Sambal tempoyak udang memang boleh buat makan bertambah-tambah. Aduhai! Auto gagal diet dibuatnya. Bila makan masakan ni, konfim tak boleh makan tak bertambah! hihi.
Tempoyak boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak dan sebagainya lagi. Yang pasti, rasanya memang tak pernah mengecewakan.
Apa yang peliknya, ada orang yang suka makan durian tapi tak suka tempoyak. Ada pula yang tak makan durian, tapi suka tempoyak. Macam-macam selera manusia ni kan.
Tempoyak Buatan Sendiri
Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam, asam keping dan disimpan untuk proses penampaian. Bahkan, kesedapan masakan berasaskan tempoyak bergantung juga kepada kualiti tempoyak yang digunakan.
Zaman sekarang kena berhati-hati jika hendak membeli tempoyak siap di pasar-pasar. Ada yang menambahkan pisang ke dalam campurannya durian dan tentu berbeza rasa dan baunya. Nak betul-betul kualiti terjamin, buat sendiri!
Apa Khasiat Tempoyak?
Apakah khasiat tempoyak? Ia sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih kurang sama dengan intipati bahan utamanya iaitu buah durian, dengan sedikit tambahan. Berikut adalah khasiat buah durian:
- Durian, sama seperti buah tropikal yang lain seperti pisang, nangka dan betik, adalah kaya dengan tenaga, mineral dan vitamin. Setiap 100 gram buah ini akan membawa lebih kurang 147 kalori.
- Buah ini mengandungi amaun mineral seperti mangan, tembaga, zat besi dan magnesium. Mangan diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan enzim antioksidan, superoxide dismutase (SOD). Tembaga diperlukan untuk penghasilan sel darah merah dan zat besi pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah (RBC).
- Ia juga mengandungi kandungan gula seperti fruktosa dan sukrosa yang akan membekalkan tenaga dan menyegarkan tubuh badan. Walaupun ia mengandungi amaun lemak yang tinggi berbanding buah yang lain, ia bebas daripada lemak tepu dan kolesterol.
- Durian kaya dengan serat yang sangat bagus untuk sistem penghadaman. Serat juga akan membantu melindungi mukus di dalam kolon dengan mengurangkan pendedahannya terhadap toksin. Ia dapat membantu menyingkirkan bahan kimia penyebab kanser daripada perut.
- Buah ini adalah sumber antioksidan vitamin C yang sangat baik dengan kira-kira 33% RDA. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dapat membantu tubuh badan melawan agen infeksi dan juga radikal bebas yang sangat berbahaya.
- Buah ini juga adalah sumber vitamin B kompleks, yang merupakan fitur unik untuk buah seperti niacin, riboflavin, asid pantotenik (vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6) dan thiamin (vitamin B1). Vitamin-vitamin ini adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. (Sumber:hellodoktor.com)
Selain udang, sambal tempoyak ini juga boleh menggunakan ikan bilis dan sotong. Terpulang kepada selera masing-masing. Yang pasti, ia sangat sedap. Makan nasi panas ngam habis!
Hidangan sambal tempoyak udang ini sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka atau sahur. Cara penyediaannya pun tak susah.
Semak resipi lain di sini: https://surihack.com/cara-buat-kuih-bom-bijan-guna-sukatan-cawan/
Sambal Tempoyak Udang
Bahan-bahan:
1/2kg udang – bersihkan
1 mangkuk tempoyak
2 helai daun kunyit – carik-carikkan
Gula
Garam
Serbuk perasa – pilihan
Serbuk kunyit
Minyak masak
Bahan kisar:
2-3 inci kunyit hidup
20-30 biji cili padi (bergantung pada kepedasan yang dikehendaki)
Cara Memasak Sambal Tempoyak Udang:
Mula-mula tumbuk/kisar cili padi dan kunyit hidup hingga lumat. Gaul dan sebatikannya dengan tempoyak. Ketepikan. Kemudian gaul pula udang dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang hingga agak masak. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tuang adunan tempoyak tadi dan tumis seketika. Kacau perlahan.
Setelah itu, bolehlah masukkan pula daun kunyit. Goreng hingga cili masak sepenuhnya. Kacau sentiasa untuk menggelakkan ia berkerak di bahagian bawahnya.
Setelah sambal masak sepenuhnya, perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi. Kacau sebati.
Setelah itu, bolehlah diangkat. Okay…siap sambal tempoyak udang! Mudah je kan? Masakan ini tak perlu guna bawang pun dah sedap. Tapi terpulang pada selera masing-masing ye. Kalau ada petai, lagi best!!
Semak ini juga: https://wawaazwa.com/2021/09/06/masak-lemak-cili-padi-jering-tua-tumis-style-tak-kurang-sedapnya/