Resipi nasi ayam bakar simple tapi sedap terangkat yang korang kena cuba buat terutama bila menjelang bulan puasa tak lama lagi.
Perkongsian dari sahabat Makan Apa Hari Ini Afy Al Habibi memberitahu cara membuat Nasi Ayam Bakar yang mudah dan pasti sedap.
Buktinya kalau tengah diet pun boleh stop dek kerana nak merasa kelazatan Nasi Ayam Bakar yang sangat mudah pembuatannya.
Gunakan saja bahan yang ada di rumah dan tidak ambil masa lama untuk menyediakannya. Apa yang penting ayamnya dibakar garing seperti makan di kedai nasi ayam popular.
Artikel Lain: Resipi Kari Tulang Guna Periuk Tekanan, Tetap Kena Tumis Darat Rempahnya Baru Umph!
Gerenti anak-anak suka dan kalau buat lebih, boleh terus dibuat untuk makan sahur pulak. Ayuh, ikuti perkongsian resipi nasi ayam bakar yang sedap lagi menyelerakan.
Nahh cikgu bagi idea siap-siap menu untuk esok. Nasi Ayam Bakar Walahhh. Bukan setakat mudah, sedap pastinya. Tahan je tangan nak tambah nasi lagi. Hampir tewas lagi diet cikgu walaupun asalnya pilih menu sihat sikit. Ahai.
Paling mengancam tentunya gambar ayam bakar cikgu tu kan.
Mehlah cikgu kongsi resepi ringkasnya.
Resepi Perapan Ayam Bakar (Bahan Untuk Seekor Ayam)
Bahan-Bahan:
- Ayam direbus seekor separa masak dalam kuah sup. Kemudian toskan.
- Satukan semua sos di bawah;
– 5 sudu besar sos blackpepper
– 4 sudu besar kicap lemak manis
– 4 sudu besar sos tiram
– 3 sudu besar sos BBQ pedas (cikgu beli dekat Eco)
Cara Membuat:
1. Gaul rata semua dan lumurkan pada ayam. Perapkan satu jam.
2. Sebelum dibakar, cikgu calitkan juga sapuan garlic cikgu buat semalam. (Rujuk resepi sebelumnya ya)
3. Bakar dalam mode roasted. Suhu 200C, masa 18 minit untuk masa bakar pertama. Selepas dibalikkan, kurangkan suhu dan masa yang sesuai ya.
4. Dah siap, jangan potong lagi. Rehatkan ayam seketika. Barulah dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dihidangkan.
Macam sambal cili semua tu cikgu bagi tips dekat gambar ya.
Selamat mencuba.
Artikel Lain: Ayam Masak Kicap Air Tangan Mak