Minum DIY Jus Tomato, Jaga Kesihatan Jantung

Minum DIY jus tomato yang dibuat sendiri sebagai salah satu petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan jantung.

Amalan ini juga dikatakan lebih selama dan menyihat tanpa campuran mana-mana produk yang tidak sesuai. Jika diamalkan dan dijadikan rutin harian, akan dapat memberi kesihatan pada jantung.

Minum DIY jus tomato

Selain itu, mengamalkan senaman seperti jalan kaki juga adalah sangat digalakkan untuk menjaga kesihatan jantung anda.

Dalam satu perkongsian Suzy Honey ini memberitahu cara atau petua tradisional terbaik dalam menyediakan minuman sesuai diminum.

Artikel Lain: Khasiat Minum Lemon Jadi Suplemen Terbaik

Antaranya mengamalkan minum DIY jus tomato yang dianggap sihat dan selamat diamalkan pengambilannya.

Minum DIY Jus Tomato Lebih Selamat

Sesiapa yang rasa jantung sudah nak tersumbat atau hendak jaga jantung rajin-rajinlah minum jus Tomato ya.

Tomato bukan sahaja bagus untuk kulit sahaja tetapi sebenarnya bagus untuk kesihatan jantung. 

Ianya di buktikan dengan kajian dan juga dengan “Doctrine of Signatures” iaitu bahagian dalam pada bentuk buah atau pokok menggambarkan sesuatu  organ pada tubuh badan manusia.

Kebanyakan cara orang lama dahulu mengenal pasti khasiat kegunaan  jenis buah atau pokok dari tanda-tanda itu.

Ya lah, pada zaman dahulu bukannya kajian-kajian secara saintifik.

Tomato mengandungi komponen seperti lycopene, fenolik, flavonoid, vitamin C, dan vitamin E yang berfungsi sebagai agen antioksida juga antikanser.

Ini yang di katakan Doctrine Of Singatures. Persamaan bentuk dan dalaman buah dengan anggota / organ dalaman tubuh manusia.

Saya tidak suka makan buah tomato begitu sahaja jadi saya lebih suka tomato dibuat jus. Mudah untuk saya minum.

Caranya mudah sahaja. Carilah tomato yang baik keadaannya dan pastikan rendam dengan air garam sekejap untuk buang racun- racun buah yang pasti di semburkan oleh penanamnya. Kecuali tomato yang di tanam sendiri.

Minum DIY jus tomato

Di ambil tomato 2biji dan saya campurkan blend dengan 1 ke 2 gelas  susu segar  rendah lemak ( low fat) dan kali ini saya memilih susu lebih protein untuk tulang sekali.  Blenderkan semua lepas itu terus diminum . Jangan dibiarkan lama.

Sudah pasti minuman yang kita buat sendiri selamat dan seusia juga jika mahu diberikan kepada anak- anak seisi keluarga.

Minum DIY jus tomato

Sesekali apa salahnya paksa mereka minum untuk jaga kesihatan.

SuzyHoney

Jaga kesihatan itukan  satu ibadah

Artikel Lain: Janna Nick Jadi Penyanyi Dalam Shakira

Leave a Comment!

error: Content is protected !!