Roti Wholemeal Berkhasiat Tinggi Dan Lebih Menyihatkan

Roti wholemeal berkhasiat tinggi dan lebih menyihatkan untuk kita makan, berbanding roti putih. Kenapa agaknya ye?

Selain nasi, roti merupakan makanan utama bagi rakyat Malaysia, daripada kanak-kanak sehinggalah orang tua. Boleh dikatakan ia wajib ada di setiap rumah.

Roti juga jadi pilihan kerana pelbagai makanan boleh dibuat menggunakannya. Atau paling tidak, makan roti disapu mentega pun dah sedap!

Roti juga pilihan mak-mak untuk dijadikan bekal anak ke sekolah. Mudah kalau tak sempat nak masak pagi-pagi kan.

Roti Wholemeal lebih sihat

Pelbagai Jenis Roti Di Pasaran

Bahkan terdapat pelbagai jenis roti yang terdapat di pasaran dan dalam pelbagai jenis perisa. Tinggal nak pilih saja, mengikuti selera masing-masing.

Berbanding roti putih, roti wholemeal ‘kurang terkenal’ kerana bukan semua orang menyukainya. Namun, bila mengetahui khasiatnya, pasti ramai yang akan memilihnya berbanding roti putih.

Apa Itu roti Wholemeal

Roti wholemeal atau wholegrain merujuk kepada roti yang diperbuat daripada tepung bijian penuh. Tepung bijian penuh melalui proses yang singkat berbanding tepung halus dan mengandungi zat yang lebih tinggi.

Perkataan ‘whole’ itu sendiri merujuk kepada tiga bahagian bijirin iaitu bran germa dan endosperm yang terdapat di dalam produk tersebut.

Kalori Dalam Roti Wholemeal

Dua keping roti wholemeal mengandungi sekitar 80 kalori dan tinggi kandungan serat serta kurang daripada 10 gram karbo.

Walau pun roti boleh dimakan pada bila-bila masa, namun kebiasaannya roti akan dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan atau pada waktu petang. Roti putih sedap dimakan dengan apa jua bahan lain seperrti telur, jem, mentega atau boleh juga dimasak dengan pelbagai cara. Buat sandwic pun sedap!

Dengan lambakan jenis roti di pasaran, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang roti yang terbaik untuk kesihatan. Yang mana agaknya ye?

Roti Putih VR Roti Wholemeal

Roti merupakan makanan yang kaya dengan nutrisinya yang tersendiri. Ia merupakan sumber karbohidrat yang baik, rendah lemak dan mengandungi protein, serat, vitamin, dan juga mineral yang baik untuk badan.

Walau bagaimanapun, bukan semua jenis roti mengandungi nilai khasiat yang sama.

Selain roti putih yang paling tinggi permintaannya, mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengenali roti lain pula yang lebih menyihatkan iaitu roti wholemeal. Apa bezanya ye?

Roti Wholemeal Tinggi Khasiat

1.  Roti putih

Tepung roti putih diperbuat daripada gandum yang telah dikisar sehingga bahagian luarnya tercabut. Sebab itulah, roti putih lembut pada sentuhan dan mempunyai rasa yang tawar.

Roti putih tidak mempunyai serat sebanyak roti wholemeal atau wholegrain, namun ia masih merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik.

Bukan itu sahaja, ada juga roti putih yang diperkayakan dengan thiamin, iodin dan asid folik. Walau bagaimanapun, bahan perasa yang ditambah ke dalam adunan tepung akan menyebabkan indeks glisemik (GI) roti putih meningkat.

Oleh sebab itu, tenaga yang didapati daripada sekeping roti putih selalunya tidak akan kekal lama.

Sebab itulah, untuk menambahkan khasiat, sebaiknya roti putih akan digandingkan dengan bahan ain yang kaya dengan pelbagai jenis protein lain seperti telur, ayam atau sebagainya.

2.  Roti Wholemeal

Roti Wholemeal Tinggi Khasiat

Roti wholemeal diperbuat daripada bijirin penuh yang telah dikisar halus. Sebab itulah, roti ini selalunya berwarna coklat dan lebih kasar berbanding roti putih.

Tepung wholemeal pula mengandungi lebih banyak serat berbanding tepung putih. Ia juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral dari roti putih.

Bukan itu sahaja, roti wholemeal juga lebih mudah untuk dicerna dan mempunyai GI yang lebih tinggi berbanding roti wholegrain.

Ya, memang tak dinafikan roti wholemeal ini ‘kurang sedap’. Benda yang sihat memang selalunya kurang sedap kan? Namun, kalau kena olahannya, roti ini tetap boleh dinikmati secara sedap dan menyihatkan. Misalnya jadikan ia sebagai sandwic. Macam-macam jenis sandwic boleh dibuat. Khasiatnya pun bertambah!

Bahkan, roti wholemeal lebih cepat dicerna dan memiliki GI yang lebih tinggi daripada roti wholegrain. Fiber yang terkandung di dalamnya juga sebanyak 2 gram untuk satu keping.

Kenapa Wajib Pilih Roti Wholemeal?

Ini sebabnya:

1.Karbohidrat kompleks, dicerna lebih perlahan tetapi berterusan.

2. Kalori lebih rendah (127 kalori untuk dua keping).

3. Kaya serat. Juga kaya dengan vitamin B kompleks,  vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan antioksidan.

4. Berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses “bleach”

5.Sesuai untuk pesakit kencing manis.

6. Juga dikatakan, dengan makan makanan yang mengandungi bijian penuh seperti roti wholemeal, boleh mengurangkan risiko kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung,strok,kanser, penyakit kencing manis (diabetes) dan asma.

Kekurangan Roti Putih Berbanding Wholemeal

1.Karbohidrat ringkas, dicerna lebih cepat dan gula turun lebih cepat.menyebabkan cepat lapar.

2.Kalori tinggi (157kalori untuk 2 keping).

3.Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis kerana tinggi GI (High Glycemic Index).

4.Merangsang menghasilkan hormon insulin yang banyak.

5.Berwarna putih disebabkan terdapatnya proses penyulingan sebelum diputihkan. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti.

6.Tiada serat. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetes.

Tengah Diet? Kenapa Perlu Elakkan Roti Putih?

Ada yang tengah diet ke tu? Dalam program diet, sangat tidak digalakkan makan roti putih kerana roti putih bukan sumber karbohidrat yang bagus kerana akan menukar karbohidrat kepada gula dengan cepat.

Akan tetapi, roti wholemeal adalah kategori karbohidrat yang kompleks di mana akan mengambil masa yang lama untuk bertukar kepada gula dalam badan.

Bila proses perlahan, tenaga yang dikeluarkan juga perlahan dan ini akan mengurangkan peluang lebihan tenaga membentuk menjadi lemak. Dengan memakan roti wholemeal, kita akan rasa kenyang lebih lama.

Di Malaysia, misalnya, roti jenama Gardenia adalah yang paling terkenal dan ia memiliki beberapa jenis roti wholemeal seperti  Bran & WheatGerm (Light Fiber), Finegrain Wholemeal ( High Fiber), 100% Wholegrain (with sunflower Seeds) dan juga 100% WholeGrain (with Canadian Purple Wheat). Pilih ikut selera masing-masing ye.

Kebaikan Makan Roti Wholemeal

Roti wholemeal mengandungi pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Antaranya ialah:

1.Sistem pencernaan yang lebih sihat kerana kaya serat.

Serat amat penting untuk sistem pencernaan yang sihat. Ia bukan sahaja dapat membantu anda untuk membuang air besar dengan lebih kerap, serat juga dapat membantu tumbesaran bakteria baik di dalam perut.

2.Dapat mengurangkan risiko strok

Kajian yang sama juga mendapati pengambilan makanan sebegini dapat mengurangkan risiko strok. Bukan itu sahaja, kajian juga mendapati kadar kematian yang disebabkan strok akan berkurang dengan pertambahan pengambilan makanan yang mengandungi bijirin penuh.

3.Tingkatkan kesihatan jantung

Makanan yang mengandungi bijirin penuh sudah lama dikenali sebagai bahan yang bagus untuk jantung. Menurut sebuah kajian pada tahun 2016 di dalam British Medicinal Journal, pengambilan lebih banyak bijirin penuh boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan penyakit jantung koronari.

4.Kurangkan risiko diabetes jenis 2.

Kajian juga menunjukkan bahawa mengambilan makanan yang mempunyai bijirin penuh juga dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2. Kajian ini telah dimuatkan di dalam jurnal Nutrients pada tahun 2018.

3.Membantu mengawal berat badan

Sebenarnya, roti bukanlah makanan yang menggemukkan. Bahkan, mereka yang mengambil roti wholemeal kebiasaannya tidak akan mengalami sebarang peningkatan berat badan. Malah, untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan juga boleh mengambilnya! Lebih sihat!

Resipi Sandwic Jejari Ketam

Bahan-bahan:

2-4 keping roti Wholemeal –  dibakar

3-5 batang jejari ketam – rebus dan hancurkan

1-2 sudu mayones

1sudu cream cheese

Sedikit serbuk lada hitam

Sedikit Garam

Daun salad secukupnya

Cara penyediaan Sandwic Jejari Ketam:

1.Celur jejari ketam dan hancurkannya di dalam satu mangkuk.

2. Masukkan mayones, cream cheese dan gaul rata. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam. Gaul sekata.

3. Ambil roti wholemeal yang telah dibakar tadi, sapu sedikit mentega dan letakkan adunan jejari ketam tadi.

4. Letak daun salad. Letak sekeping roti lagi di atasnya. Siap! Mudah je kan? Kan?

Leave a Comment!

error: Content is protected !!