AEON Lancar REAL BEAUTY | Kagum dengan usaha AEON yang tak pernah jemu menyokong dan membantu golongan usahawan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
Bersempena dengan bulan kemerdekaan tahun ini, AEON telah mengambil inisiatif yang sangat menginspirasikan apabila melancarkan sebuah program realiti yang diberi nama REAL BEAUTY.
Menerusi program REAL BEAUTY ini AEON menyokong dan mengangkat jenama lokal dengan menyediakan sebuah platform kepada usahawan muda agar lebih berdaya saing.
Program REAL BEAUTY ini dapat disaksikan menerusi saluran digital YouTube AEON dan dihoskan oleh Selebriti dan Usahawan, Nana Mahazan.

Di samping itu, program REAL BEAUTY ini turut diserikan dengan dua orang jurulatih bisnes, Sunshine Kelly (Blogger dan Influencer Kecantikan) dan Nana Ghazali (Pengasas Bersama dan Editor BeautyDesk.my).
Peserta Pencarian REAL BEAUTY
AEON Lancar REAL BEAUTY | Pencarian REAL BEAUTY dalam musim ini telah menampilkan 8 produk kecantikan tempatan bersama pengasas masing-masing.
Mereka akan menghadapi 10 cabaran intensif dalam setiap episod untuk membawa jenama masing-masing ke peringkat lebih tinggi.
Sebuah sidang media telah diadakan di pusat beli-belah AEON Alpha Angle untuk memperkenalkan 8 jenama tempatan yang bertuah ini.
Jenama lokal yang terpilih untuk bersaing dalam musim ini ialah;
- Alluskin yang telah diasaskan oleh Dr Nurul A’in Sa’ari
- Alnefre by Rana Cosmetics yang telah diasaskan oleh Rana
- Calire Organics yang telah diasaskan oleh Louise Chu
- Null Factory | Hillton yang telah diasaskan oleh Roger Beh
- IL Fragrance yang telah diasaskan oleh Tang Han Tiong
- Reneuf yang telah diasaskan oleh Nicholas Hys
- Sugar Belle yang telah diasaskan oleh Sheila Samsudin
- Zagara yang telah diasaskan oleh Jasmeel Singh
AEON Lancar REAL BEAUTY | Program REAL BEAUTY ini mengetengahkan potensi maksimum jenama produk kecantikan masing-masing. 8 jenama produk ini sememangnya berkualiti tinggi dengan menggunakan bahan semula jadi dan organik.
Malah, menerusi program ini juga dapat membantu usahawan tempatan membina rekod prestasi baharu untuk untuk maju ke depan.
AEON Lancar Program REAL BEAUTY
AEON Lancar REAL BEAUTY | Ketika sesi memperkenalkan diri di majlis tersebut, jelas terpancar keterujaan kesemua peserta program demi menonjolkan jenama yang dipelopori ke peringkat yang tertinggi.
Jenama yang terpilih ini bukan sahaja berpeluang untuk menggali ilmu perniagaan bersama jurulatih perniagaan.
Malah, sekurang-kurangnya satu daripada 8 jenama tersebut berpeluang untuk mendapat pengiktirafan menerusi program ini dan diberi kontrak jualan selama dua tahun di Pusat Beli-belah AEON seluruh negara. Menariknya!

Rupanya ketika sesi memperkenalkan diri kepada media itu merupakan salah satu cabaran untuk setiap usahawan ini. Patutlah nampak semua peserta bersungguh-sungguh dalam membuat persembahan masing-masing.
AEON Lancar REAL BEAUTY | Cabaran
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Barangan Kumpulan AEON Malaysia, Low Ngai Yuen sambutan di kalangan usahawan untuk menyertai program REAL BEAUTY ini sangat menggalakkan.
Daripada 30 permohonan yang diterima hanya 8 jenama yang benar-benar layak terpilih untuk bersaing merebut peluang yang diberikan oleh pihak AEON. AEON Lancar REAL BEAUTY |

“Setiap daripada jenama yang mengambil bahagian dalam REAL BEAUTY ini akan melalui cabaran.
Setiap cabaran akan didokumentasikan dalam video-video pendek supaya penonton dan juga pengguna memahami jenama mereka.

Berkenalan dengan jenama mereka secara langsung dan tidak langsung secara mesra. Cara pemasaran yang diterapkan adalah mendekati pengguna,” terang Low Ngai Yuen.
Apabila ditanya adakah program REAL BEAUTY ini akan dijadikan acara tahunan kepada Ketua Pegawai Pemasaran dan Barangan Kumpulan AEON Malaysia itu, masih menjadi teka-teki untuk ke musim yang seterusnya.
Good Luck kepada semua peserta!
Baca juga; Jenama iC Innercasual
Bagusnya AEON buat program macam ni. Baru pengguna yakin nak guna produk lokal yang kurang didedahkan di media massa.