Resipi Rebung Goreng Cili Padi Bilis, Simple Dan Jimat Masa

Resipi rebung yang ingin Suri kongsikan kali ini agak simple. Selalunya rebung dimasak masak lemak cili padi tapi kali ni kita goreng je. Simple tapi…tetap sedap tau. Bagi peminat rebung yang inginkan kelainan, bolehlah cuba resipi ini.

Lagi pula, bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas.

Tau Tak Apa Khasiat Rebung?

Rebung adalah pucuk buluh yang masih muda dan lembut. Biasanya dimasak masak lemak cili padi atau masak lemak putih. Digandingkan pula dengan daging salai, udang dan macam-macam lagi. Pehh memang sedap.

Agaknya orang muda zaman sekarang masih kenal rebung lagi tak? Payah juga nak jumpa rebung atau bamboo shoot ni kalau tak ke pasar-pasar tradisi.

Ia mempunyai pelbagai spesies dan antara yang paling terkenal adalah Bambusa vulgaris dan Phyllostachys edulis. Masyarakat Asia terutamanya akan menggunakan ia sebagai salah satu bahan makanan sama ada dimakan mentah, diproses, dikeringkan atau ditinkan.

Apa Nutrisi Dalam Rebung?

Selain itu, sayuran ini memiliki pelbagai kandungan nutrisi di dalamnya seperti karbohidrat, protein dan dua belas asid amino penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Pengambilannya dikatakan mampu menjadi salah satu daripada tindakan awal untuk mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya, termasuklah kanser.

Namun begitu, sayuran ini yang masih mentah mengandungi cyanogenic glycosides,iaitu sejenis toksin yang juga wujud di dalam ubi kayu. Toksin ini perlu dibuang terlebih dahulu menerusi kaedah memasak dan ia merupakan punca utama sayuran ini selalunya akan direbus terlebih dahulu sebelum dimakan.

Rebung boleh ditemui secara mentah, diproses, dikeringkan atau ditinkan di pasar malam, pasar tani atau pasar raya. (Sumber: website Hello Doktor)

Okaylah. Itu sedikit info tentang rebung yang Suri boleh kongsikan. So, jom cuba resipi rebung ni ye.

Semak resipi ini: Tauhu telur sos tiram

RESIPI REBUNG GORENG CILI PADI BILIS

Resipi Rebung Goreng Cili Padi Bilis, Simple Dan Jimat Masa

BAHAN-BAHAN:

1 bekas rebung (beli yang siap proses di pasar)

10-15 biji cili padi hijau

Sedikit Ikan bilis

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

Garam dan gula

Minyak masak

CARA MEMASAK:

Resipi Rebung Goreng Cili Padi Bilis, Simple Dan Jimat Masa

Mula-mula, hiris cili padi, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.

Resipi Rebung Goreng Cili Padi Bilis, Simple Dan Jimat Masa

Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan kemudian tumis semua bahan hiris tadi. Goreng hingga terbit bau wangi.

Kemudian boleh masukkan rebung dan gaul sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan angkat. Letak di dalam pinggan dan tabur ikan bilis yang digoreng tadi di atasnya. Siap! Mudah sangat kan? Masak pun kejap je.

Bagi yang suka, cili padi itu juga boleh ditumbuk/dikisar. Tapi kali ini, Suri hiris je. Nak cepat…:)

Nak resipi lagi: Resipi kerang masak kam heong

Leave a Comment!

error: Content is protected !!