Permohonan BKM 2022 dibuka. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 sudah mula dibuka sejak 1 Januari dan berakhir pada 31 Januari ini. Pemohon-pemohon yang layak boleh mula buat permohonan atau kemaskini data mulai tarikh tertera. Jangan sampai terlepas peluang ini ya!
Dalam bajet 2022 yang dibentangkan tahun lepas, kerajaan telah mengambil kira keperluan rakyat dan telah meluluskan bantuan kewangan kepada keluarga yang layak melalui peruntukan Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM 2022.
Semoga dengan bantuan kewangan tersebut ia sedikit sebanyak dapat membantu bebanan kewangan Keluarga Malaysia yang ramai terjejas sejak pandemik Covid-19 dan disusuli bencana banjir besar yang melanda banyak negeri.
Jadi, semua yang layak memohon segeralah buat permohonan atau kemas kini maklumat peribadi dalam sistem. Jangan tangguh-tangguh, takut nanti terlupa dan terlepas rezeki bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia.
Siapa perlu buat permohonan BKM 2022?
Tentu ada yang keliru dan tertanya-tanya sama ada perlu buat permohonan baru atau tidak? Sebenarnya ada 2 kategori individu yang perlu membuat permohonan baru iaitu:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM.
- Pemohon yang tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP.
Dua kategori orang tersebut tu kena buat permohonan baru. Jadi, korang kena tahulah berada dalam kategori yang mana.
Siapa kena buat kemas kini BKM 2022
Sementara itu ada juga individu yang tak perlu lagi menghantar permohonan baru bagi melayakkan dia mendapat BKM, sebaliknya perlu buat kemas kini bagi memastikan BKM masuk ke dalam akaunnya dengan selamat.
- Individu, pemohon BPR 2021 termasuk mereka yang tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP.
- Penerima BPR 2021 dan BKC yang mempunyai perubahan bilangan anak, jumlah pendapatan atau status perkahwinan.
Pemohon boleh mengemaskini maklumat untuk BKM 2022 di bkm.hasil.gov.my
Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut :
- Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
- Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
- Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.
Berapa jumlah bantuan BKM untuk setiap kategori?
Jumlah bayaran asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan diterima adalah seperti berikut:
Kategori bantuan isi rumah:
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
Bilangan anak/Nilai bantuan BKM
0/RM1,000
1-2/RM1,500
>3/RM2,000
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Bilangan anak/Nilai bantuan BKM
0/RM400
1-2/RM600
>3/RM800
- Kategori bantuan warga emas bujang/tiada pasangan
Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Nilai bantuan BKM RM600
- Kategori bantuan bujang
Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
Nilai bantuan BKM RM350
Kadar tambahan BKM
Selain menerima bantuan asas kewangan mengikut kategori di atas, ada juga kadar tambahan bayaran bantuan untuk penerima isi rumah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.
Rezeki tahun baharu untuk golongan yang berkelayakan bagi meringankan bebanan kewangan mereka. Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, semak sama ada permohonan anda ada dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022 atau tidak.
BACA: Asas kredit kad dan jalan terbaik untuk buat pembayaran