Resepi Ayam Vanggey yang menjilat jari

Resepi ayam vanggey ni kalau kena caranya memang sedap dan menjilat jari. Pembuka selera makan. Ianya lebih dikenali dibawah masakan mamak. Cara memasak ayam vanggey ini sangat istimewa, bukan sekadar ayam goreng tapi ianya kaya dengan perapan dan rempah ratus pasti akan membuka selera

Terdapat satu restoran di Ipoh juga dikenali dengan nama ‘nasi vanggey’ tapi hampir 60% pelanggannya terdiri dari orang Melayu. Sangat sangat popular sehinggakan ada orang dari Kuala Lumpur JJCM ke ipoh untuk menikmati keenakan nasi panas bersama Ayam Vanggey

Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri Ayam vanggey sebagai salah satu juadah istimewa di bulan Ramadhan nanti atau boleh dijadikan juadah istimewa semasa open house hari raya. Mungkin nasi tomato dan ayam merah itu agak cliche, why not kalau kita cuba resepi ayam vanggey ini .

Yang pasti kalau sebut “ayam” semua golongan tidak kira tua atau muda memang menggemarinya kan!

BACA : Cara masak ayam ala kenny rogers

Resepi ayam Vanggey

Bahan- bahan

  • 1 ekor ayam dipotong 12 dibersihkan dulu kemudian digaram kunyit sedikit saja n digoreng masak.
  • Bahan kisar dgn 1 cawan air
  • 20 biji cili kering direbus dulu

Bahan kisar

  • 2 bawang besar
  • 10 ulas bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 btg serai
  • 4 in halia..
Resepi ayam vanggey

Bahan tumis

  • 3 bunga lawang
  • 2 kulit kayu manis
  • 3 pelaga
  • 4 bunga cengkih
  • 3 pelepah daun kari.

Bahan rempah

  • 6 sdb serbuk kari daging Babas
  • 10 sdb serbuk cili,kena guna Babas utk rasa yg seakan-akan.

Bahan lain

  • 1 cawan gula merah
  • 5 sdb serbuk secukup rasa Megi.

Cara Masak Ayam Vanggey

  1. Masukkan 2 senduk minyak masak,
  2. masukkan 4 sekawan,
  3. kemudian diikuti daun kari,biar wangi,
  4. kemudian masukkan cili kisar,masak 20-30 minit sehingga cili betoi2 masak.
  5. Kemudian masukkan bahan kisar,masak lagi 10-15 minit
  6. Kemudian masukkan rempah kari n serbuk cili,
  7. masak lagi 15 minit,
  8. Masak dgn api perlahan biar sehingga minyak bertakung.
  9. Masak lama tak apa lagi sedap sb semua bahan dh masak elok.
  10. Masuk gula merah, serbuk secukup rasa, kacau bagi sebati baru masukkan ayam.
  11. Masa ini kuatkan api.

Meriahnya resepi rakyat Malaysia

Malaysia yang memang terdiri dari pelbagai kaum, pelbagai juadah yang ada dinegara kita. Walaupun ia mungkin berasalah dari juadah keluarga India atau mamak, tetapi kita masih boleh menikmati masakan tersebut dimana jua di negara kita.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!