Buat tauhu berlauk ini sebenarnya mudah amat. Kalau tak pernah buat, baru pertama kali mencuba pun boleh menjadi.
Syaratnya, ikut resipi yang dikongsikan Harita Arash ini betul-betul.
Sukatan resipi yang dikongsikan ini mudah sebenarnya nak dibuat. Sambil-sambil siapkan juadah berbuka pun boleh sediakan.
Nanti bila dah siap kejadiannya, boleh lah simpan dalam bekas. Bila nak guna barulah keluarkan untuk digoreng.
Resepi Tauhu Berlauk Mudah Dan Tersedap
Bahan-bahan Tauhu Berlauk
- 2 ketul isi ayam
- 3 keping tauhu petak
- 4 ketul tauhu telur
- 3 biji telur
- Bawang holland -cincang halus
- Lobak merah – cincang halus
- Daun sup – cincang halus
- 1 kiub ayam
- Serbuk lada hitam
- Lada sulah – optional
Cara Buat Tauhu Berlauk
- Kisar tauhu petak, isi ayam, tauhu telur dan telur hingga sebati. Pastikan halus.
- Masukkan di dalam bekas. Campurkan dengan lobak merah, bawang holland, dan daun sup yang dicincang halus.
- Kemudian, masukkan garam, perasa ajinamoto, serbuk lada hitam dan seketul kiub ayam. Nak masukkan lada sulah pun boleh.
- Kukus bahan-bahan ini. Telur akan jadi keras sikit.
- Bolehlah simpan dalam bekas. Nak makan baru goreng dengan celur telur.
Baca : 10 resepi Ramadan yang kena cuba
Resepi Sambal Kicap Tersedap
Bahan-bahan Sambal Kicap
- 5-10 tangkai cili padi
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu gula pasir
- Garam
- Perasa – Ajinomoto – optional
- Kicap manis
- Sedikit jus limau
Baca : Resepi ayam Vanggey yang menjilat jari
Cara Membuat Sambal Kicap
- Goreng dahulu cili padi, bawang putih dengan sedikit minyak. Bagi kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih kelihatan kekuningan.
- Nanti bila ditumbuk cepat hancur dan sebati.
- Masukkan gula, garam dan tumbuk lagi.
- Kemudian, keluarkan dan masukkan dalam mangkuk.
- Tambahkan kicap dan perahkan limau.
- Siap sambal kicap sedap.
Khasiat Tauhu / Tofu
Tauhu ini mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk tubuh. Antaranya :
- Tauhu ini membekalkan zat besi yang bagus untuk badan kita. Sebab dalam 100 gram tauhu tu ada 30 peratus tenaga yang tubuh kita perlukan.
- Jangan tak tahu tauhu juga berupaya menurunkan berat badan seseorang. Makna kata, ianya makanan diet yang menyihatkan. Protien yang tinggi pada tauhu buatkan anda tidak cepat lapar.
Baca juga : Rendang hitam