Cara Tanam Taugeh Di Rumah

Cara Tanam Taugeh di rumah | Baru baru ni heboh harga sayur-sayuran telah naik mencanak-canak. Macam tak masuk akal. Kalau tengok status facebook ramai yang yang kata mungkin inilah masa yang sesuai untuk mula tanam taugeh.

Taugeh ni kira sayuran yang wajib jika kita nak makan koayteow goreng, soto, nasi kerabu barulah rasa rangup dan selera untuk makan.

Rasanya dalam kesemua jenis atau spesis sayuran taugeh yang paling senang untuk ditanam, kalau ikutkan masa kita sekolah rendah pun dah diajar teknik penanaman taugeh dengan menggunakan tisu lembab, kacang, air dan cahaya matahari

Sekarang ditambah dengan perkongsian di Internet cara tanam Taugeh ini tiada alasan lagi untuk kita mencuba tanam taugeh dirumahkan!

INFO TAUGEH

Taugeh merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacanghijau(vigna radiata) atau kacang hitam (vignamungo) yang diimport dari Thailand atau Cina. Kiranya kalau dikomersilkan memang boleh mendatangkan hasil

Terdapat banyak kaedah dan teknologi membuat taugeh daripada yang paling asas secara tradisional skala kecil-kecilan sehingga kepada perusahaan taugeh komersil yang mempunyai sistem automasi canggih

Paling asas adalah berkaitan dengan pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air. Ini penting untuk orang yang mengkomersilkan atau buat jualan.

Untuk surirumah cukuplah katakan perlu siraman air sebanyak 4 kali sehari barulah semaian taugeh akan menjadi segar bugar

Perlu ingat apa yang penting adalah kualiti benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik. Pengusaha sentiasa menyimpan stok mencukupi dimana ia mesti boleh diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.

Bercucuk tanam ini memang dapat menjimatkan wang isi rumah, Kalau para suri nak cuba bantu suami bajet kewangan boleh

BACA: 6 TIPS BAJET PENTING UNTUK PEREMPUAN

Cara Tanam Taugeh

BAHAN-BAHAN UNTUK TANAM TAUGEH DIRUMAH

  • 1 Senduk penuh kacang hijau
  • 1 Bekas yang bersize besar contoh kotak, baldi besar atau pun pengukus
  • Bekas Penapis
  • Tuala

CARA DAN PROSES PENANAMAN TAUGEH

  • Menyediakan persekitaran dan lokasi
  • Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau / kacang hitam)
  • Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)
  • Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)
  • Merendam kacang hijau dalam Air sehingga kembang.
  • Mengetos
  • Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian) kalayu boleh jangan bagi cahaya masuk. Kita tak nak pucuknya jadi warna hijau sebab rasanya akan pahit
  • Menyiram (2-4 jam sekali)
  • Tuai hasil hari ke ke3 dengan aktiviti Mengasingkan kulit
  • dah boleh makan

NOTA PENTING

Aktiviti untuk mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam. Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesaran Sontoso sudah memadai

Jadi semua dah bersedia nak jadi petani moden? mungkinkah ada teknik hidroponik ada untuk penanaman Taugeh? Nanti surihack akan cuba cari infor dan kongsikan.

Baca : Khasiat Sumac pada kehidupan

One Response

  1. Netty November 29, 2021

Leave a Comment!

error: Content is protected !!