Bantuan STR 2024: Kemaskini Maklumat Dan Permohonan Baharu

Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bagi tahun 2024 mula dibuka untuk semakan kemaskini maklumat dan permohonan baharu bermula 1 November. Dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada 1 November 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan peruntukan bayaran STR sebanyak RM2 billion menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM10 bilion. Hampir 60 peratus atau 9 juta penduduk dewasa Malaysia memanfaatkan bantuan STR untuk tahun 2024.

Bantuan STR: Kemaskini Maklumat Peribadi

Bagi penerima bantuan STR 2023, anda boleh membuat semakan dan mengemas kini segala maklumat terkini untuk memudahkan proses kemasukan duit kelak.

Berikut adalah cara untuk daftar masuk, semakan dan kemaskini maklumat STR 2024.

bantuan str
  1. Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan semak.
  3. Masukkan kata laluan dan log masuk.
  4. Pergi ke bahagian kemaskini untuk sebarang semakan dan kemaskini maklumat terkini anda.

Permohonan Baharu STR 2024

Bermula pada STR 2024, permohonan baharu mula dibuka pada 1 November 2023 dan ia akan dibuka sepanjang tahun berbanding hanya setahun sekali sahaja sebelum ini. Jadi bagi yang tidak sempat membuat permohonan untuk STR 2023, anda boleh cuba membuat permohonan tersebut mulai bulan Novemberi ini.

Pemohon digalakkan membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat secara dalam talian atau hadir ke kaunter LHDN Malaysia di mana-mana cawangan berhampiran kediaman anda.

Berikut adalah cara bagaimana anda boleh membuat permohonan baharu STR 2024:

bantuan str
  1. Layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang ‘Permohonan Baharu STR 2024’
  3. Kemudian masukkan maklumat peribadi anda.
  4. Kemudian hantar permohonan.
bantuan str
Klik butang Permohonan Baharu STR 2024

Permohonan juga boleh dibuat secara manual atau fizikal mulai 1 November 2023 dengan cara hadir ke lokasi berikut:

  • Pejabat LHDN
  • Pejabat Satelit (PS) LHDNM; atau
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM; atau
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC)
    LHDNM

Pemohon perlu mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR 2024.

Baca juga https://surihack.com/cara-daftar-efiling-lhdn/

Tarikh Bayaran STR 2024

Persoalan “bantuan STR bila masuk” tentu sahaja berlegar-legar di fikiran ramai penerima bantuan tunai rahmah ini.

Bayaran STR 2024 mengikut fasa dijangka dibuat pada tarikh berikut:

Fasa Bayaran STR 2024Tarikh Bayaran STR 2024
Fasa 1Februari 2024
Fasa 2April 2024
Fasa 3Ogos 2024
Fasa 4November 2024
Tarikh tertakluk pada pindaan semasa

Bagi penerima STR 2023, kerajaan telah menetapkan pembayaran akhir STR tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 November 2023.

Kadar Bayaran STR 2024

Berita baik untuk semua penerima, bayaran STR 2024 untuk kategori isi rumah dinaikkan maksimum sehingga RM3700 manakala kategori belia naik sehingga RM500.

bantuan str

Untuk maklumat lengkap, sila rujuk pada jadual berikut mengikut kategori untuk bayaran STR 2024.

KATEGORI PENERIMAPENDAPATAN (RM)BILANGAN ANAKJUMLAH STR (RM)JUMLAH SARA (RM)JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Isi rumah < 2500 0 1000 1200 2200
Isi rumah < 2500 1 – 2 1500 1200 2700
Isi rumah < 2500 3 – 4 2000 1200 3200
Isi rumah < 2500 > 5 2500 1200 3700
Isi rumah 2501 – 5000 0 500 300 800
Isi rumah 2501 – 5000 1 – 2 750 300 1050
Isi rumah 2501 – 5000 3 – 4 1000 300 1300
Isi rumah 2501 – 5000 > 5 1250 300 1550
Warga emas sebatang kara < 5000 600 150 750
Bujang (21 – 59 tahun) 350 150 500
Bujang OKU (21 – 59 tahun) 350 150 500

SARA merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah 2024 memberi manfaat kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Sementara itu Rebat Bil Elektrik Isi Rumah Miskin Tegar sehingga RM40 sebulan memanfaatkan lebih 142,000 isi rumah miskin tegar juga diteruskan lagi dalam Belanjawan 2024.

Jadi, kepada rakyat Malaysia yang layak memohon bantuan STR jangan lupa untuk mengemaskini maklumat peribadi anda dan yang sebelum ini terlepas peluang memohon, boleh mula menghantar permohonan baharu agar bantuan kewangan yang diumumkan oleh kerajaan ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan kewangan anda sekeluarga. Manfaat sebaiknya duit STR yang diterima untuk kegunaan sekeluarga.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!