Hiasan Emas Memang Perempuan Suka, 5 Cara Nak Kenal Yang Asli Atau Tiruan?

Hiasan emas atau barang kemas memang cukup sinonim dengan orang perempuan. Rasanya jarang sangat wanita yang tak suka hiasan kemas. Mesti ada walau pun sekadar sebentuk cincin dan seutas rantai tangan. Betul tak?

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud barang kemas, merupakan barang pakaian wanita yang berharga yang dibuat daripada emas dan sebagainya (seperti cincin, rantai leher).

Bahkan, selalunya barang kemas sering kali dirujuk kepada barang perhiasan wanita yang diperbuat daripada emas.

Ada perempuan yang sukasaiz emas yang besar dan nampak mewah. Namun ada juga yang lebih suka design yang simple dan saiz lebih kecil atau halus. Kata mereka, nampak sweet je bila pakai dan tak keterlaluan.

Selain itu, lebih sesuai untuk dipakai harian berbanding yang bersaiz besar. Risau pulak kalau jadi intipan perompak. Naya je!

Wanita Pantai Timur Dan Emas

Wanita Kelantan dan Terengganu terutamanya sering kali dikaitkan dengan penggemar barang kemas. Mungkin kerana mereka ini memang jenis suka membeli barang kemas.

Bukan bermaksud wanita asal negeri lain tak suka. Tapi mungkin kerana budaya kedua negeri tersebut yang sinonim dengan barang kemas, membuatkan orang perempuannya memang ‘akrab’ dengan barang kemas.

Hiasan Emas Memang Perempuan Suka, 5 Cara Nak Kenal Yang Asli Atau Tiruan?

Harga Makin Naik, Hiasan Emas Satu Bentuk Pelaburan

Ramai wanita yang membeli barang hiasan emas ini tiap kali ada kesempatan. Ada yang sanggup ‘main kutu emas’ demi memiliki hiasan emas yang diingini.

Selain sebagai penyeri wanita, fungsi barang kemas ini lebih besar iaitu sebagai pelaburan. Kata orang, kalau ‘sesak-sesak’ boleh digadai untuk dapatkan duit. Tak perlulah nak pinjam sana sini.

Sekarang harga emas makin naik namun ada masanya ia agak turun. Para penggemar barang kemas perlu peka supaya dapat membeli ketika emas tengah turun. Rugi kalau beli time tinggi.

Sekarang ini, terdapat ramai yang menjual emas secara online. Pilih, beli, bayar dan barang akan dihantar menerusi pos. Aduh, beraninya. Selamatkah? Tapi memang itu antara cara paling popular sekarang.

Baca ini juga: Gold bar

Cara Kenal Pasti Hiasan Kemas Asli Atau Tiruan:

Namun, awas ye! Bukan apa, takut tertipu. Sebab itu, secara peribadi, Suri lebih suka piih dan beli di kedai emas. Senang nak tengok dan belek depan mata.

Bagaimana cara nak kesan sama ada barang kemas itu asli atau tiruan? Di sini dikongsikan tip mudah untuk mengenal pasti apakah ia emas tulen atau tiruan.

Guna Magnet

Keaslian emas boleh diketahui dengan menggunakan magnet. Hanya dekatkan magnet pada barang kemas itu. Kalau asli, ia tidak akan melekat/tertarik pada magnet.

Sebaliknya kalau barang kemas itu tiruan, ia akan melekat pada magnet itu kerana sudah bercampur dengan logam lain seperti besi.

Agak-agak, ramai tak yang diam-diam bawa magnet pergi kedai emas bila nak beli barang kemas?

Masukkan Emas Ke Dalam Bekas Berisi Air

Cari bekas yang cukup besar untuk menampung air dan emas yang akan diuji. Suhu airnya tidak penting, boleh gunakan air biasa saja. Emas asli merupakan logam padat dan ia akan terus jatuh ke dasar bekas.

Emas asli juga tidak berkarat atau pudar ketika basah. Jadi, jika kita melihat perubahan warna, mungkin itu hanya lapisan emas.

Tuang Cuka Atas Hiasan Emas

Letakkan perhiasan emas di atas satu permukaan rata. Titiskan sedikit cuka ke permukaan emas dan biarkan selama sekitar 15 minit. Emas asli tidak akan berubah warna, tetapi emas palsu akan berubah warna.

 Boleh juga merendam emas di dalam bekas kaca yang berisi cuka selama 15 minit. Namun, cara ini lebih berisiko kerana cuka boleh merosakkan batuan yang ada pada perhiasan itu.

Gores Emas Pada Seramik

Ujian ini lebih mudah tetapi agak berisiko kerana emas mungkin akan tergores dan calar. Caranya adalah goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas itu adalah palsu tetapi jika tiada kesan hitam bermakna itu adalah emas asli.

 Uji Hiasan Emas dengan Asid Nitrik

 Ini merupakan cara yang cukup bagus untuk mengenal emas asli atau palsu tetapi cara ini agak bahaya kerana menggunakan asid, sebaiknya minta pekerja kedai emas untuk membuatnya. Jika tiada reaksi bermakna ia adalah emas asli.

Baca ini juga: Pelaburan Emas

Leave a Comment!

error: Content is protected !!