RESEPI RENDANG PADANG ASLI(INDONESIA) | Siapa peminat nasi padang? Rasanya enak bangat tau. Secara purata sebulan sekali pasti akan pergi ke mana mana restoran padang untuk melepas gian.
Memang berbeza dengan rendang negara kita. Setiap kali ke kedai nasi padang, selain ambil gulai kalio ayam juadah rendang padang mesti ada juga terselit. Susah untuk ditinggalkan kerana rasanya yang sangat ‘rich”
Boleh tengok bahan bahan yang diperlukan, memang sangat banyak dan berbeza dengan rendang negara kita. Rendang padang ni kalau perasan mesti ada daun salam, sebab itu rasanya tak sama dengan rendang negara kita,
Eh korang pernah masak rendang ayam pencen? itu pun sodap.
Setiap kali lebaran kita pasti akan menyediakan juadah rendang kan. Apa kata kali ini kita mencuba rendang padang. Kalau ada periuk noxxa, akan lebih mudah sebenarnya. Daging pastik empuk dan lembut. dan dapat menjimatkan masa bila masak dengan resepi rendang padang ini
Jom kita cuba masak rendang padang kali ini
Bahan Bahan
- 1 kilo daging lembu (dipotong)
- 1 batang serai (dikatok)
- 2 helai Daun salam
- 1 helai daun kunyit (Di potong besar)
- 6 helai daun limau purut
- 2 sudu besar kerisik (tambahan)
- ½ cawan minyak masak
- 800ml santan fresh
Bahan Kisar A
- 15-20 batang Cili kering (Direbus dahulu)
- 12 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Lengkuas (sebesar ibu jari)
- Halia (sebesar ibu jari)2cm
- Kunyit hidup (tambahan)
- buah keras 5 biji
Bahasn Kisar B : REMPAH1
- Batang kayu manis
- 1 kuntum Bunga lawang
- 3 Biji buah pelaga
- 2 kuntum Bunga cengkih
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil jintan
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 biji nutmeg@buah pala
- (Sangai kesemua bahan rempah tanpa minyak 3-4 minit Dan kisar sehingga halus tanpa mengunakan air)
kalau mahu lebih sedap, sangaikan kelapa parut 8 sudu besar sehingga kering dan berwarna coklat2 Dan kisarkan sehingga halus, haaa ini lah rahsia resepi rendang padang ini
masukkan semasa Tumis BAHAN (A) tengah masak, jika mengunakan ini, tidak perlu Guna kerisik
Cara Memasak Rendang Padang
- Panaskan minyak,
- Masukkan BAHAN KISAR(A), daun kunyit, serai, daun limau purut Dan daun salam. Mengunakan API Yang Sederhana serta masak sehingga pekat Dan mengeluarkan sedikit minyak.2)Kemudian, masukkan daging Lembu, Dan masak sehingga sedikit pucat (mase nih kena perlahankan API Dan Terus kacau supaya tidak hangus)
- Masukkan santan, lebihan rempah tadi Dan kerisik, gaul rata Dan biarkan ianya masak sehingga empuk (sambil Terus kacau, dan balik2kan daging.4)Sebaiknya masakan rendang lebih lama dengan mengunakan API perlahan, supaya minyak santan Dan warna cili Akan mengeluarkan warna minyak Yang cantik.5)Apabila Sudah kering, perasakan dengan gula, garam Dan serbuk perasa dan tutup apiSELAMAT BERBUKA PUASA
Untung orang yang tak pernah merasa rendang padang, korang boleh cuba makan di restoran padang terlebih dahulu seperti nasi padang sederhana, nasi kapau jalan Tar.
Sekali kena pasni nak lagi