Masak Lemak Sotong Petai Gerenti Sedap

Masak lemak sotong petai memang sedap. Petai memberikan aura kesedapan tersendiri pada hidangan tersebut.

Masak lemak ada pelbagai versi. Tiap satu punya keunikan rasa tersendiri. Ada yang letak bawang dan ada yang tidak. Terpulang pada cita rasa sendiri.

Tapi versi Suri, memang tak letak bawang langsung. Cukup masukkan serai, cili padi dan kunyit hidup saja. Dah cukup mantap!

Masak Lemak Sotong Tambah Petai Lagi Sedap

Siapa peminat petai? Terus terang, menambah petai dalam masakan memang menambah kesedapan hidangan itu. Seperti juga masak lemak sotong ini. Bila letak petai, tambah sedap rasanya. So, rugi kalau sesiapa yang tak suka petai.

Selain itu, Suri juga suka letak tempe bila masak lemak. Pernah cuba tak? Memang sedap.

Semak resipi ini juga: https://surihack.com/nasi-goreng-petai-bilis-goreng-asing-bilis-baru-rangup/

MASAK LEMAK SOTONG PETAI

BAHAN-BAHAN:

1kg sotong – bersihkan, potong

3 papan petai – kikis kulit dan hiris

3-4 papan tempe – hiris

20-30 biji cili padi hijau (ikut kepedasan) – kisar

2 inci kunyit hidup – kisar

1 inci halia – kisar

Serbuk kunyit

1kg santan pekat

3 Serai – satu ketuk, dua dikisar dengan cili padi dan kunyit hidup

2 helai daun kunyit – racik

1 ketul kiub ikan bilis

2-3 keping asam gelugur

Garam

Air

Minyak masak

CARA MEMBUAT MASAK LEMAK SOTONG PETAI:

Masak Lemak Sotong Petai Mantap Gerenti Sedap

Mula-mula, kisar bahan seperti cili padi, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.

Petai dikikis kulitnya dan potong serong. Begitu juga tempe, dihiris serong. Ketepikan.

Boleh cuba resepi ini juga: Sayur Masak Lemak

Kemudian lumur tempe dengan garam dan serbuk kunyit. Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali. Goreng tempe seketika. Angkat dan toskan.

Di dalam periuk, masukkan bahan kisar tadi bersama santan pekat. Kemudian masukkan serai yang diketuk dan asam gelugur. Gaul sekata. Masukkan air jika perlu. Kacau perlahan agar bahan mesra.

Masukkan pula kiub ayam, tempe dan petai. Kacau perlahan dan biarkan ia mereneh dan masak sepenuhnya.

Setelah kuah menggelegak, masukkan sotong dan masak lagi. Kemudian masukkan hirisan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sotong tidak perlu masak terlalu lama kerana takut liat.

Masak Lemak Sotong Petai Mantap Gerenti Sedap

Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas. Pehhh!! Mantap!

Resipi lain di sini: https://wawaazwa.com/2021/08/30/jering-tumbuk-masak-sambal-dengan-bilis-siapa-tak-makan-rugi/

Leave a Comment!

error: Content is protected !!