Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini yang dikatakan paling popular sejak Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Mac lalu.
Di sinilah pusatnya di mana penerima vaksin akan menerima suntikan untuk dose pertama dan kedua. Jika proses dose pertama agak lama sedikit mengambil masa, tetapi bila second dose semuanya berjalan sangat pantas.
Sis lihat ramai petugas yang turut sama-sama bertanggungjawab memastikan kelancaran pemberian vaksin kepada semua penerima tidak kira tua atau muda.
Volunteer Peramah Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Kebanyakannya adalah volunteer yang sangat peramah, tegas (untuk memastikan penerima dengar kata) dan bersedia menolong apabila penerima bertanya soalan.
Pendek kata jika anda datang seorang tanpa teman pun tak jadi masalah. Apa yang best di PPV ini, ruangnya yang luas untuk kta bergerak dari satu stesyen ke satu stesyen. Tidak perlu bersesak atau bersentuhan bahu satu sama lain.
Setiap stesyen ada papan tanda sama ada kaunter registration, berjumpa doktor, bilik suntikan ataupun ketika di ruang menunggu. Anda tak akan tersesat punya.
Semuanya diberikan kerusi dan tidak berdiri di tempat menunggu. Jika warga emas pula disediakan kemudahan seperti kerusi roda dan mereka ini diberi keutamaan dulu untuk masuk ke dalam ruang dewan.
Jika sebelum ini hanya beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka seperti di PWTC, UKM Bangi, UM, Sunway Convention Centre dan juga IDCC. Tetapi apabila pemberian vaksin diperluas, lebih banyak lagi PPV dibuka untuk kelancaran proses ini.
Selfie Wajib Di Wall Of Fame
Apa yang paling best dan dinantikan sebaik lepas kita terima suntikan pastinya port bergambar. Inilah masanya kita merakamkan gambar kenangan di ruang Wall Of Fame disediakan sebagai kenang-kenangan kita menjadi sebahagian warga yang menerima suntikan covid-19.
Tak kisah apa jenis vaksin diterima, sama ada AstraZeneca, Pfizer atau Sinovac, yang penting kita dah jalankan tanggungjawab untuk menjayakan 80 peratus populasi menerima suntikan vaksin ini.
Jadi bagi yang belum mendaftar segeralah buat permohonan di aplikasi MySejahtera dan akan sampai masanya anda dipanggil nanti. Buat ini sudah 17 juta yang mendaftar dan 6 juta yang telah lengkap mendapatkan dose pertama.
Sapa tak buat rugi sebabnya perasaan berdebar-debar menanti tarikh vaksin (sebab refresh banyak kali MySejahtera tengok date) sama seperti kita mahu mengambil result SPM.
Ditambah kegembiraan berganda apabila dapat selfie di Wall Of Fame yang disediakan. Dengarnya Wall Of Fame di Stadium Axiata Bukit Jalil antara yang paling canggih dan cantik. Apa taknya, berselfie di pintu gol dengan sebiji bola yang tergantung.
Oh ye sebelum itu sis nak share apa yang perlu sebelum anda hadir di 10 Pusat Pemberian Vaksin ini, tidak kiralah sama ada dapat date secara mengejut atau sudah tahu tarikhnya seminggu sebelum itu.
7 Perkara Basic Perlu Tahu Sebelum Ke PPV
- Datang awal 15-30 minit sebelum itu
- Jika terima suntikan pagi, kena breakfst dulu bimbang perut rasa lapar
- Bawa alatan sendiri seperti pen, hand sanitizer dan botol minuman sendiri
- Pastikan bateri phone caj penuh
- Bawak ID kad untuk urusan
- Sentiasa peka dengan pengumuman (jika dipanggil nama)
- Pakai baju bersesuaian yang boleh untuk kita selak bahu
Pusat Pemberian Vaksin Mega & Popular
- PPV UKM, Bangi
- PPV, UM
- PWTC
- Sunway Pyramid Convention Centre
- KLCC Convention Centre
- IDCC, Shah Alam
- Stadium Axiata Bukit Jalil
- Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
- Pusat Konvensyen The Mines Seri Kembangan
- Pusat Konvensyen Setia City
Artikel Lain: Ini Fesyen Sempoi Bila Cucuk Vaksin