Ikan goreng lagi sedap kalau kita letak beberapa bahan perapan lain selain garam dan kunyit. Selalunya orang akan letak dua bahan basic ini ketika goreng ikan atau ayam. Tetapi rupanya ada rahsia lain untuk jadikan hidangan lebih sedap.
Kalau nak tahu paling best makan ikan goreng jika digoreng garing dan sedan diratah begitu saja sewaktu masih panas. Tidak perlu lauk lain kerana kombinasi ikan goreng dan nasi panas sudah saling melengkapi.
Tetapi jika mahu selera lebih sedap, boleh juga lawankan dengan sambal belacan atau tempoyak dan tidak mustahil akan makan berulang-ulang kali. Ada juga yang makan dengan pencicah lain seperti budu, cencalok ataupun sambal kicap.
Walau apa juga cara membuatnya, ikan merupakan sumber protein yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Ada juga antara beberapa ikan turut digunakan untuk menyembuhkan luka seperti haruan.
Artikel Lain: Resipi Masak Lemak Kuning Kepala Ikan Kerapu Dengan Pucuk Ubi
Sebenarnya ada pelbagai jenis ikan, tapi terpaling sedap kalau untuk menggoreng ikan adalah menggunakan ikan selar kuning atau pelaling.
Jika sebelum ini kita hanya letak kunyit dan garam tetapi perkongsian oleh Ummi Hana memberitahu lebih sedap jika ikan goreng diperap menggunakan bahan ini.
Kalau tak percaya boleh cuba dan perkongsian résipi yang simple ini mendapat banyak like dan share di laman sosial facebook.
Tip Perapan Ikan Goreng Lagi Sedap
Bahan-bahan:
- 5 ulas bwg merah
- 4 ulas bwg putih
- 2 inci kunyit hidup
- 5 sdb cili kisar
- 3 sdb garam halus
- Belacan skit (optional )
Cara Membuat:
1. Tumbuk garam halus, belacan dgn kunyit hidup hingga lumat lepas itu tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tak lumat sangat pun tak apa
2. Masukkn cili kisar dan gaul sebati lepas itu msukkan dalam bekas bertutup nak guna boleh ambik sikit-sikit.
3. Lumur ikan dan perap seketika lepas tu baru goreng.
4. Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan.
Artikel Lain: Ini Resipi Spageti Carbonara Asli Paling Sedap