Nasi Goreng Petai Bilis, Goreng Asing Bilis Baru Rangup

Nasi goreng petai bilis? Pehh! Terbayang akan kesedapannya. Bahkan, petai memang tak pernah mengecewakan. Masukkan ke dalam apa-apa masakan sekali pun, aroma petai pasti akan membuka selera.

Ops! Tapi untuk yang menggemari rasa dan ‘bau’ unik petai yang menyengat itu saja ye. Yang tak suka, bau pun mereka tak tahan!

Apa Khasiat Petai?

Nama saintifik bagi petai adalah parkia speciosa dan ia turut dikenali dengan nama lain di negara-negara lain seperti sataw (Thailand), peteh/pete (Indonesia), yongchak (India) bitter beanstink beansator bean atau twisted cluster bean.

Menurut info dari laman web kesihatan HelloDoktor, petai boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan kerana kandungan asid amino yang terkandung dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur.

Kandungan asid amino inilah yang menjadikan biji petai menghasilkan bau yang sangat menyengat dan turut memberi kesan sampingan pada nafas berbau dan air kencing.

Antara khasiat, melancarkan penghadaman, tinggi kalium, tinggi vitamin C dan boleh mencegah kemurungan. serta banyak lagi kebaikannya untuk kesihatan.

Apa Pula Khasiat Bilis?

Ikan bilis menyumbang banyak khasiat serta manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Selain kaya dengan protein yang penting untuk kesihatan tisu, tulang serta pelbagai lagi manfaat lain, ikan bilis juga kaya dengan Omega-3, salah satu lemak penting yang sangat diperlukan, berfungsi sebagai anti-keradangan.

Ikan bilis juga kaya dengan vitamin-vitamin seperti riboflavin, selenium, niacin, folat, vitamin A, C, E, K serta mineral-mineral seperti zinc, zat besi, kalsium dan banyak lagi yang membantu memelihara tubuh badan agar kekal sihat.

Antara kasiat, kaya protein, bagus untuk kesihatan kulit, meningkatkan kesihatan tulang dan banyak lagi.

Okaylah. Berbalik kepada resipi kita, kali ini Suri nak kongsikan tip macam mana nak buat resipi nasi goreng yang simple ini lebih sedap. Caranya, goreng ikan bilis berasingan. Ini membuatkan ikan bilis itu rangup dan tak lembek. Ini membuatkan nasi goreng itu tambah sedap tau!

NASI GORENG PETAI BILIS RANGUP

BAHAN-BAHAN:

Nasi putih – seeloknya yang sudah semalaman

Ikan bilis

5-7 ulas bawang putih – cencang halus

2-3 biji bawang merah

1-2 papan petai – buang kulit, potong dua

2-3 sudu cili kisar

Garam

Minyak masak

CARA MEMASAK NASI GORENG PETAI BILIS:

Mula-mula, panaskan minyak dan goreng dahulu ikan bilis yang telah dicuci bersih. Setelah garing, angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama (buang sedikit jika terlalu banyak), tumis hirisan bawang putih dan bawang merah hingga terbit wangi.

Masukkan pula cili kisar dan gaul sekata. Setelah itu, kacau sekata.

Masukkan pula nasi putih, gaul dan kemudian petai. Gaul sekata.

Seterusnya, perasakan dengan garam secukup rasa dan tutup api. Tuang bilis yang telah digoreng ke dalam nasi dan gaul seketika. Siap nasi goreng petai bilis. Simple sangat! Yang penting gerenti sedap tau.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!