Sambal Jering. Cara Hilangkan Asid Djengkolik, Rebus Dua Kali Baru Dimasak

Sambal jering memang sedap tapi hati-hati. Cara hilangkan asid djengkolik di dalam jering? Pernah tak dengar apa itu asid dhengkolik? Ia terkandung di dalam buah jering dan kristal asid djengkolik ini dikatakan boleh menyumbat sistem buah pingggang dan boleh memudaratkan terhadap fungsi buah pinggang.

Sebab itulah, pengambilan jering secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang disebabkan kehadiran asid djenkolik di dalam jering.

Sambal Jering. Cara Hilangkan Asid Djengkolik, Rebus Dua Kali Baru Dimasak

Cara Hilangkan Asid Djengkolik Dalam Sambal Jering

Oleh itu, sebaiknya, kurangkan kandungan atau hilangkan sedikit kandungan asid djengkolik sebelum memakannya. Antaranya dengan merebus beberapa kali sehingga hilang baunya, rendam di dalam air garam selama beberapa jam kemudian merebusnya atau menanamnya di dalam tanah selama 14 hari, sehingga bercambah dan direbus.

Selan itu, kita harus mengelakkan daripada memakan buah ini apabila perut kosong, dan jangan disertai dengan pengambilan makanan atau minuman lain yang juga berasid. Selain itu, elakkan juga daripada memakan buah ini dalam keadaan mentah. Masak buah ini sehingga ia masak sepenuhnya agar kandungan asid djenkolik memecah dan mengurangkan kepekatannya.

Kajian telah menunjukkan bahawa buah jering mempunyai sifat antibakteria, antioksidan, anti-gastrik, antinematod, dan antidiabetes. Walau bagaimanapun, sebatian nitrogen yang terdapat dalam buah ini boleh menyebabkan djenkolisme.

Apa Khasiat Jering?

Jering yang dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Archidendron pauciflorum, A. jiringa, Pithecellobium jiringa, dan P. lobatum adalah tumbuhan yang berasal dari rantau Asia Tenggara. Penduduk di bahagian Barat memanggilnya sebagai dog fruit. Buahnya sangat popular di Malaysia (dipanggil sebagai jering), Penduduk di Indonesia pula memanggilnya sebagai jengkol.

Di sebalik baunya yang kurang menyenangkan, terdapat beberapa faedah buah jering terhadap kesihatan yang kebiasaannya tidak diketahui oleh orang ramai.

Mencegah Anemia

Jering juga kaya dengan zat besi dan zat besi ini sangat penting untuk mencegah dan mengatasi kekurangan pengeluaran sel darah merah di dalam tubuh. Apabila tubuh badan mengalami kekurangan zat besi, pengeluaran sel darah merah akan berkurang.

Akibatnya, bekalan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh semua sel dalam badan juga akan dikurangkan. Kesan kekurangan bekalan oksigen dan nutrien dalam sel akan mengurangkan fungsi/prestasi sel. Untuk golongan wanita, dengan memakan buah jering semasa haid sangat disyorkan agar tubuh badan tidak mengalami kekurangan zat besi disebabkan oleh banyaknya darah haid yang keluar daripada badan.

Mengelakkan Kehilangan Tulang Dan Menguatkan Tulang Serta Gigi

Selain kandungan zat besi dan protein, zat lain yang terdapat dalam buah jering adalah kalsium dan fosforus. Kedua-dua bahan ini adalah bahan yang diperlukan oleh tulang. Kalsium dan fosforus boleh mencegah kehilangan tulang (osteoporosis).

Oleh itu, dengan memakan buah jering dengan jumlah yang sederhana dan tidak berlebihan boleh membantu tulang anda untuk menjadi lebih kuat.

Mengurangkan Masalah Perut

Buah ini juga dapat melegakan perut kembung. Kandungan serat yang tinggi boleh membantu melancarkan pengeluaran najis sehingga secara tidak langsung menjadikan perut tidak bermasalah.

Salah satu punca perut kembung pada seseorang adalah disebabkan oleh pembuangan air yang tidak lancar dan tidak teratur.

Apa pun, elakkan pemakanan buah ini secara berlebihan untuk memastikan anda tidak terkesan dengan djenkolisme dan masalah buah pinggang yang mungkin terjadi.

Semak resipi ini juga:

Cara Hilangkan Asid Jering, Cuba Cara Ini!

Okay, dikongsikan salah satu tip untuk menghilang atau mengurangkan kadar asid dalam jering, iaitu direbus dulu sebanyak dua kali, rendam di dalam air dan ditoskan.

Selain itu, dikongsikan juga resipi sambal jering yang sangat sedap ini. Kelainannya, cili dan bawang digoreng dahulu sebelum dikisar. Lagi harum bau sambal dan lebih sedap tau. Selamat mencuba!

RESIPI SAMBAL JERING

BAHAN-BAHAN:

1kg jering – Sebaiknya yang sudah cukup tua. Hiris

2 biji bawang merah

10  biji cili padi – ikut kepedasan yang diingini

10-15 batang cili merah besar

1 keping asam gelugur

Garam dan gula secukupnya

Minyak masak

CARA MEMASAK SAMBAL JERING:

Sambal Jering. Cara Hilangkan Asid Djengkolik, Rebus Dua Kali Baru Dimasak

Mula-mula, rebus jering empuk. Angkat dan rendam ke dalam air selama 10 minit. Kulit lembutnya akan tertanggal. Setelah itu, rebus lagi sekali. Angkat dan rendam lagi di dalam air selama 10 minit. Angkat dan toskan.

Cara Hilangkan Asid Djengkolik Dalam Jering, Rebus Dulu Dua Kali Baru Dimasak

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng cili padi, cili merah dan bawang merah hingga agak layu. Angkat dan toskan. Biarkan sedikit sejuk, barulah dikisar halus.

Cara Hilangkan Asid Djengkolik Dalam Jering, Rebus Dulu Dua Kali Baru Dimasak

Menggunakan minyak yang sama, goreng jering yang sudah direbus tadi, angkat dan rendam sekejap dalam air. Toskan.

Masukkan bahan kisar di dalam minyak yang telah panas dan tumis hingga terbit minyak. Memang sangat harum baunya. Setelah itu, masukkan asam keping. Tumis sehingga cili masak sepenuhnya dan terbit minyak.

Masukkan pula jering yang sudah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

Sumber: hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/jering

Leave a Comment!

error: Content is protected !!