Masak Sambal Ayam Tauhu Petai. Rebus Dulu Ayam Baru Lembut Dan Tak Kering

Masak sambal ayam tauhu petai. Wahh, dengar pun dah rasa sedap kan? Selalunya orang akan goreng dulu ayam sebelum disambal. Tapi, ayam itu akan rasa kering dan kurang mesra dengan kuah.

Di sini Suri kongsikan bagaimana nak ayam itu lebih lembut, ‘juicy’ dan mesra kuah. Rahsianya, rebus dulu ayam itu, sebelum goreng sekejap. Jangan sampai garing ye. Ha..lepas itu barulah dibuat sambal. Mudah je kan?

Memang ada yang kata, agak renyah sebab kena rebus dulu, kemudian goreng dan barulah disambal. Tapi, bila dapat rasa perbezaannya, mesti tak rugi nak cuba.

Satu Lauk, Dah Lengkap Semuanya

Yang bestnya bila masak lauk sambal ayam tauhu petai ni, ia dah cukup kerana ada ayam, ada tauhu dan ada petai. Kiranya tak perlu lauk lain lagi dah.

Ayam sumber protein yang tinggi, selain mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Tauhu yang diperbuat daripada kacang soya dianggap sebagai makanan yang lengkap kerana ia mengandungi kesemua lapan asid amino yang penting. Antaranya kalsium, omega 3, besi dan tembaga.

Manakala petai pula mengandungi Petai mempunyai pelbagai jenis mineral termasuklah kalsium,  fosforus, kalium dan banyak lagi.

Ada Lagi Khasiatnya…

Petai juga merupakan sumber vitamin yang bagus contohnya vitamin C dan vitamin E. Vitamin adalah sejenis antioksidan yang berperanan untuk melindungi sel badan daripada kerosakan  akibat daripada radikal bebas. Ia juga penting bagi meningkatkan sistem imun badan seterusnya membantu melawan jangkitan.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa pelbagai bahagian petai seperti biji atau bekasnya juga mengandungi polifenol dan flavonoid seperti catechinquercetin dan gallic acid. Di samping itu, petai juga mengandungi tannin dan saponin yang juga mempunyai sifat antioksidan dan antiradang.

Resipi lain ada di sini: https://surihack.com/udang-masak-sos-plam-tak-pedas-anak-mesti-suka/

Okaylah. Itu sedikit info yang dapat Suri kongsikan. So, jom cuba resipi masak sambal ayam tauhu petai ini. Nak lagi sedap, bahan-bahan jangan dikisar halus. Sebaiknya kisar kasar atau tumbuk je.

MASAK SAMBAL AYAM TAUHU PETAI

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam – potong

3 keping tauhu – potong segi tiga

1 papan petai – kupas kulit

15-20 batang cili merah besar

7-10 biji cili padi hijau – terpulang pada tahap kepedasan yang dikehendaki

5 biji bawang merah

7 ulas bawang putih

Sedikit serbuk pati ayam

Sedikit hirisan halia

Garam

Sedikit air

Minyak masak

CARA MEMASAK SAMBAL AYAM TAUHU PETAI:

Masak Sambal Ayam Tauhu Petai. Rebus Dulu Ayam Baru Lembut Dan Tak Kering

Mula-mula, tumbuk kasar/kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah besar. Ketepikan.

Rebus ayam dan letak sedikit hirisan halia. Setelah ayam masak, toskan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng tauhu. Angkat dan toskan,

Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam yang telah direbus tadi tapi jangan sampai garing. Angkat dan toskan.

Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan kemudian tumis semua bahan tumbuk tadi. Goreng hingga terbit bau wangi.

Masak Sambal Ayam Tauhu Petai. Rebus Dulu Ayam Baru Lembut Dan Tak Kering

Tumis hingga sambal benar-benar masak sepenuhnya, cili berubah warna dan minyak mula naik.  Masukkan serbuk pati ayam. Gaul sekata.

Setelah itu perasakan dengan garam secukupnya.

Kemudian boleh masukkan ayam yang telah digoreng dan tauhu tadi. Gaul sebati. Akhir sekali, masukkan petai yang telah dibuang kulitnya. Gaul sekata.

Masak Sambal Ayam Tauhu Petai. Rebus Dulu Ayam Baru Lembut Dan Tak Kering

 Tutup api dan sedia dihidangkan. Sambal ayam tauhu petai ini sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!