Ayam goreng Szechuan adalah antara masakan ala Cina yang digemari ramai. Yang gemar, elok cuba masak sendiri di rumah pula. Jimat kos. Tambah pula sekarang ini harga ayam tengah naik. Bila masak sendiri, boleh makan puas-puas dengan keluarga.
Ala…Tak susah pun masak sendiri ayam goreng Szechuan ni. Bahkan bahan yang digunakan juga cukup ringkas.
Suri memang penggemar masakan Cina dan tiap kali pergi ke restoran Chinese muslim, hidangan Ayam goreng Szechuan ini memang antara yang akan order. Ayam Goreng Szechuan ni sengaja digoreng lebih garing. Bila gigit dengan cili kering, pehh memang ngam.
Bila dah suka, teringin pulak nak try masak sendiri Ayam Goreng Szechuan ini di rumah.
Sebenarnya bila masak sendiri, kita bebas nak tambah atau kurangkan bahan ikut selera kita. Bahkan versi Suri ini amat mudah dan bahannya cukup ringkas. Yang penting. Tetap sedap tau!
Resipi ini untuk tiga hingga empat orang makan. Kalau untuk keluarga yang ramai, boleh adjust jumlah resipinya ye.
BACA : Ayam Masak Halia
BAHAN-BAHAN:
- 3 ketul ayam – potong kecil
- 7 ulas bawang putih – racik
- 1 labu bawang Bombay – hiris
- Segenggam lada kering – cuci dan rendam sekejap dalam air. Hiris.
- 2-3 sudu makan serbuk cili
- 1-2 sudu makan tepung jagung
- Garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA MEMASAK AYAM GORENG SZECHUAN SEDAP:
Ayam dipotong kecil. Kemudian gaul dengan tepung jagung, serbuk cili dan sedikit garam. Gaul sebati. Perap seketika supaya bahan perapan akan sebati dengan isi ayam.
Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi hingga garing dan kekuningan. Angkat dan toskan.
Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bawang putih dan bawang besar tadi hingga terbit bau.
Masukkan hirisan cili kering dan gaul sekata. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul lagi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kalau suka, boleh masukkan kacang gajus yang telah digoreng dan hiasan daun bawang ye. Terpulang.
Boleh cuba resepi ini juga: Resepi Maggi Goreng
Biarkan ia masak seketika. Angkat dan sedia dihidangkan. Mudah je kan?
Resipi lain ada di sini: https://surihack.com/pepahat-tumis-serai-ratah-macam-tu-saja-pun-sedap/
Ektra!
Bagaimana Pilih Ayam Segar?
Daging ayam dapat memberikan manfaat yang penting apabila diambil dengan jumlah yang betul. Bahkan, paling penting untuk memastikan daging ayam yang dibeli itu masih dalam keadaan baik dan segar.
Tahu macam mana nak bezakan ayam yang masih segar dan yang sudah tak segar? Mungkin tiga tip ini berguna untuk korang sebagai panduan tiap kali membeli ayam di pasar.
1. Warna Daging
Mula-mula, perhatikan warna ayam itu secara keserluruhan. Elakkan daging ayam yang berwarna pucat. Ini kerana, daging ayam yang segar cenderung berwarna merah muda. Selain itu, perhatikan. Jika ayam tidak dihinggapi lalat, dapat dipastikan daging ayam tersebut mengandungi bahan pengawet atau formalin. Awas ya!
2. Bau
Seterusnya, cium ayam. Sepatutnya, ayam yang segar tidak memiliki bau. Jika tercium berbau bahan kimia pada ayam, dapat dipastikan bahawa ayam tersebut mengandungi bahan pengawet.
3. Tekstur Daging Ayam
Pegang ayam dan picit sedikit. Daging ayam yang segar bentuknya akan kembali seperti semula ketika ditekan. Jika daging ayam terasa kenyal, mungkin ianya mengandungi bahan pengawet, selain itu ayam yang terlihat membengkak mungkin saja telah disuntik agar lebih berisi.
Cara Cuci Ayam
Ha..ayam ni ada bau hamisnya yang kalau tak dicuci bersih, boleh buat ‘hilang selera’. Jadi, memang kena pastikan bersihkan betul-betul.
Banyak cara nak cuci ayam dan yang paling mudah, menggunakan tepung gandum.
Ikut cara Suri, mula-mula ayam dibersihkan dahulu, buang segala kotoran, lendir, bulu halus dan darah beku yang ada. Setelah itu, masukkan tepung gandum. Gaul sekata dan biar seketika.
Kemudian, barulah dibersihkan ayam itu satu persatu ye.Tepung itu adalah untuk menghilangkan bau hamis ayam dan untuk memudahkan basuh ayam kerana banyak kekotoran, lemak serta lendir ayam akan melekat pada tepung. Jadi, akan memudahkn kerja mencuci ayam. Selamat mencuba!
Nak resipi ayam lain?
https://wawaazwa.com/2021/09/26/ayam-lemonada-sunquick-dan-lemon-gerenti-jadi-punya/