Kelirulah masa bila nak guna whipping cream dan fresh cream ni?

Perbezaan Whipping cream dan Fresh Cream | kedua benda ni memang selalu buat kita keliru masa bila nak guna. Yang paling mengelirukan kerana kedua-dua bahan ini mempunyai perkataan cream. Sebenarnya senang sahaja nak bezakan antara fresh cream dan whipping cream.

Jom ketahui perbezaannya, supaya lepas ni tidaklah kita tersalah beli, supaya rasa masakan kita sehebat masakan direstoran hebat.

Mula-mula kena faham, dairy adalah tenusu manakala non dairy adalah bukan tenusu.

Variasi Jenis Cream

Sebenarnya terdapat 3 jenis krim yang biasa digunakan dalam masakan dan baking ini . Jumlah lemak susu yang memberi sifat berbeza selepas krim ini diputarkan. Itulah asas perbezaan antara jenis-jenis krim ini.

Perbezaan Whipping cream dan Fresh Cream

Fresh cream 

Ini yang paling mudah didapati di pasaraya berbanding jenis cream yang lain. Krim ini didapati daripada susu lembu yang kemudian diproses.

Bagi krim segar ni kandungan lemaknya adalah kurang 25% samalah seperti kotak berlabel cooking cream yang kita selalu nampak pada rak jualan.

Disebabkan kandungan lemaknya rendah, maka jenis krim ni tidak berapa stabil untuk diputarkan (whipped) dengan mesin pemutar atau tangan, dibentukkan menjadi topping dan sewaktu dengannya.

Ia bersifat tebal malah lebih tebal sedikit daripada santan pekat yang segar. Tapi kalau ada resepi yang gunakan santan, boleh gantikan dengan fresh cream ni jika mahu.

Fresh cream atau cooking cream boleh digunakan untuk memekatkan kuah, membuat sup cendawan, quiche, masakan kuah pasta, ais krim dan pelbagai lagi asalkan bukan sebagai topping yang dibentuk di atas kek dan seumpamanya.

Whipping cream

Manakala untuk whipping cream juga berasal daripada susu lembu yang diproses dan mempunyai jumlah lemak sekurang-kurangnya 30% ke atas yang menyebabkan ia lebih licin dan boleh diputar kembang ketika krim ini masih sejuk.

Whipping cream adalah lebih ringan dan tidak bertahan begitu lama selepas diputar dan dibentuk. Sesuai digunakan untuk topping ringan ataupun filling.

Whipping cream atau Krim putar ini biasanya ditambah dengan rasa manis dengan gula dan apabila diputar, ia tidak meninggalkan kesan berbiji pada tekstur krim ini. Ia juga boleh diwarnakan dan diperisakan seperti coklat dan sebagainya.

Selain dijadikan topping untuk kek, ia juga digunakan sebagai penghias minuman, dimakan bersama scones dan salad buah-buahan serta pelbagai lagi.

Harga Whipping cream ni pelbagai mengikut jenama. Yang famous macam emborg nih

Perbezaan Whipping cream dan Fresh Cream

Heavy cream

Heavy cream juga datang daripada susu lembu namun dengan kadar kandungan lemak yang lebih tinggi, iaitu lebih daripada 36%.

Ada dua kegunaan utama heavy cream ini iaitu untuk membuat sos berkrim dan juga krim putar. Oleh sebab peratus kandungan lemak dalam heavy cream lebih tinggi daripada whipping cream, maka apabila diputar, heavy cream dapat bertahan lebih lama dan lebih stabil dan apabila dimasukkan dalam masakan, heavy cream tidak mudah pecah atau berketul berbanding krim lain yang lebih ringan.

Krim putar tanpa tenusu ini dibuat daripada minyak sayuran dan tidak mengandungi laktosa. Oleh kerana ia dibuat daripada minyak sayuran, rasanya tidak lemak berkrim seperti krim lain yang berasal daripada susu lembu, namun krim jenis ini sesuai untuk mereka yang alah produk tenusu.

Heavy cream mempunyai rasa yang tebal, berlemak dan lebih berkrim. Jika digunakan sebagai hiasan kek atau filling, maniskan dengan sedikit gula supaya topping berasa lebih lemak manis. Jika digunakan untuk memasak sebarang sup atau sos berkrim, rasanya akan lebih bold. Kalau nak buat pasta boleh cuba cooking cream macam ni, tapi harga berbeza dengan harga cooking cream anchor

Teksturnya juga tidak selicin dan gebu seperti krim yang berasal daripada susu lembu. Tapi ia adalah pilihan yang baik untuk mereka yang menghidapi alahan. Ia juga dapat bertahan lebih lama dan agak murah.

Perbezaan Whipping cream dan Fresh Cream

Dah nampak perbezaannya ?

Paling Jelas perbezaan ketara adalah whipping cream boleh digunakan untuk dijadikan krim putar gebu kembang sebagai hiasan kek atau muffin pelengkap minuman, filling dan pelbagai lagi.

Manakala fresh cream sesuai ditambah dalam masakan untuk memekatkan atau membuat sup berkrim. Lepas ni bolehlah cuba banyak lagi resepi menggunakan pelbagai krim ni kan?

BACA : Resepi Kek Butter Che nom

Leave a Comment!

error: Content is protected !!