Resipi Masak Lemak Kuning Kepala Ikan Kerapu Dengan Pucuk Ubi

Resipi masak lemak kuning kepala ikan kerapu dengan pucuk ubi. Peh! Memang sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas je pun dah sedap.

Sebenarnya masak lemak kuning ada pelbagai versi. Tiap satu punya keunikan rasa tersendiri. Ada yang letak bawang dan ada yang tidak. Terpulang pada cita rasa sendiri. Cuma, apa salahnya kita mencuba resipi orang lain pula untuk kelainan kan?

Kali ini Suri ingin kongsikan resipi masak lemak kuning versi ala Padang. Sememangnya masakan Padang punya ramai peminatnya. Ia penuh aroma dan kaya dengan rasa. Memang lazat!

Kalau tengok bahan bahan yang perlu disediakan dibawah ni memang agak banyak berbanding dengan masak lemak biasa. Tapi aroma dan keenakkanya memang luar biasa. Penuh rempah dan rasa yang sangat “rich” kata orang putih

Resipi Berasaskan Ikan

Manakala, ikan adalah salah satu sumber protein yang boleh dimasak pelbagai masakan. Tapi secara peribadi, kesegaran ikan itu paling utama dan mempengaruhi kelazatan sesuatu masakan. Memang beza rasanya bila masak dengan ikan yang masih fresh dengan ikan yang sudah lama disejuk beku. Betul tak?

Ikan fresh ini rasa lebih manis dan segar. Enak dia memang lain macam. Kalau dapat beli ikan dikawasan pantai terutama yang baru naik dari perahu nelayan itu yang paling baik.

Boleh cuba juga resipi lain di sini:

Resipi Masak Lemak Kuning

Pucuk Ubi Kerinting Lebih Sedap?

Terus terang, ini kali pertama kali Suri masak menggunakan pucuk paku kerinting. Sebenarnya ada banyak jenis pucuk ubi di Malaysia; pucuk ubi batang merah, pucuk ubi kayu, pucuk ubi batang putih dan lain-lain lagi termasuklah pucuk ubi kerinting.

Pucuk ubi kerinting daunnya lebih lembut dan kurang rasa pahitnya. Masa memasaknya pun tak begitu panjang berbanding pucuk ubi jenis lain.

Cuma, bagi yang jenis ‘banyak angin’ dalam badan, jangan makan banyak sangat ye. Kang nanti ada yang pening-pening dan angin satu badan.

Selamat mencuba ye!

RESIPI MASAK LEMAK KUNING KEPALA IKAN KERAPU DAN PUCUK PAKU KERINTING

CARA MEMASAK:

Mula-mula, kisar/giling bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, cili besar merah, buah keras, lada putih dan kunyit hidup. Ketepikan.

Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai dan daun limau purut (buang bahagian tengahnya). Tumis lagi seketika.

Setelah itu, masukkan santan secukupnya dan air jika perlu. Kacau perlahan agar bahan mesra.

Masukkan pula kiub ayam, kepala ikan kurau, diikuti daun ubi kayu. Kacau perlahan dan biarkan ia mereneh dan masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Angkat dan masak lem

Masak kuning kepala ikan kurau sedia dimakan dengan nasi panas. Pehhh!! Berpeluh beb!

Resipi ini pun sedap: Masak lemak jering tua

Leave a Comment!

error: Content is protected !!