Rendang Padang, Tambah Kentang Dan Telur Puyuh Untuk Kelainan

Rendang Padang asli ini memang sedap banget! Sebenarnya banyak versi cara memasaknya. Ada yang masak dulu santannya baru dimasukkan rempah ratus dan ada juga yang tumis dulu bahannya. Terpulang pada selera masing-masing.

Beri Kelainan Pada Resipi Rendang Padang

Kali ini, Suri nak kongsi cara memasak resipi rendang Padang asli yang super sedap. Tapi, sengaja Suri buat kelainan dengan menambah ubi kentang sebiji-sebiji (tak payah potong) dan telut puyuh yang telah direbus.

Idea ini timbul kerana Suri pernah tengok satu youtube yang menunjukkan cara memasak macam ni. Uih..sedap juga tau. Selain daging, ada kentang dan telur puyuh. Lagi ngam! Try lah ye.

Tak susah sebenarnya masak rendang. Nampak renyah kerana banyak bahan yang perlu disediakan. Tapi sekarang dah senang. Beli saja di pasar, pes bahan-bahan kisarnya. Tak perlu lagi nak kisar bagai. Tapi, Suri biasanya sediakan sendiri bahan-bahannya. Ikut selera kita.

Resipi lain di sini:https://surihack.com/resepi-rendang-padang-asli-yang-enak-bangat/

Resipi Rendang Padang Asli

Resipi rendang Padang asli ini memang sedap banget! Sebenarnya banyak versi cara memasaknya. Ada yang masak dulu santannya baru dimasukkan rempah ratus dan ada juga yang tumis dulu bahannya.

Bahan-bahan:

1kg daging

3kg santan 

1kg santan pekat

2-3 sudu cili kisar (ikut kepedasan yang diingini)

2cm lengkuas – ketuk

2 helai daun kunyit

2 batang serai -ketuk

1-2 helai daun salam

Sedikit garam dan gula melaka

Air asam jawa secukupnya

Sedikit kerisik – pilihan

2-3 helai daun limau purut – buang bahagian tengahnya

Minyak masak

Bahan Kisar:

10 biji bawang merah 

7 ulas bawang putih

10-120 biji cili padi – bergantung tahap kepedasan nak diingini

2 batang serai 

1 inci kunyit hidup

2 inci halia

Cara Memasak Resipi Rendang Daging Padang Asli:

Panaskan kuali, panaskan minyak. Tuang semua bahan yang telah dikisar tadi, cili kisar bersama serai yang diketuk. Tumis hingga terbit bau wangi. 

Resipi rendang Padang asli ini memang sedap banget! Sebenarnya banyak versi cara memasaknya. Ada yang masak dulu santannya baru dimasukkan rempah ratus dan ada juga yang tumis dulu bahannya.

Masukkan pula ubi kentang yang telah dikupas kulitnya. Tak perlu rebus dahulu. Gaul sekata. Masukkan air asam jawa secukupnya.

Kemudian masukkan santan dan masak lagi. Setelah itu masukkan daging. Kacau sebati.

Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit. Masak lagi. Kacau dari semasa ke semasa untuk menggelakkan rendang hangit di bahagian bawahnya. 

Setelah itu masukkan daun salam, diikuti gula Melaka dan kerisik. Kacau lagi. Waktu ini, rendang makin memekat. Masukkan santan pekat pula. Gaul sekata.

Terus masak hingga rendang makin menggering. Masukkan telur puyuh yang dah direbus. Perasakan dengan garam secukupnya. Kacau perlahan agar telur puyuh tak pecah.

Rendang ini, semakin lama dimasak, semakin sedap dan warnanya akan bertukar menjadi lebih gelap. 

Selamat mencuba! Yumm!!

Cuba ini juga: https://wawaazwa.com/2021/08/29/sambal-udang-kentang-tak-perlu-bawang-pun-sedap/

Leave a Comment!

error: Content is protected !!