Ayam Masak Ros Penang | pergh ini memang menu viral kalau mai Penang. Seperti biasa kalau sebut penang mestilah banyak pengaruh Mamak. Kalau ikutkan lebih kurang sama sahaja macam ayam masak merah.
Tetapi ayam masak ros ini ada tambahan rempah-rempah dan bahan lain yang membuatkan ianya berbeza dari ayam masak merah yang biasa .
Resepi Ayam Masak Ros Penang
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam dipotong 12 ketul.
- 3 sudu besar tomato puri atau 1 tin kecil½ Tin (225gm) “Kimball Sup Tomato”
- ½ tin susu cair
- 1 helai daun pandan dipotong pendek.
- 3 batang serai diketuk
- 2 biji bawang besar dihiris memanjang.
- 15 tangkai cili kering direbus dulu.
- 2 batang kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
- 1 senduk minyak masak atau minyak sapi sedap jugak
- 1 sudu besar serbuk jintan putih (sy buat 1 sudu kecil)
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil kas-kas
- 1 sudu kecil garam masala
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus (kalau ada)100gm
- santan pekat
- Garam secukupnya rasa.
Buat pes guna bahan tambahan:
A. Kisar selabu bawang besar, 1 inci halia dan 5 ulas bawang putih dan jadikan pes dan asingkan.
B. Kisar pula 15 tangkai cili kering, 1 batang karot dan 1 biji tomato dan asingkan.
C. Kisar halia dan bawang putih bagi dapat dalam 2 sudu.
Cara masak
- Apa apa pun pastikan ayam tu di cuci bersih. Macam biasa perap ayam dengan garam kunyit seketika dan goreng separuh masuk atau ¾ masak. Jangan sampai garing yer nanti kuah atau sos susah nak salut kat ayam tu. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan) atau nak pakai minyak sapi, kemudian tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukkan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan. Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).
- Pastu masukkan pula bahan kisaran A, tumis seketika hingga naik bau dan seterusnya masukkan bahan kisar B dan C dan kacau seketika. Next masukkan pula sup tomato, tomato puri dan susu sejat. Tumis dengan api perlahan sehingga harum.
- Next adunkan serbuk cili, serbuk jintan putih, jintan manis, garam masala dan serbuk kas-kas jadikan pes pastu masukkan lalu kacau sebati. Bila kuah mula pecah minyak masukkan santan pekat gula dan garam secukup rasa dan biarkan mendidih. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.
- Biarkan sebatian mendidih. Seterusnya masukkan ayam dan kacau rata dan sebati kemudian kecilkan api lalu biar sehingga pecah minyak. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Dah pecah minyak boleh taburkan daun pudin, bawang goreng, daun sup untuk naikkan lagi bau dia. Kalau takde kau gunalah daun apa yang ada, jangan daun ketum sudah. . Yang ni agak rumit. Sebab tu aku tak tulis senang yakmat macam selalu. So kalau rajin bolehlah cuba. Resipi ni mamak penang yang bagi
BACA : resepi ayam vanggey
Memang Sedap Resepi Ayam Masak Ros Penang
Haa kan berbeza dengan ayam masak merah biasa. Memang banyaknya ramuan ..hahaha. Sebenarnya masakan nasi kandar ini memerlukan bahan masakan yang banyak tetapi seperti disiri-siri resepi mamak…perhatikan bawang adalah kegunaan utama.
Untuk info, masakan nasi kandar tidak menggunakan air untuk menambahkan kuahnya atau pun cairkan. Bawang yang dikisar dengan air menjadi kuah masakan maka seperti mamak cadangkan 50% air dan 50% bahan kisaran sudah memadainya.
kalau nak jugak cair bolehlah tambah airnya. Tetapi perlu ingat kuah nasi kandaq mamak yang sedap kerana kuahnya likat melekat. Sebab itu mamak haji tambah karot dan biji badam dlm resepi ini. kalau ayam masak merah ditambah cili sos dan tomato sos. Untuk kelikatan hasil dari tepung jagung yg digunakan utk buat kedua-dua sos ini.
Kelikatan kuah masakan nasi kandar pekat likat dan baunya harum sehingga 1km boleh berbau. Tangan yang dibasuh selepas makan masih boleh bau rempahnya sekra menggunakan rempah yang baik. Jangan sekali tambahkan air sejuk kepada kuah yang sedang mendidih ini akan mengakibatkan air tidak akan sebati dengan kuah dan terapung dipermukaan kuah nanti.
Dalam bulan ramadan maka kalau buat itu sedekah-sedekahkan pada jiran tetangga yer .
BACA : kari tulang noxxa