Air Milo Viral Bancuh Sendiri, Rasa Memang Power

Air milo viral bancuh sendiri yang pernah viral suatu ketika dulu. Ini buat kita teringat zaman persekolahan. Setiap kali van milo datang berebut-rebut dengan kawan nak minum air free.

Kadang kala sebab berebut menyebabkan air tertumpah pada baju sekolah. Akibatnya balik rumah kena bebel dengan arwah emak. Maklumlah bukan senang nak hilangkan kesan air milo pada baju hanya guna sabun buku cap kapak.

Mengingati zaman persekolan itu pasti membuatkan kita terkenang memori lama yang terpahat kukuh diingatan. Oleh sebab itu apabila melihat orang menjual air milo van di pasar semalam buat sis terkenang memori lama. Dapat makan dengan donut gebu memang layan. Ini Resepi Donut Mudah Dan Gebu untuk korang cuba buat.

Sebenarnya sudah lama mencari macam mana nak membuat air milo viral seperti van milo dulu-dulu. Banyak juga mencari resipi tetapi tertarik dengan perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Facebook.

air milo viral

Rahsia membuat air milo viral macam van milo adalah kerana sukatan susu yang betul. Bukan main letak saja kerana jika salah sukatan, air dibuat boleh cair dan tidak sedap.

Ayuh, ikuti perkongsian ini. Bukan untuk kita jual sendiri, tetapi untuk minum seisi keluarga. Mungkin jika air tak habis, anda boleh buat ais krim milo dan makannya ketika cuaca panas. Memang mengancam lah.

Artikel Lain: Cara Masak Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Cara buat air Milo sedap macam yang kita minum dari van Milo  kat sekolah dulu.

Resepi air milo ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air..anda boleh ubah resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri..

Jangan tanya saya apa-apa sebab saya tak dapat komisen pun dari Milo..ok lah untuk memendekkan cerita ini resipi bacuhan air milo seperti van milo di sekolah dulu-dulu.

Resipi Air Milo Viral Bancuh Sendiri

Bahan-bahan:

  • 8 tin Susu Pekat
  • 8 tin Susu Cair
  • 4 liter Air panas
  • 4 paket Milo (1kg) total 4 kg
  • Ketulan Ais
air milo viral

Cara membuat:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali ais dan kacau rata
  2. Tuangkan bahan bancuhan tadi ke dalam bekas air
  3. Masukkan ketulan ais

Kalau nak buat guna sekilo Milo resepi di atas bahagikan kepada 4 bahagian dan seterusnya lah..buat kira-kira anda sendiri kalau nak kurang atau lebihkan bahan.

Perlu diingatkan bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut..

Saya tidak bertanggungjawab kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori..mendapat diabetes..kos dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo..

Selamat Mencuba!!

via FB/Syahrin Yen Zaini

Jadi kepada anda yang mahu buat air milo viral bancuh sendiri ini boleh cuba resipi diberikan. Namun dia tidak bertanggungjawab jika kos dapur di rumah meningkat gara-gara mahu mendapat hasil diinginkan.

Artikel Lain: Resepi Mee Sup Bebola Tenggiri

Leave a Comment!

error: Content is protected !!