Masak sambal bilis memang cukup mudah, ada macam-macam versi. Ada yang suka tekstur bilisnya lebih rangup, jadi perlu digoreng dulu berasingan sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Ada juga yang terus masukkan ke dalam sambal. Terpulang.
Tapi secara peribadi, Suri lagi suka digoreng dahulu kerana lebih rangup nanti. Kalau tak, lembik je.
Sedapnya Sambal, Masak Hari-Hari Pun Sanggup!
Selain itu, sambal bilis boleh digandingkan dengan macam-macam; boleh ganding dengan tempe, tauhu, kentang dan sebagainya. Dengan petai pun sedap. Pehh!!
Terpulang pada selera masing-masing. Penangan sambal ni jangan buat main tau. Yang gemar, hari-hari masak sambal pun boleh. Lagi pula, masak sambal sangat mudah. Bahan pun tak banyak. Cuma sekarang ni, ikan bilis makin mahal…lagi pula, kena kontrol juga makanan yang berminyak ni kan?
Ikan bilis adalah ikan kecil yang banyak terdapat di laut beriklim sederhana di seluruh dunia. Ia banyak dijadikan perencah dalam pelbagai masakan lain.
Ada resipi lain di sini: https://surihack.com/tauhu-telur-masak-sos-tiram-dengan-isi-ayam-mudah-dan-gerenti-sedap/
Masak Sambal Bilis, Tau Tak Apa Khasiatnya?
Kalau nak tahu, ikan bilis adalah sumber yang kaya dengan selenium, iaitu mineral yang sangat mesra jantung. Selenium mmainkan peranan mikro nutrient daam menjaga kesihata jatng dengan mencegah arteri daripada tersumbat dan mengekalkan saluran dalam dalam keadaan sihat.
Ia juga kaya protein dan kalsium. Selain itu, ikan bilis kaa dengan tiga vitamin iaitu A, D dan E.
Ya, memang banyak khasiat yang ada dalam ikan bilis, TAPI AWAS!. Ia juga tinggi urin asik. Jadi bagi yang ada gout, sakit sendi, ambil berpada-pada ya! Ikan bilis yang dimakan tanpa membuangperut dan kepala, adalah amat tinggi kandungan kolesterol.
Okaylah. Itu sedikit info yang dapat Suri kongsikan. So, jom cuba resipi masak sambal bilis dengan tempe dan tauhu ni. Nak lagi sedap, bahan-bahan jangan dikisar halus. Sebaiknya tumbuk kasar. Pehh!
MASAK SAMBAL BILIS TEMPE DAN TAUHU
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis – anggaran segenggam
4-5 keping tempe – potong dadu
2 keping tauhu – potong dadu
10-15 biji merah besar
7-10 biji cili padi hijau – terpulang pada tahap kepedasan yang dikehendaki
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
Garam dan gula
Sedikit Serbuk Cukup Rasa Manggi – pilihan
Minyak masak
CARA MEMASAK SAMBAL BILIS TEMPE TAUHU:

Mula-mula, tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah besar. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
Kemudian goreng pula tempe yang dah dipotong dadu, diikuti dengan tauhu yang juga telah dipotong dadu. Sebelum goreng, lumur sedikit garam. Tapi, kalau tak nak pun tak pe.

Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan kemudian tumis semua bahan tumbuk tadi. Goreng hingga terbit bau wangi. Masukkan asam gelugur.
Masak hingga sambal benar-benar masak sepenuhnya, cili berubah warna dan minyak mula naik. Setelah itu perasakan dengan garam, gula dan sedikit Cukup Rasa Maggi.
Kemudian boleh masukkan ikan bilis, tempe dan tauhu tadi.

Gaul sebati. Tutup api dan sedia dihidangkan.