Resipi sambal telur hancur jadi pembuka selera waktu nak bersahur. Maklumlah waktu ini tekak memang tak lalu nak makan apa kecuali masakan yang panas dan pedas.
Namun diingatkan jangan makan makanan yang terlalu pedas, takut nanti mengundang masalah sakit perut pula sepanjang seharian berpuasa.
Artikel Lain: Mudahnya Buat Tauhu Berlauk, Ini Resipi Tersedap
Pilihan resipi paling sedap dan senang disediakan adalah sambal telur hancur. Cara penyediaannya juga cukup ringkas dengan bahan asas yang memang ada di dapur. Hanya perlukan telur serta bahan lain seperti bawang dan cili kisar.
Tempoh memasaknya juga sekejap dan masih sempat menyediakannya walau anda bangun sekitar 5.30 pagi. Aroma masakannya pasti mampu membuka selera untuk makan nasi waktu begitu.
Perkongsian resipi nenek dari Raihan Bashdin ini mengimau momen sewaktu kita berpuasa di rumah nenek suatu ketika dulu.
Hidangan ini paling sedap dan kalau boleh nak hari-hari berbuka puasa dengan sambal telur hancur.
Ada pelbagai resipi tetapi resipi yang dikongsi ini amat mudah dan tidak terlalu renyah. Jadi bagi yang tiada idea untuk masak waktu sahur nanti boleh cuba resipi ini.
Kalau nak sediakan untuk berbuka puasa pun boleh juga, asalkan ada beberapa lauk sampingan lain.
Telur juga merupakan sumber protein yang bagus untuj kesihatan tubuh badan. Malah bagi yang nak diet juga boleh makan makanan berasaskan telur.
Menu Simple Sahur
Sambal Telur Hancur resepi nenekku. Biasanya, kalau buat sambal, hancurkan terus dalam sambal.. Tapi, resepi ini kena goreng dulu telur hancur sampai garing.
Goreng dulu telur, ikut atas berapa korang nak makan & goreng hancurkan dan biar garing sedikit n angkat.

Untuk sambal, tumis dengan cili kisar, bawang dan bawang putih.

Apabila sudah garing, masukkan sos tiram, sos cili, asam keping, garam dan perasa
Kemudian bila dah sebati, masukkan sedikit air. Akhir sekali baru masukan telur tadi

Taraaa, dah siap. Boleh dimakan dgn nasi panas bersama ulam timun..

Artikel Lain: