Empat Senaman Mudah Kecilkan Peha Bergesel

Empat Senaman Mudah | Tidak dinafikan memang akan rasa tak selesa berjalan apabila terasa seperti peha bergesel antara satu sama lain. Ini tak lain tak bukan sebenarnya tanda bahawa badan anda sudah naik tanpa disedari.

Antara kenaikan berat badan ini apabila seseorang itu gemar makan dan minum minuman manis, makan nasi melebihi portion dibenarkan dan jarang lakukan senaman.

Namun begitu, janganlah risau kerana ada beberapa senaman mudah dilakukan bagi mengelak peha menjadi lebih besar dan menyebabkan seluar lama sudah tidak boleh digunakan.

Takkan seluar lama mahu dibuang gara-gara disebabkan masalah berat badan terutama di bahagian peha. Bahagian ini masih boleh dikecilkan tetapi perlukan sedikit pengorbanan.

Masih belum terlambat untuk memastikan perkara ini tidak berlaku demi mendapatkan berat badan ideal. Selain senaman ringan yang lain, ada beberapa lagi cara untuk mengecilkan peha yang besar.

Senaman ini boeh dilakukan di rumah dan pada bila-bila masa sahaja. Yang penting rajin dan konsisten laukannya setiap hari. Anda buat dan anda akan dapat hasil yang diinginkan.

Tetapi kita juga diingatkan untuk menjaga makan dengan mengambil pemakanan seimbang agar usaha dilakukan tidak sia-sia. Bagi mengelak masalah berat badan berlebihan ini salah satunya amalkan megambil portion diet suku-suku separuh (DSSS) yang turut disarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Empat Senaman Mudah

Artikel Lain: Khasiat Minyak Zaitun, Baik Untuk Kecantikan & Kesihatan

Namun, diingatkan sebelum melakukan sebarang gerakan, anda perlu memanaskan badan dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kekejangan. Jika berlaku kekejangan, berhenti dulu untuk lakukan senaman dan berehat seketika.

Oleh itu, jom semak empat senaman yang boleh dilakukan menurut CNN Indonesia dan Hello Doktor bagi mengatasi masalah peha bergesel ini.

Empat Senaman Mudah

1. Kaki Bersilang

Menarik mengenai senaman ini, ia boleh dilakukan di atas katil saja. Menyerupai gerakan seperti gunting, latihan sebegini dapat menguatkan otot paha bahagian dalam dan luar serta perut.

Caranya adalah dengan baring secara terlentang menghadap ke atas. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan, sementara tapak tangan diletakkan berhampiran telinga.

Bengkokkan kaki sehingga membentukkan 90 darjah. Lakukan gerakan kaki secara menyilang kiri dan kanan sekitar 45 saat. Buat beberapa kali untuk hasil lebih efektif.

Empat Senaman Mudah

2. Kayuh Udara

Tekniknya sama seperti sedang mengayuh basikal, namun ia dilakukan secara berbaring. Baringkan tubuh menghadap ke atas di samping meletakkan tangan sejajar dengan badan.

Kemudian, lakukan gerakan seperti mengayuh basikal sekitar 45 saat. Aktiviti ini baik untuk melatih ketahanan otot pinggul dan sendi. Lakukan secara kerap dan boleh berhenti seketika sebelum meneruskan kembali latihan ini.

3. Squat

Senaman begini sering menjadi pilihan golongan selebriti dan individu yang aktif bersukan. Caranya mudah dan perlu dilakukan sebanyak dua set (15 atau 24 kali bagi satu set).

Aktiviti ini perlu dilakukan ketika berdiri dengan jarakkan kaki. Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan.

Kemudian, rendahkan badan secara perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut sehingga membentuk 90 darjah. Cuba tahan seketika untuk hasil lebih mantap.

Paling utama, pastikan bahagian belakang badan lurus dan kekal tegak sementara lutut tidak membengkok melebihi jari kaki. Cuba ulang gerakan sekitar 15 hingga 24 kali kali untuk melengkapkan 1 set senaman.

Empat Senaman Mudah

4. Angkat Kaki Sisi

Satu lagi senaman yang boleh dilakukan ketika berbaring. Caranya pusingkan badan dan baring secara mengiring ke sisi. Senaman ini perlu dilakukan untuk bahagian badan di sebelah kiri dan kanan.

Bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan kaki berada dalam keadaan lurus. Seterusnya, angkat kaki ke udara secara berulang selama 45 saat.

Sekiranya anda melakukan untuk sebelah kiri, kemudian lakukan gerakan sama untuk sebelah kanan.

Justeru, secara ringkasnya berikut antara empat senaman mudah yang boleh dilakukan untuk mengecilkan paha. Mungkin boleh mulakan senaman yang mudah, kemudian barulah cuba senaman lain pula. Sebaiknya buat secara konsisten untuk mendapat hasil yang lebih memuaskan.

Artikel Lain: Rahsia Sofea Jane Cantik Di Usia 53 Tahun

Leave a Comment!

error: Content is protected !!