Ketam masak masam manis ini memang sedap kerana seimbang rasa masam, manis dan pedasnya. Ketam antara makanan laut paling digemari. Walau pun agak sukar nak memakannya, tapi keenakan rasanya membuatkan ramai sanggup bersusah payah memakannya.
Pelbagai masakan boleh dimasak menggunakan ketam. Daripada masakan kering sehinggalah yang berkuah.
Apa Khasiat Ketam?
Isi ketam merupakan protein tanpa lemak. Isinya juga mengandungi banyak vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita.
Pelbagai jenis atau spesies ketam yang terdapat di negara kita. Antaranya ketam bunga, ketam biru, ketam batu, ketam renjongh, ketam bulu, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan banyak lagi.
Namun, ada yang mengatakan bahawa ketam nipah adalah haiwan yang hidup di dunia alam dan haram dimakan boleh umat Islam.
Ketam Kolesterol Tinggi Atau Tak?
Berbanding makan udang, daging ketam mengandungi tahap kolesterol yang lebih rendah. Dalam 100 gram ketam, kita mendapat 55-59 mg kolesterol. Walau bagaimanapun, terdapat juga ketam biru yang boleh mengandungi 97 mg kolesterol.
Oleh kerana paras kolesterol lebih rendah, ketam adalah lebih selamat untuk digunakan untuk mengekalkan peningkatan kolesterol darah. Walau bagaimanapun, tidak seperti udang, ada kekurangan lain yang ada padanya.
Ketam sangat tinggi dalam kadar natrium, jadi sesetengah orang yang mempunyai tekanan darah tinggi (tekanan darah tinggi) digalakkan untuk menghadkan makan ketam, jangan keterlaluan.
Semak resipi lain di sini: https://surihack.com/masak-lemak-sotong-petai-mantap-gerenti-sedap/
KETAM MASAK MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2kg ketam – bersihkan dan rebus
1 1/2 labu bawang putih – cincang halus
2 biji bawang merah – hiris halus
20-25 batang cili padi
3-4 sudu makan sos plum
2-3 sudu makan sos tiram
3-4 sudu makan sos masam manis
Sedikit cuka makan
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
2-3 sudu makan sos ikan Thai
Sedikit tepung jagung – campurkan dengan air
Garam dan Gula
Air
Minyak masak
CARA MEMBUAT KETAM MASAK MASAM MANIS:
Mula-mula, rebus ketam hingga masak. Angkat ketam dan toskan. Air rebusan jangan dibuang.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan bawang merah ke dalamnya. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili padi dan sos ikan Thai dan gaul sekata.
Boleh baca ini juga: Bangi Wonderland
Masukkan pula campuran sos plum, sos masam manis, sos tiram, sos tomato, sos cili ke dalam tumisan tadi. Gaul sebati.
Seterusnya, masukkan air rebusan ketam tadi. Kalau nak lebih berkuah, letak lebih air rebusan itu. Terpulang berapa banyak kuah kita nak. Sama ada nak kering atau agak berkuah. Ikut selera.
Gaul sekata. Biarkan ia mereneh. Masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Setelah itu masukkan pula larutan tepung jagung untuk memekatkan kuah dan masukkan isi ketam yang telah direbus tadi. Gaul sebati.
Angkat dan ketam masak masam manis sedia dimakan dengan nasi panas. Kalau anak-anak nak makan, tak perlu masukkan cili padi ye. Ketam masak masam manis dah siap!!!
Resipi ini pun sedap: https://wawaazwa.com/2021/10/15/lala-masak-lemak-cili-padi/