Udang masak sos plum. Sedap tau dan mudah je nak membuatnya. Udang antara seafood atau makanan laut yang paling digemari ramai. Macam-macam resipi kita boleh masak menggunakannya. Tak kira yang berkuah atau kering, manis atau pedas, terpulang pada selera masing-masing.
Namun, bila anak-anak 24 jam ada di rumah, pening juga kepala mak-mak. Saban hari memikirkan apa lagi nak dimasak untuk anak-anak. Sudah tentunya nak yang tak pedas.
So, kali ini Suri kongsikan satu resipi berasaskan udang yang sangat simple dan sesuai dimakan oleh anak-anak kecil. Iaitu Udang Masak sos Plum. Yang penting, gerenti sedap!
Udang Sumber Protein Yang Baik
Ia merupakan salah satu sumber protein yang sangat baik, ia mengandungi beberapa jenis vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan kita.
Ia rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat, serta mengandungi Omega-3 dan asid lemak yang baik untuk kesihatan jantung.
Walau bagaimana pun, makan biar berpada-pada ye kerana kandungan kolesterol di dalamnya juga tinggi.
Mineral lain yang terkandung di dalamnya seperti zink, magnesium, fosforus, selenium dan banyak lagi.
Okay. Sekarang jom cuba resipi udang masak sos plum ni. Kalau anak-anak dah besar dan boleh makan pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi di dalamnya. Lagi umph!!
UDANG MASAK SOS PLUM
BAHAN-BAHAN:
1kg udang – bersihkan
5 biji bawang merah – racik
3 ulas bawang putih – racik
1 inci halia – hiris
Daun bawang – hiris
1 pek baby corn /jagung muda – hiris
2-3 sudu sos Plum (plam)
1-2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
Sedikit kicap manis
1-2 sudu sos cili
Minyak masak
CARA MEMASAK UDANG MASAK SOS PLUM:
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali, tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan halia tadi hingga terbit bau. Masukkan udang yang telah dibersihkan, diikuti oleh sos plum. Gaul rata.
Boleh cuba resepi ini juga: Daun Kesum
Masukkan pula sos tiram, sedikit kicap manis, sos tomato dan sos cili secukupnya. Gaul lagi.
Kemudian masukkan baby corn yang dah dipotong, gaul lagi dan akhir sekali masukkan hirisan daun bawang. Gaul lagi hingga sebati. Check rasa.
Jika kurang masin, boleh tambah sedikit saja garam. Biar seketika dan tutup api.
Siap! Mudah je kan? Cuba tau!
Baca ini juga: