Jenama iC Innercasual Tampilkan Keselesaan Dan Gaya

Jenama iC Innercasual kini sudah pun berada di Malaysia. Pastinya ini berita baik untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dalam masa yang sama ingin menjaga penampilan saat beraktiviti.

Sekarang ini, jika diperhatikan, ramai di kalangan kita yang menjalankan aktiviti berkaitan fitness, bersukan atau pun beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan, sebagai usaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti.

Ada yang dua atau tiga kali seminggu akan ke gym. Ada yang tiap minggu memang akan berbasikal. Ada juga yang sebulan sekali akan mendaki dan macam-macam lagi aktiviti.

Bila bersenam atau bersukan, pakaian yang bersesuaian memang sangat penting supaya pakaian tersebut tidak menyekat pergerakan dan memberikan keselesaan sepanjang kita beraktiviti.

Jadi, salah satu jenama yang sangat menepati kehendak ini adalah koleksi daripada iC innercasual ini.

Promosi Jenama iC Innercasual di AEON Bandar Utama

Jenama iC Innercasual Tampilkan Keselesaan Dan Gaya

Bertempat di AEON Bandar Utama baru-baru ini, telah diadakan promosi bagi memperkenalkan jenama iC kepada para pelanggan.

Selain produk ditawarkan dengan harga yang cukup istimewa, pelanggan yang membeli juga berpeluang menyertai aktiviti ‘Putar & Menang’ dan memenangi hadiah istimewa.

Pihak media yang hadir terlebih dahulu diberikan penerangan berkaitan produk iC sambil dibawa meninjau melihat koleksi yang ada oleh Ms Ailee, Senior Manager of Private Brand, Sourcing and Development.

Memang cukup teruja dibuatnya. Bila pegang materialnya, bila tengok rekaannya, mula-mula terfikir juga; mesti mahal harganya. tapi ternyata harganya amat berpatutan ye! Sesuai dengan kualiti yang mereka tawarkan.

Jenama iC Innercasual Tampilkan Keselesaan Dan Gaya

Selain itu, dengan kolaborasi bersama pihak TRIBE Boxing Studio, turut diadakan aktiviti Shadow Boxing bersama Ms Intan. Pehh! Berpeluh ketiak!

Gaya Athleisure Makin Diminati

Pada masa kini, gaya ‘athleisure’ semakin popular dan menjadi sebahagian daripada gaya pilihan harian orang ramai di seluruh dunia.

Athleisure, sejenis pakaian hibrid, ialah gaya pakaian rekaan yang biasanya dipakai semasa aktiviti olahraga dan dalam suasana l­ain yang lebih santai, seperti di tempat kerja, di sekolah, atau pada majlis kasual atau sosial yang lain.

Athleisure juga boleh dianggap sebagai pergerakan industri fesyen, didayakan oleh bahan tekstil yang dipertingkatkan, yang membolehkan pakaian sukan menjadi lebih serba boleh, selesa dan tampak lebih bergaya.

Koleksi iC direka menggunakan fabrik berkualiti, reka bentuk terkini yang sesuai dalam pelbagai saiz dan umur selain harganya yang berpatutan dan mampu milik.

Koleksi Pakaian Ic Innercasual Menggunakan Teknologi Fabrik Dari Jepun

Rangkaian pakaian jenama iC ini dihasilkan dengan menggunakan 100% kapas organik yang ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia, jenama ini menjanjikan kebolehpakaian ringan, aliran bebas, panjang dan berulang yang sesuai untuk disokong ketangkasan dan pergerakan. iC juga direka khas sebagai anti-bau, anti-bakteria dan dilengkapi dengan perlindungan UV.

Jenama ini juga berhasrat untuk mengembangkan lagi penguasaannya di Malaysia dengan memperkenalkan tiga gaya tersendiri iaitu Active Wear yang menyeronokkan dan berfungsi; Peace Fit teknologi untuk meningkatkan gaya hidup, serta Sustainable fashion, rangkaian fesyen Lestari dengan kerjasama pereka dan aktivis ikonik British, Katherine Hamnett, salah seorang perintis dalam fesyen beretika.

Setiap helaian koleksi iC yang dihasilkan daripada kapas organik – ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau bahan kimia. Selain ianya kekal lama walaupun ia dipakai dalam jangka masa yang lama. Sesuai dengan mesej ‘Saving The Planet’, Katherine mahu ianya dapat melindungi alam sekitar.

Tentang iC Inntercasual


iC ialah kedai konsep khusus pakaian AEON bagi pakaian dalam, pakaian aktif dan pakaian kasual. iC komited sepenuhnya membangunkan produk yang sesuai dengan gaya hidup harian pelanggan dengan keselesaan maksimum.

Selain itu iC menawarkan produk mampu milik yang berkualiti tinggi, berfungsi, mampan dan sesuai untuk semua peringkat umur dan saiz badan. Lima jenama utama dalam koleksi iC ialah PEACE FIT, ACTIVE WEAR, KATTHARINE HAMNETT, MIRAI BEAUTY, COTTON ORGANIK memfokuskan untuk pakaian harian.


Di mana nak dapatkan Koleksi Jenama iC Innercasual?

Ha..kat mana nak dapatkan koleksi jenama iC yang menarik ni? Ha..ada beberapa lokasi AEON yang boleh korang pergi beli iaitu AEON Taman Maluri Shopping Centre, Aeon Bandar Utama, AEON Mall Wangsa Maju, AEON MidValley Megamall, AEON Queensbay Mall, AEON Mall Tebrau City, AEON Mall Shah Alam, AEOn MALL Nilai dan AEON Mall Bandaraya Melaka.

Tak rugi tau kalau korang pilih jenama ini. Tak bersukan pun boleh pakai kerana rekaannya yang sangat trendy dan stylo. Tak macam baju sukan biasa tau.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari:

Facebook: Innercasual By AEON Malaysia
Instagram: innercasual.my

Leave a Comment!

error: Content is protected !!