Resipi Masak lemak rebung memang sedap kalau kena gaya masaknya. Ini kerana rebung ada rasa dan bau yang ‘unik’. Kalau tak kena cara, ada rasa pahit dan berbau kuat.
Buluh tergulung di dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung, tebu dan gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarga Bambusoideae.
Resipi Masak Lemak Rebung Yang Autentik
Siapa peminat rebung? Terus terang, bukan semua orang suka makan rebung. Mungkin kerana tak biasa dengan rasa dan baunya yang unik. Macam petai juga. Ada rasa dan bau tersendiri yang unik. Tapi, kalau kena dengan cara penyediaan dan cara masaknya, sedap tau!
Sekarang ini rebung dah mudah nak dapat walau tinggal di bandar. Di pasar pun banyak orang jual yang siap diproses. Tinggal nak masak je. Tapi, tak semua pasar ada ye…tu yang buat rebung ini makanan ‘rare’. dan dianggap masakan kampung yang autentik.
Khasiat Rebung Untuk Kesihatan
Dalam beberapa laporan saintifik, rebung telah pun diketahui mengandungi berbagai khasiat yang terdiri daripada air (dengan kandungan tertinggi sebesar 91%), protein, thiamin, karbohidrat, lemak, kalium, vitamin A, vitamin C, besi, fosfor, dan lainnya.
Kandungan karbohidrat, protein dan lemak sebenarnya hampir sama jika dibandingkan dengan berbagai jenis sayur-sayuran yang lain. Kandungan kalium dalam rebung juga cukup tinggi iaitu 533 mg per 10 gramnya.
Cuba resipi ini juga: Lala Masak Lemak Cili Padi
Antaranya ia dikatakan berkhasiat untuk:
Mencegah pelbagai jenis penyakit
Manfaat makan rebung yang pertama didapatkan daripada kandungan pelbagai fitokimia (senyawa kimia semula jadi dalam tanaman) yang bersifat antibakteria dan antivirus. Hal ini membuatnya bermanfaat untuk membantu mencegah kemasukan penyakit ke dalam tubuh.
Sesuai Untuk Orang Diet
Jika melihat kandungan nutrisinya, manfaat sayur rebung yang satu ini sudah cukup jelas. Kandungan lemak, gula, dan sodiumnya yang rendah, menjadikannya sebagai makanan diet yang ideal. Ia juga rendah kalori.
Belum lagi kandungan seratnya yang boleh membantu kita merasa lebih cepat kenyang, sehingga mengurangi jumlah makan.
Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Kandungan vitamin dan mineral yang ada di dalamnya membuat manfaat rebung untuk daya tahan tubuh boleh tercapai. Rebung juga mengandung antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada pendedahan radikal bebas berlebihan.
Bantu Atasi Masalah Pencernaan
Manfaat rebung yang satu ini didapatkan daripada kandungan seratnya yang cukup banyak. Serat sangatlah diperlukan untuk melancarkan proses pencernaan yang lancar dan sihat.
Jadi, makanan ini baik dimakan saat kita susah hendak buang air besar atau sembelit.
Melindungi jantung
Beberapa kandungan yang ada di dalam rebung, seperti fitosterol dan fitonutrien juga dinilai ideal untuk melarutkan kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh. Dengan demikian, tumpukan kolesterol di pembuluh darah dan risiko terjadinya serangan jantung boleh berkurangan.
Menurunkan Kolesterol
Manfaat rebung dalam menurunkan kolesterol didapatkan dari kemampuannya dalam melarutkan kolesterol jahat. Meski begitu, Anda tetap harus memperhatikan cara mengolahnya.
Menstabilkan tekanan darah
Oleh kerana kandungan kalium yang tinggi dalam rebung, ia amat membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang stabil. Rebung juga menstabilkan kesan ke atas tekanan darah arteri.
Rebus Dulu Rebung Sebelum Masak
Sebelum masak resipi masak lemak rebung ini, ada step yang perlu kita buat. Untuk menghilangkan rasa pahit rebung dan kurangkan baunya yang tak begitu menyenangkan, kena rebus dulu rebungnya. Masukkan garam dan asam keping. Rebus hingga rebung lembut. Setelah itu toskan. Barulah boleh dimasak ikut selera masing-masing.
Resipi masak lemak rebung ini tak susah pun. Selain itu, Suri juga suka letak tempe bila masak lemak kuning. Pernah cuba tak? Memang sedap. Cubalah.
Resipi ini pun sedap: Masak Lemak Sotong Petai
RESIPI MASAK LEMAK REBUNG
BAHAN-BAHAN RESIPI MASAK LEMAK RWEBUNGF:

1kg rebung – bersihkan, hiris nipis
3-4 papan tempe – hiris
20-30 biji cili padi hijau (ikut kepedasan) – kisar
4-5 batang cili merah besar
2 inci kunyit hidup – kisar
Sedikit serbuk kunyit – jika perlu
2 kotak santan kotak saiz kecil
Segenggam ikan bilis
2 batang serai – ketuk
2 helai daun kunyit – racik
1 ketul kiub ikan bilis
2-3 keping asam gelugur
Garam
Air
CARA MEMBUAT RESIPI MASAK LEMAK REBUNG:

Mula-mula, rebung yang dihiris direbus dahulu bersama sedikit garam dan asam gelugur. Kali ini, Suri gunakan dua jenis rebung iaitu Rebung Madu dan Rebung Betong. Rebus sekitar 15-20 minit atau hingga rebung lembut.
Angkat dan toskan. Kisar cili padi dan kunyit hidup. Ketepikan. Tempe dipotong serong. Ketepikan.

Di dalam periuk, masukkan santan, diikuti bahan kisar tadi dan asam gelugur. Gaul sebati.

Kalau warna kuningnya tak naik, boleh tambah serbuk kunyit untuk cantikkan lagi warna kuah. Kemudian terus masukkan rebung yang sudah direbus tadi dan kiub bilis. Gaul sekata.

Setelah itu, masukkan pula serai yang diketuk dan daun kunyit yang telah diracik. Gaul sekata. Masukkan air jika perlu sehingga mendapat kepekatan kuah yang diingini. Kacau perlahan agar bahan mesra. Masukkan segenggam ikan bilis. Gaul lagi.

Masukkan pula tempe dan biarkan ia mereneh. Kalau suka, tempe itu boleh digoreng dahulu secara berasingan setelah dilumur garam dan kunyit, barulah masukkan dalam kuah. Terpulang.
Setelah kuah menggelegak, Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas. Mantap!

Tak pandai makan rebung. tapi bila tengok banyak khasiatnya, nak cuba-cubalah makan rebung ni. Mana tahu tekak dah boleh terima.