Tauhu Telur Masak Sos Tiram Dengan Isi Ayam, Mudah Dan Gerenti Sedap

Tauhu Telur atau pun juga dikenali sebagai Tauhu Jepun memang sedap. Teksturnya yang lembut membuatkan ia umpama ‘cair di mulut’ saat gigitan pertama lagi. Wah!! Memang sedap.

Kali ini Suri nak kongsi satu resipi mudah menggunakan tauhu Jepun ini ala-ala Chinese style tapi dengan sentuhan Melayu kerana ada cili padi.

Masak Sendiri Resipi Tauhu Telur Ini Di Rumah

Biasanya kita makan masakan sebegini jika ke restoran yang menyediakan masakan Cina je kan. Ha..zaman PKP ni, mana boleh nak dine in kan. Tapau kang dah tak syok.

Feel tak sama kata orang. So, kita buat sendiri, lagi puas hati. Makan masa panas-panas. Fuhhh..!

Hidangan ini juga sangat sesuai untuk mereka yang sedang diet, yang tengah nak cuba control pengambilan nasi (macam Suri..hihi). Ratah macam tu je pun sedap sangat dah.

So, selamat mencuba resipi yang sangat mudah ini. Bahan-bahan yang diperlukan juga tak banyak.

Boleh cuba resipi ini juga: Asam pedas

RESIPI TAUHU TELUR MASAK SOS TIRAM DENGAN ISI AYAM

BAHAN-BAHAN:

2 tiub tauhu telur – potong

Sedikit bahagian dada ayam – cencang

5 ulas bawang putih – cencang

Sedikit cili padi – hiris

Sedikit daun bawang – hiris

Sedikit sos tiram

Sedikit sos seasoning

Sedikit bancuhan tepung jagung

Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK RESIPI TAUHU TELUR SOS TIRAM DENGAN ISI AYAM:

Mula-mula cencang isi ayam hingga lumat dan ketepikan. Setelah itu, panaskan minyak dalam kuali dan goreng tauhu telur.

Hati-hati kerana teksturnya lembut, takut hancur. Angkat dan toskan.

Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bawang putih yang dah dicencang lumat dan tumis hingga terbit bau harum.

Kemudian masukkan isi ayam tadi. Gaul rata dan tumis hingga isi ayam masak.

Setelah itu, Masukkan hirisan cili padi. Ini pilihan ye. Jika ada anak kecil, tak perlu. Yang suka pedas, silakan..hihi.

Masukkan pula sos tiram secukupnya, diikuti sedikit sos seasoning. Tambah sedikit air supaya ia agak berkuah. Terpulang pada selera masing-masing.

Kemudian masukkan pula bancuhan tepung jagung, fungsinya untuk memekatkan kuah.

Setelah itu barulah masukkan tauhu telur yang dah digoreng tadi. Gaul perlahan-lahan ye..

Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Tadaaa…siap! Cuba tau. Menyesal tak cuba!

Resipi ini pun sedap: Ikan jenahak masak tauhu

Leave a Comment!

error: Content is protected !!