Tips guna kredit kad | Kredit kad boleh menjadi satu instrumen kewangan yang membantu kita ketika sesak, tetapi ia juga mampu membuatkan seseorang tidak dapat mengawal kewangan dengan baik malah boleh membawa kepada muflis
Pastikan anda tahu masa bila menggunakannya dan bagaimana untuk membuat pembayaran yang bijak
“Malah, berdasarkan portfolio AKPK, lebih 50 peratus membabitkan hutang kad kredit, sementara pinjaman peribadi pula membabitkan kira-kira 30 peratus,”
Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023
Malangnya ramai yang ‘abuse’ kemudahan kewangan ini dan menyebabkan pusingan cash flow tidak cantik dan membuatkan kita menanggung hutang yang membukit.
Sekiranya anda adalah pemilik kredit kad, pastikan korang paham setiap satu satu asas atau terminologi untuk kredit kad supaya anda tidak ‘terciduk’ di kemudian hari

Asas Kredit kad : Tips guna kredit kad
KREDIT LIMIT
Kredit limit bermakna jumlah hutang yang boleh dibuat dengan bank tersebut atas kad yang diberikan. Ada yang dapat 5k, 10k malah ada yang 50k.
Kredit limit kita akan bergantung pada gaji sewaktu kita mohon Jadi janganlah cakap bank A boleh bagi sikit, tetapi bank B bagi banyak.
Kredit limit ialah satu benda yang kita boleh mohon dengan hantar payslips terkini
SUPLEMENTARY CARD
Khas diberikan untuk keluarga terdekat Contoh, bagi pada isteri atau anak-anak. Tujuan asal selalunya untuk isteri bagi tujuan kegunaan waktu kecemasan, kalau untuk anak pula biasanya kalau anak itu belajar di luar negara.
Dengan kata lain lebih senang untuk urusan penghantaran wang. Tapi had umur minima untuk dinamakan mesti 18 tahun dan keatas sahaja.
CASH BACK VS POINTS CARD
Ada 2 pilihan jenis kad. Cash back akan bagi kita discount dalam setiap pembelian kita. Terus ditolak dari jumlah hutang kad kredit. Agak Jimat. Cuma kena juga tahu, cash back yang diberi pun ada had limit. Biasanya satu kad sebulan RM 50 sahaja.
Points kad pula jumlah pembelian yang akan dapat point yang boleh ditukar dengan barang/ voucher yang diberikan oleh pihak bank mengikut jumlah yang ada.
Yang terbaik, mungkin boleh pastikan ada satu points card dan satu lagi cash back card
INTEREST KAD KREDIT
Bila gagal memahami interest yang dikenakan ramai yang terperangkap bila mereka ada kad kredit tetapi buat bayaran minimum payment. Pastikan baca cara pembayaran kredit kad dibawah artikel ini.
Hutang kredit kad yang harus dihapuskan terlebih dahulu sebab jumlah interest yang dikenakan boleh mencapai 18%
Jadi, jika kita menggunakan kredit kad pastikan kita ialah pengguna yang bijak yang tidak mahu bayar interest satu sen pun pada pihak bank.
Caranya, selesaikan terus hutang kegunaan kad kredit bulan berkenaan sebelum tarikh due. Jadi kena ambil tahu bila statement keluar dan bila pula due.
KAD TIDAK AKTIF
Paling penting kena tahu ialah, jika kad sudah diaktifkan maka kita perlu bersedia dengan annual fee. Masih banyak kad kredit yang caj tahunan yang agak tinggi hingga RM 600 setahun.
BALANCE TRANSFER DAN BALANCE CONVERT
Biasanya lebih murah caj berbanding terus bayar cara biasa pada kad kredit yang berhutang. Jadi orang biasanya buat BT untuk kurangkan caj yang dikenakan pada kad kredit yang lagi satu.
Akan menjadi kelebihan untuk orang yang mempunyai 2/3 kredit kad yang berlainan bank. Pastikan guna fasiliti untuk mengelak interest yang banyak
Balance comvert dimana kita boleh mintak pihak bank pecahkan pembayaran secara installment. Interest lebih rendah
Cash Out
Cash out adalah pengeluaran terus tunai dari mesin ATM. Ini sangat-sangat tidak digalakkan. Kebiasaanya limit setiap pengeluaran RM 500 dan setiap transaksi akan dicaj RM 50. Belum lagi dengan caj lain. Jadi jangan keluarkan cash dari ATM guna kredit kad ya. Tidak berbaloi langsung melainkan berada di luar negara yang mana kadang kadang lagi murah dari pergi ke currency exchang
Installment
Banyak pekedai yang menawarkan installment untuk barangan tertentu dengan 0%. Ianya agak mengungtungkan untuk orang yang membeli harga baranga yang mahal dan pembayaran dibagi rata mengikut jumlah bulan yang kita ambil.
Barang boleh dimiliki sewaktu proses swipe dan pembayaran mengikut bulanan.
Tips untuk mengelak terceduk pastikan disiplin mengikut jumlah yang diambil.
Tips guna kredit kad : Cara Pembayaran Kredit kad yang terbaik
Mana nak pilih setiap kali nak bayar kad kredit? Kita selalu keliru sewaktu memilih opsyen yang diberikan samada. Setiap bulan, bila kita lihat maklumat kad kredit kita secara on-line, kita akan nampak 3 benda ni, iaitu minimum amount, statement balance dan outstanding balance.Yang mana satu nak bayar?
- Minimum amount?
- Statement balance? Atau
- Outstanding balance?
Jom baca tips seperti yang Noraini kongsikan
Seeloknya, bayar mengikut jumlah “statement balance”. Ianya adalah jumlah penggunaan kad kredit kita setakat tarikh penyata dikeluarkan.
Bagaimana dengan outstanding balance? Selalunya kita boleh bayar “outstanding balance ” sekiranya kita bercadang untuk melakukan pembelian yang bernilai besar hingga mencecah had limit kad kredit.
Manakala dari kacamata bank pula, mereka lebih suka pelanggan membayar jumlah minima iaitu 5% dari baki yang telah digunakan atau RM50 (yang mana lebih tinggi).
Katalah kita dah gunakan RM2,673. 5% bermakna RM133.65. Jika kita bayar RM133.65, baki yang belum bayar adalah sebanyak RM2,539.35.Apa yang berlaku lepas tu? Baki yang kita belum bayar tu, bank boleh kenakan caj keuntungan berlipat kali ganda.
Ada yang setinggi 18% setahun seperti contoh gambar di bawah.2539.35 x (18%/12) = RM38.09
Nampak macam sikit, kan? Tapi sebenarnya, selagi kita tak bayar habis, selagi itulah caj keuntungan itu akan dimasukkan ke dalam penyata kad kredit.
Jumlah ini akan semakin bertambah setiap bulan (compounding) hingga caj bank ini boleh mencecah ribuan ringgit selagi kita kekal membayar 5% sahaja setiap bulan. Oleh itu, untuk dapatkan tidur malam yang lena, jangan sesekali membayar amaun minima 5%. Gunakan kad kredit sekadar apa yang kita mampu bayar sahaja.
Sekiranya kita tak boleh kawal diri, jangan miliki kad kredit langsung. Potong kad kepada 2 dan campak ke dalam tong sampah. Itu adalah lebih baik.
Stay financially healthy, guys.