Resipi Kari Tulang Guna Periuk Tekanan, Tetap Kena Tumis Darat Rempahnya Baru Umph!

Resipi kari tulang banyak versi. Ada yang bubuh bahan itu, ada yang tambah bahan ini. Ada yang tak letak santan, ada yang letak halba. Tak kisah, asal sedap pada tekak kita kan?

Tulang lembu biasanya dimasak sup tapi bila masak kari pun tak kurang sedapnya. Yang penting bila masak tulang lembu, kena pastikan dagingnya lembut. Kalau boleh ‘terlerai’ daripada tulangnya. Kalau liat, boleh buat ‘potong selera’!

Resipi Kari Tulang Guna Periuk Tekanan

Zaman sekarang dah serba moden dan mudah. Dengan terciptanya periuk tekanan atau pressure cooker, lagi mudah kerja memasak. Tak perlu lagi masak berjam-jam. Masukkan je di dalam periuk tekanan sekitar 30 minit, gerenti tak liat dah.

Ada orang yang suka masukkan semua bahan termasuk rempah ratus ke dalam periuk tekanan dan tunggu masak je. Sangat mudah. Tapi untuk Suri secara peribadi, lebih suka kalau rempah ratusnya ditumis darat berasingan. Baru lebih umph!

So, di sini Suri Kongsikan resipi kari tulang ala Suri ye. Gerenti sedap!

Semak resipi lain di sini:

RESIPI KARI TULANG

Bahan-Bahan:

1kg tulang lembu – bersihkan dan masak di dalam periuk tekanan bersama air selama 30 minit

1 paket kecil serbuk kari daging

2-3 sudu makan serbuk cili

Rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pegaga

1 sudu makan halba

1 sudu makan serbuk ketumbar

2 tangkai daun ketumbar

Daun kari

Sedikit air asam jawa

Sedikit santan

3 batang Cili hijau – belah dua

10 biji cili padi hijau – pilihan

1 biji tomato –potong empat besar

3 biji kentang – potong empat

Minyak masak

Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

7 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci halia

CARA MEMASAK KARI TULANG:

Panaskan minyak di dalam periuk, dalam kuantiti agak banyak agar hasil tumisan rempah kita akan masak lebih cantik nanti. Masukkan rempah empat sekawan, daun kari dan akar ketumbar. Daun ketumbar ketepikan dulu. Masukkan pula bahan yang dikisar tadi. Kacau sebati.

Masukkan pula kari daging dan serbuk cili yang telah dijadikan pes. Kacau sekata.

Resipi Kari Tulang Guna Periuk Tekanan, Tetap Kena Tumis Darat Rempahnya Baru Umph!

Masak hingga rempah masak sepenuhnya dan terbit minyak. Setelah itu, tuang air rebusan tulang tadi ke dalam periuk. Tak perlu tambah air biasa, gunakan air rebusan saja untuk kuahnya. Kacau perlahan.

Setelah itu, masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti santan pekat. Gaul sekata dan masukkan hirisan kentang. Kacau lagi.

Resipi Kari Tulang Guna Periuk Tekanan, Tetap Kena Tumis Darat Rempahnya Baru Umph!

Masukkan sedikit air asam jawa, hirisan tomato dan perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan pula cili besar hijau dan cili padi hijau. Biarkan ia mereneh dengan api agak perlahan. Kacau dari semasa ke semasa.

Akhirnya sekali, tabur daun kari dan daun ketumbar, tutup periuk. Ia untuk menaikkan lagi aroma kari itu. Siap!

Selain kari, rendang pun sedap kan?

Leave a Comment!

error: Content is protected !!