Resipi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur, Masakan Orang Lama Sedap Tak Terkata!

Resipi masak lemak cili padi cendawan kukur atau cendawan sisir ini, antara masakan orang dahulu kala yang cukup simple dan mudah pula dimasak. Bahkan tak menggunakan bahan yang terlalu banyak. Namun yang pasti, sangat sedap rasanya dan mengimbau nostalgia tiap kali menikmatinya!

Bila dah lama tak pulang ke kampung halaman tercinta, memang rasa rindu nak menikmati masakan kampung. Aduh, sedapnya. Bahkan, ada bahan masakan yang susah nak dijumpai di bandar-bandar. Dah kalau bahannya tak dapat cari, macam mana nak masak sendiri kan?

Masakan Orang Lama Yang Tetap Sedap

Begitu juga masakan masak lemak cili padi cendawan kukur ini. Tentu ramai yang dah lama tak makan. Ada yang panggil kulat sisir. Cendawan ini termasuk makanan rare kerana sukar nak jumpa. Aroma dan rasanya yang tersendiri membuatkan tiap hidangan yang dimasak menggunakannya sangat sedap.

Okaylah. Kali ini Suri nak kongsi resipi masak lemak cili padi cendawan kukur ini. Tak susah dan sangat ringkas cara penyediaannya. Yang penting, kena bersihkan betul-betul cendawan itu kerana banyak kotoran yang melekat padanya.

Selamat mencuba ye!

RESIPI MASAK LEMAK CILI PADI CENDAWAN KUKUR

BAHAN-BAHAN:

Cendawan kukur – bersihkan

Santan pekat (boleh juga gunakan santan kotak)

Serai – ketuk

Daun kunyit

Sedikit Ikan bilis

Air

BAHAN KISAR:

Cili padi kampung

Cili besar merah

1 batang serai

Kunyit hidup

CARA MEMASAK RESIPI MASAK LEMAK CILI PADI CENDAWAN KUKUR:

Mula-mula, bersihkan cendawan dengan sebaik mungkin kerana banyak kotoran melekat padanya. Kemudian toskan. Setelah itu, kisar bahan seperti cili padi, cili besar merah, serai dan kunyit hidup.

Di dalam periuk, masukkan bahan kisar diikuti santan. Kacau rata. Kemudian masukkan pula cendawan kukur dan ikan bilis. Kacau perlahan.

Masukkan serai yang diketuk. Gunakan api sederhana besar.

Masukkan pula hirisan daun kunyit dan kacau lagi hingga ia masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas. Pehhh!! Berpeluh beb!

Boleh juga cuba menu simple ini: Ayam panggang ala Kenny Rogers

INFO TAMBAHAN:

Cendawan kukur atau kulat sisir (Schizophyllum commune) adalah sejenis cendawan yang lazimnya tumbuh pada kayu reput.

Di Malaysia, cendawan kukur daripada pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular untuk dicari dan dikutip, seterusnya dimasak dengan pelbagai hidangan lazat. Ia dikatakan tumbuh selepas musim hujan.

Walau bagaimana pun, dengan teknologi moden cendawan ini boleh diternak dengan lebih mudah.

Cuba resipi ini juga: Sambal jering tumbuk

Leave a Comment!

error: Content is protected !!