Resipi Lontong Sayur Lodeh

Resipi lontong sayur lodeh adalah antara hidangan yang sering kali tersaji di meja pada pagi raya. Bahkan sepanjang musim perayaan, ia turut disajikan sebagai salah satu hidangan.

Lontong merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia kerana ada banyak bahan sayuran di dalam kuahnya.

Biasanya ia turut dimasukkan dengan seafood seperti udang. Bahkan ia tambah enak bila dimakan dengan sambal tumis ikan bilis pedas atau pun kuah kacang. Pehh!

Kegemaran Ramai Tak Kira Masa

Selain hidangan pada musim perayaan, untuk hari-hari biasa, lontong selalunya dihidangkan untuk sarapan.

Nampak susah tapi senang je sebenarnya nak masak lontong sayur lodeh ni. Cuma proses penyediaannya agak lama sebab banyak bahannya. Selain itu, banyak bahan yang perlu digoreng dahulu secara berasingan.

Untuk kali ini, Suri masukkan sotong ke dalamnya. Suri padankan pula dengan kuah kacang daging. Memang umph!!

Sekarang musim open house. Bolehlah sajikan kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Selamat mencuba!

Cuba resipi ini juga: https://surihack.com/ikan-keli-goreng-super-garing-ala-ala-restoran-kruk-krap-bila-gigit/

RESIPI LONTONG SAYUR LODEH

Bahan bahan:

1/4 biji kubis – potong

1 potong nangka – rebus hingga lembut

1 batang lobak merah – potong

Putik jagung – potong

6 – 7 batang kacang panjang – potong

2 biji terung panjang – potong kecil

3 biji kentang – potong kecil

2 keping fucuk – rendam dan potong kecil

1 ikat suhun – rendam dan potong kecil

2 keping tempe – potong dadu

3 keping tauhu – potong kecil

2 batang serai – ketuk

1kg santan/santan kotak secukupnya

2 keping asam gelugur – hiris halus

Garam dan gula secukup rasa

Air secukupnya

Minyak masak

Bahan kisar:

8 ulas bawang merah

1-2 inci kunyit hidup

2 sudu besar udang kering – rendam dan tos

Cara memasak Lontong Sayur Lodeh:

Mula-mula, goreng tempe, tauhu, terung dan kentang secara berasingan. Angkat dan ketepikan.

Di dalam periuk, menggunakan minyak gorengan tadi, tumiskan bahan kisar dan serai yang diketuk hingga terbit wangi.  Masukkan nangka yang telah direbus. Gaul seketika dan masukkan sedikit air.

Masukkan fucuk dan suhun yang telah direndam tadi diikuti dengan santan secukupnya. Kacau perlahan. Sesuaikan kuah mengikuti berapa banyak dikehendaki.

Kemudian masukkan bahan-bahan lain yang telah digoreng, sayuran lain seperti lobak merah, kubis, putik jagung dan kacang panjang serta sotong. Masukkan asam gelugur. Gaul sekata.

Biarkan ia mereneh menggunakan api agak perlahan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Dalam masa yang sama, rebus ketupat segera.

Setelah kuah masak, bolehlah angkat. Enak dimakan dengan kuah kacang atau sambal bilis.

Semak sini: https://wawaazwa.com/2021/08/30/jering-tumbuk-masak-sambal-dengan-bilis-siapa-tak-makan-rugi/

One Response

  1. azni May 17, 2022

Leave a Comment!

error: Content is protected !!