Buat Kepak Ayam Madu Simple & Sedap

Buat kepak ayam madu yang paling simple, Tetapi rasanya seperti kita makan di kedai makanan segera atau pasar malam.

Beli seketul tak cukup, paling kurang kena 5 ketul barulah berbaloi menikmatinya. Lebih sedap jika dimakan begitu saja atau dicicah bersama sos cili.

Artikel Lain: Resipi Masak Lemak Kuning Kepala Ikan Kerapu Dengan Pucuk Ubi

Sebenarnya tak susah pun nak membuatnya sendiri. Lebih jimat dan selamat kerana kita yang memasaknya sendiri.

Apa yang paling penting jimat masa dan belanja tinggi dan puas makan sekeluarga. Malah kalau rajin boleh buat banyak-banyak dan kemudian frozenkan. Bila nak masak boleh terus bakar dalam air fryer.

Antara bahan yang perlu ada untuk buat kepak ayam madu ini hanyalah kepak ayam.

Lagi mudah beli yang memang menjual bahagian kepak saja sebelum dicampurkan dengan bahan dapur sedia ada di rumah kita. Antaranya madu dan sedikit bahan perasa secukupnya.

Perkongsian resipi ayam madu ini dari Alia Yahaya Alia yang hanya campak-campak saja tanpa menggunakan sukatan.

Hasilnya memang menjadi dan rasanya sangat sedap seperti di beli di kedai. Kalau tak percaya boleh cuba menyediakannya sendiri. Atau kalau anda ingin menambah pendapatan juga boleh ambil order di kawasan taman perumahan.

Kepak ayam madu ini juga sangat sesuai dimakan untuk mereka yang sedang mengamalkan diet cara sihat. Tidak perlu digoreng sebaliknya hanya panggang menggunakan air fryer dan masak pada suhu ditetapkan.

Kepak ayam madu

Cara Buat Kepak Ayam Madu 

Resepi campak2.  Bukan campak piewwwwww gitu . Takde sukatan makna nyer . 

Bahan-Bahan:

  • Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
  • Brown sugar 
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • Serbuk cili -taruk sebab nak bg naik warna & suke pedas 
  • Honey 
  • Garam

Cara-Cara Membuat:

  1. Campur semua. Gaul dan perap chicken wings . 
  2. Lagi lama lagi sedap.  
  3. Kemudian bakar menggunakan bakar menggunakan  air fryer je . 
  4. Tetapkan suhu Suhu : 170c /15minit pertama. Tambah masa & suhu : 180c/ 5-6 minit 

Ikut masing-masing punya air fryer ye . 

Selamat mencuba

Artikel Lain: Spagetti Asli Carbonara Sedap

Leave a Comment!

error: Content is protected !!