manis
  • sedikit air
  • Tumbuk cili, bawang putih dan gula sampai hancur. Masukkan perahan jus lemon. Tambah sos ikan, sos masam manis dan sedikit air. Kacau rata dan siaplah sos cicah. Nak lg sedap tambah masa tumbuk tu gula melaka lg aumm.

Oklah di harap suri-suri semua boleh try lah buat menu ni ye. Tapi awas jangan salahkan Kak Suri kalau sekelip mata ayam seekor tu lenyap begitu sahaja…hahaha

Leave a Comment!

error: Content is protected !!