Inflasi Malaysia 2022, bersediakah kita masuk era gawat dan gersang?

Inflasi Malaysia 2022 . Jadi adakah Ekonomi Negara kita berada di paras gawat ? Suspen betul bila inflasi kita rasa makin teruk. Bank negara telah naikkan OPR pada bulan May dan July 2022, dan yang pastinya orang yang mempunyai pinjaman dengan bank-bank tempatan seperti loan rumah, personal loan, kredir kada memang akan merasakan tempias bayaran bulanan tersebut. OPR akan berterusan naik hingga akhir tahun ini katanya.

BACA : Tips penggunaan kad kredit

Simple analogi, Jikalau baki hutang rumah semasa masih ada lagi sejumlah RM250 ribu, akan berlaku kenaikan RM50 sebulan.Ini bermakna untuk setahun, bagi kenaikan 0.25 sahaja anda perlu tambah RM600 setahun untuk baki hartanah RM250 ribu. 

Inflasi berkait rapat dengan OPR, jadi selalulah alert dengan perubahan ini. Walaupun ianya di luar kawalan kita namun kita mampu mengawal ekonomi isi rumah kita

Bagaimanapun, perlu diingatkan OPR pada 2019 lebih tinggi pada musim pandemik 2020-2021 tempoh hari. Boleh Lihat carta dibawah untuk perbandingan Inflasi Malaysia 2022 VS OPR

TARIKHKADAR
MEI 2023Akan dikemaskinikan
MAC 2023Akan dikemaskinikan
JANUARI 2023Akan dikemaskinikan
NOVEMBER 2022Akan dikemaskinikan
SEPTEMBER 2022Akan dikemaskinikan
JULAI 20222.25 (naik lagi 0.25)
MEI 20222.0 peratus (naik 0.25)
JULAI 20221.75 peratus
MEI2.0 peratus
MAC2.5 peratus
JANUARI 20222.75 peratus
NOVEMBER 20193 peratus
Kadar OPR Malaysia

Apakah Inflasi

Bahasa mudah, Inflasi merujuk kepada kenaikan paras harga umum barang dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa.

Kadar inflasi ialah ukuran bagi kadar peningkatan harga dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh, kadar inflasi pada tahap 2.5% membawa maksud bahawa perbelanjaan purata individu atas barangan utama dan perkhidmatan telah meningkat pada kadar 2.5% sepanjang tempoh setahun.

BULANKADAR KESELURUHAN
JULAI 2022
JUN 2022
MEI 20222.8 peratus
APRIL 20222.3 peratus
MAC 20222.1 peratus
Kadar Inflasi negara Malaysia

Faktor untuk Berlaku inflasi

Antara faktor utama berlakunya inflasi ialah kenaikan kos pengeluaran, ketidakseimbangan bekalan dan permintaan, kejatuhan nilai mata wang negara dan pengembangan dasar fiskal iaitu polisi yang dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan peredaran duit dalam ekonomi.

Secara semula jadi, kuasa membeli akan merosot disebabkan inflasi.

Data terkini di Malaysia berdasarkan kepada indeks harga konsumer (consumer price index atau CPI), menunjukkan kenaikan sebanyak 2.3% pada bulan April 2022 dan faktor utamanya adalah kenaikan harga barang makanan. Namun, ia masih rendah berbanding beberapa negara lain.

Untuk makluman semua, baru-baru ini kadar inflasi di Sudan adalah 194%, di Zimbabwe adalah 92%, di Iran adalah 39%, sementara di Turki adalah 17%.

Inflasi Malaysia 2022

Inflasi Malaysia 2022 dan Global

Inflasi adalah fenomena global di mana punca inflasi di kebanyakan negara maju (negara berpendapatan tinggi) adalah disebabkan oleh “Pump Priming” ataupun dasar fiskal yang dilaksanakan atau pakej rangsangan bernilai lebih trillion USD yang diambil untuk merangsang ekonomi terutamanya dalam tempoh kemelesetan.

Perkara yang sama berlaku di Malaysia ketika negara dilanda COVID-19, Bank Negara Malaysia mengurangkan kadar faedah (OPR) sehingga banyak pinjaman boleh dibuat dan rakyat boleh berbelanja lebih, yang kemudian membawa kepada inflasi yang tinggi.

Dalam suasana negara yang baru pulih daripada pandemik dan krisis ekonomi dunia yang berlaku sekarang, rakyat perlu memahami punca masalah dan bertindak bijak dalam menguruskan wang untuk menangani inflasi dan kos sara hidup yang tinggi. Di samping itu, kerajaan perlu bekerja keras bagi membantu rakyat menampung perbelanjaannya.

Inflasi Terkini July 2022

Inflasi di AS naik 9.1%, Kenaikan itu adalah yang tertinggi sejak November 1981 dan menyusuli kenaikan 8.6 peratus pada Mei lalu. US adalah antara kuasa ekonomi besar dunia. apakah tandanya?

Jika anda simpan duit dalam bank. duit anda terus susut dimamah inflasi. Kadar inflasi di Malaysia adalah sekitar 3% dan mencecah 11.4% jika tiada subsidi. subsidi ni bukan kekal yer. inflasi makanan paling tinggi.

Emas VS Simpan di Bank

jika dividen ASB 5%. tolak zakat 2.5%. tolak kadar inflasi 3%. kita sebenarnya rugi simpan dekat ASB. Apatah lagi jika simpan dekat bank yang tidak ada dividen. Angka dekat bank meningkat tetapi nilai berkurang. Kuasa beli berkurang

Duit yang kita simpan ada susut nilai. Berdasarkan Jabatan Kerangkaan Malaysia, ringgit telah susut 22.9% dalam tempoh 10 tahun. Tahun ini dan tahun depan akan meningkat lebih banyak. Duit yang kita simpan tahun lepas tak mampu dapat barang yang sama tahun ini. Hanya dalam setahun.

Simpanlah Dinar emas dan Dirham perak kerana terbukti kalis inflasi dan mengekalkan nilainya sejak 1400 tahun yang lalu. nilainya terpelihara kerana tidak boleh dimanipulasi.

Boleh klik link dibawah untuk mengetahui maklumat lanjut simpanan emas

Berminat mengetahui pasal emas

5 langkah jangka pendek diumumkan pada hari keputraan Agong

Krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik dan kini konflik Rusia-Ukraine telah mengakibatkan Malaysia, rantau Asia dan juga rantau lain di dunia mendapat bahananya.

Rantaian bekalan global yang terjejas akibat fenomena ini, telah menyebabkan harga bahan makanan dunia meningkat melebihi 30 peratus dan kesan ini turut kita rasai.

Sehubungan itu, Kerajaan Tuanku telah mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini, khususnya isu bekalan makanan dan kenaikan harga bahan makanan yang pastinya akan menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Bagi menangani masalah ini, Kerajaan Tuanku telah pun mengumumkan beberapa tindakan jangka pendek seperti;

  • Membatalkan kelulusan kuota import (AP) barangan makanan dari luar negara serta merta.
  • Menyekat pengeksportan ayam ke luar negara.
  • Memperkenalkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat terutamanya golongan B40 mulai 1 Julai ini.
  • Mewujudkan Tabung Agromakanan dengan dana berjumlah RM500 juta melalui pemberian pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri agromakanan.
  • Mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi.

Lima langkah jangka pendek ini merupakan pendekatan Kerajaan Tuanku dalam melindungi seluruh Keluarga Malaysia daripada beban kenaikan harga barangan, selain pelbagai subsidi yang dijangka mencecah RM71 bilion tahun ini.

Semoga Inflasi Malaysia 2022 ni dapat menurun dengan kadar segera dan bukanlah menaik seperti yang diwar-warkan.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!