Tips Memasak Cepat, Mudah Sedia Setiap Hari

Begini tips memasak cepat buat suri super sibuk. Lagi-lagi ada sesetengah tempat, anak sudah mula nak masuk sekolah.

Dalam keadaan pandemik ini, lebih baik bawakan bekal untuk anak-anak dari rumah. Kebersihan terjaga, keselamatan pun terpelihara.

Bila hari-hari perlu sediakan bekal, boleh jadi ‘pening’ juga mak-mak nak sediakan menu. Apa pun persediaan memasak dengan cepat itulah yang perlu dititik beratkan.

Macam mana cara nak bagi memasak cepat ini. Ada cara praktikal yang suri boleh cuba. Pastinya, memudahkan suri ketika di dapur. Mungkin cuma 20 minit untuk siapkan memasak bekal kesukaan anak-anak.

Tips Memasak Dengan Cepat

Siapkan Pes Bahan Masakan Terlebih Dahulu

Ambil masa sejam dua, untuk siapkan pes bahan masakan yang paling diperlukan setiap kali menumis. Sebab, orang Malaysia ini macam mana pun tetap kena ada tumisan dalam lauk hariannya kan.

  • Antara pes penting kena ada :
  • Bawang merah kecil
  • Pes bawang merah besar
  • Bawang kecil

Sediakan Cili Kisar Dengan Campuran Minyak

Sesetengah suri lebih gemar beli cili kisar siap. Boleh juga jika anda suka begitu. Bagi yang nak buat sendiri, disarankan buat cili kisar ngam-ngam untuk kegunaan seminggu.

  • Begini tip nak dapatkan cili kisar yang tahan lama, walau simpan dalam peti sejuk.
  • Potong cili kering kecil-kecil (tujuannya untuk keluarkan biji cili. Boleh combine cili kering jenis pedas dan jenis kurang pedas)
  • Rebus cili kering, lalukan bawah air paip dan tos.
  • Bila dah sejuk sedikit, kisar dalam blender.
  • Campurkan minyak agar biji cili boleh hancur semasa dikisar.
  • Masukkan bekas dan simpanlah dalam peti sejuk.

Tips Memasak Cepat, Saipkan Bahan Masakan

Sebelum masuk tidur, anda boleh siapkan bahan masakan dan letakkan pada peti sejuk bahagian bawah.

Tidaklah nanti perlu menunggu lama untuk defrost bahan basah seperti ikan dan ayam.

Jika melibatkan sayuran. Boleh bersihkan dengan air garam terlebih dahulu, basuh bersih, tos dan simpan dalam bekas.

Begitu juga dengan bahan masakan yang lain. Potong serai atau halia siap-siap, dan letak dalam satu bekas. Esok hari, boleh ambil saja bila nak guna.

Baca juga : Sotong masak kicap

Sediakan Menu Untuk Setiap Hari

Suri dah boleh rancang menu untuk lima hari (waktu persekolahan anak-anak). Siapkan jadual, dan tampal di peti ais.

Mudah sedikit nak tengok nanti.

Jadi, tidaklah kalut. Bahan masakan pun boleh disediakan berpandukan menu yang telah dirancang. Menetapkan menu sebegini sebenarnya lebih menjimatkan masa suri di dapur.

Buat Lauk Frozen Menjimatkan Masa

Bagi sesetengah suri yang super sibuk, bolehlah cuba sediakan lauk frozen untuk famili. Masak sekali banyak, dan asingkan dalam bekas kecil ikut bilangan hari.

Bila diperlukan, boleh saja keluarkan dan panaskan saja.

Cuma, untuk menyediakan lauk frozen ini ada cara betulnya. Sebaik memasak, suri jangan terus masukkan dalam peti beku.

  • Asingkan dahulu dalam bekas kecil yang anda tetapkan.
  • Labelkan nama lauk, hari dan tarikh disediakan.
  • Setelah suam, barulah masukkan dalam peti beku.

Kesalahan menyediakan lauk frozen apabila masakan dibiarkan seharian, malah sudah diceduk oleh anak-anak baru anda asingkan dibekas dan disejuk bekukan.

surihack.com

Keadaan ini menyebabkan lauk jadi cepat basi dan tak tahan lama.

tips-memasak-cepat

Penting Bersihkan Sinki Sebaik Memasak

Ini pun antara tips cepatkan kerja memasak suri. Sebab apa, bila sinki bersih mood nak memasak itu jadi laju semacam.

Sebaiknya, sebelum tidur tu kemaslah dapur dan bahagian sinki terlebih dahulu. Bangun dari tidur nanti, rasa seronok je bila masuk dapur.

Antara cara mudah yang boleh dipraktik. Sementara nak menunggu tumisan naik bau atau rebusan mereneh, bolehlah suri curi masa membersihkan sinki.

Taklah nanti banyak berlonggok baru nak cuci.

Buat sikit-sikit kan tak penat.

Haa.. mudahnya, perancangan dan persediaan yang betul dapat membantu suri menjimatkan masa memasak semasa berada di dapur.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!