Tip Dapur Selamat, Bersih Waktu Penyediaan Makanan

Dapur selamat dan bersih itu idaman setiap suri. Ia bukan sekadar menjadikan ruang dapur cantik semata. Malah, meningkatkan kualiti kesihatan keluarga dan tetamu yang menikmati hidangan suri sediakan.

Bagi memastikan impian dapur selamat dan bersih dicapai. Ada beberapa tip yang suri boleh praktikkan. Tentunya, jika ia menjadi kebiasaan, suri akan memperoleh manfaat yang besar.

Cara Memastikan Dapur Selamat Dan Bersih

Ingat! Jari Jemari Boleh Jadi Agen Penyebar Kuman

Sentiasa pasakkan dalam fikiran, jari jemari suri boleh jadi agen menyebar kuman semasa pengendalian makanan. Sebab itulah, basuh tangan dengan air hangat dan sabun sebelum mula memasak.

Terutama ketika menguruskan makanan mentah seperti daging, ikan malah telur. Telur sebaiknya dibasuh bersih terlebih dahulu sebelum anda gunakan untuk memasak.

Dapur Selamat Jika Papan Pemotong Bersih

Penting ada papan pemotong ini. Mudah kan kerja suri untuk menghiris atau memotong bawang mahupun sayuran.

Memotong daging dan bahan mentah lain pun jadi lebih cepat dengan adanya papan pemotong. Jadi, suri perlu sediakan papan pemotong khas untuk sayuran dan untuk lauk basah lain seperti daging, ikan, udang mahupun sotong.

Paling tidak ada dua papan pemotong di bahagian dapur suri. Jika ada rezeki lebih, bolehlah tambahkan lagi papan pemotong untuk buah-buahan. Cara ini lebih bersih dan selamat.

Cara Bersihkan Papan Pemotong

Sebaiknya, selepas memotong suri janganlah terus simpan papan pemotong itu. Bersihkan dan cuci di bawah laluan paip air. Saranan doktor agar membersihkan papan pemotong dengan air hangat dan sabun.

Mahu menjagaan lebih ekstra, anda boleh gunakan peluntur untuk membersihkan papan pemotong dan bilas dengan air bersih.

dapur-selamat
Kredit foto : Alex green via Pexels

Jangan ‘Togok’ Botol Minuman Dalam Peti Ais

Ini pun antara ‘habit’ yang biasa dilakukan tanpa sedar. Sebaiknya, tuang air ke dalam cawan, barulah minum. Jangan minum secara terus pada botol.

Tanpa anda sedari, bekas botol yang anda letakkan semula dalam peti sejuk itu mengandungi bakteria dari mulut.

Baca sini : Tip memasak cepat, mudah setiap hari

Peti Ais Overload Gagalkan Impian Dapur Selamat

Kenali peti ais anda ya suri. Jika, cuma mampu menampung bahan makanan dengan jumlah yang sedikit, janganlah disumbat sehingga berlebihan.

Sebaiknya, simpan makanan mahupun lauk basah dalam bekas container kecil atau plastik ziplock. Bukan saja kemas, malah bebas bakteria.

Jika peti ais overload, peredaran udara sejuk dalam peti ais tidak berjalan dengan baik. Itu yang menyebabkan bakteria seronok membiak.

Simpan Lauk Frozen Dengan Betul

Jika suri tiada masa yang mahu membuat lauk frozen, pastikan tahu cara penyediaan lauk frozen dengan betul.

Sebaiknya, selepas memasak. Letak lauk frozen di dalam bekas kecil ikut saiz hidangan yang keluarga perlukan. Bila dah sejuk masukkan lah dalam peti beku.

Panaskan semula lauk yang hendak di makan sahaja. Selepas dipanaskan, janganlah simpan dalam peti sejuk. Makanan itu berpotensi untuk menjadi basi dan salah penyediaan.

Lauk frozen yang baru dikeluarkan dari peti beku, segeralah anda memasaknya. Jangan biarkan lama-lama di luar tetapi tidak dipanaskan dengan betul.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!