AEON lancarkan koleksi busana pengantin PUTERI RTW (ready-to-wear/sedia untuk dipakai). Percaya tak? Ha..jangan tak percaya ye!
Majlis Perkahwinan Lebih Meriah

Bila memasuki penghujung tahun begini, ramai bakal pengantin memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan memandangkan cuti sekolah lebih panjang. Jadi, lagi mudah untuk sanak saudara berkumpul bersama.
Ditambah pula, dalam fasa endemik, ramai bakal pengantin yang mula melangsungkan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Bahkan pengantin yang berkahwin dalam majlis ringkas ketika PKP dulu juga turut mengambil peluang untuk mengadakan semula majlis perkahwinan dengan lebih meriah.
Antara persiapan penting yang perlu dilakukan termasuklah mencari busana indah untuk pasangan raja sehari gayakan kelak.
Masih ada yang tengah tercari-cari busana untuk digayakan pada hari penuh bersejarah itu nanti sama ada majlis akad nikah atau majlis bersanding? Ada berita baik untuk korang semua!
AEON Lancarkan Koleksi Busana Pengantin Kali Pertama
AEON Malaysia melancarkan koleksi busana pengantin siri PUTERI Ready To Wear (RTW) di AEON Alpha Angle baru-baru ini dengan menampilkan koleksi busana pengantin kali pertama. Busana pengantin ini bukan sahaja untuk wanita tapi juga lelaki dengan pelbagai saiz dan kemasan.
AEON dengan bangganya memperkenalkan busana pengantin dan juga busana pengapit di bawah label PUTERI sedia untuk dipakai (RTW/Ready-to-Wear) dengan harga mampu milik dan tersedia dalam pelbagai saiz.
Untuk mendapatkan koleksi busana pengantin ini, pelanggan boleh mendapatkannya di lapan (8) cawangan AEON terpilih iaitu di AEON Taman Maluri, Alpha Angle, Bandar Utama, MidValley, Shah Alam, Kota Bharu, Kuching dan Nilai.
Baca sini juga.
AEON Tawarkan 15 Pilihan Busana Pengantin Ready To Wear

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia, AEON memang faham cabaran untuk merancang perbelanjaan perkahwinan jadi bila tibanya peluang untuk membantu mengurangkan stress, label PUTERI terus mengambil inisiatif untuk memperkenalkan koleksi busana yang mesra-bajet, moden dan dengan 15 pilihan yang boleh terus dipakai serta tersedia dalam semua saiz.

Sebenarnya pelancaran koleksi bermula dengan pameran perkahwinan sejak 26 September lalu, cuma kali ini pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” bukan sahaja menampilkan koleksi PUTERI tapi juga turut disertai oleh Shasha’s Designer, Ghadeez KL, Ikhwan Designer, Nana Bridal dan Jess Wedding.
Pameran ini membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin.

Kesemua jenama terbabit yang turut hadir untuk memperlihatkan koleksi busana mereka dalam satu pertunjukan fesyen yang meriah. Pameran ini bertujuan untuk membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin.

Peraduan “Permaisuri Sehari”

Turut hari pada hari tersebut ialah cik Aini Sophie iaitu pemenang Miss Malaysia Kebaya 2018/2019 dan Ikon Wanita Melayu 2019. Dia turut memperagakan koleksi PUTERI bersama-sama dengan pemenang peraduan kempen media sosial AEON “Permaisuri Sehari”, sebuah kempen media sosial.
Melalui peraduan ini, tiga orang pemenang iaitu; Nursyuhaidah Mohd Razib dari Keramat, Nurul Natasha Jamaludin dari Ampang dan Rosnazira Jamil dari Penang telah dipilih untuk memenangi busana pengantin Ready To Wear dari PUTERI, berserta sesi persiapan mekap dan rambut atau hijab oleh jurudandan perkahwinan terkenal Shaari Amin, selain membawa pulang baucar tunai AEON bernilai RM500.
Untuk menyertai, peserta hanya perlu kongsikan video mereka berdurasi 60 saat dengan menyatakan impian “Permaisuri Sehari” mereka secara kreatif. Peserta perlu memuat naik video mereka pada “Reels” di akaun Instagram atau di akaun TikTok dengan menanda tag @aeonmalaysia berserta tanda pagar kempen.
Untuk busana pengantin Ready To Wear AEON, busana pengantin rekaan tradisi Melayu tradisi dan moden sahaja yang ada, namun jangan bimbang, rekaan tradisi kaum dan agama busana pengantin lain mungkin akan menyusul.
Harga Berpatutan
Berapakah harganya? Jangan risau. Harga pakaian pengantin di sini sekitar RM100-RM300 sahaja. Berbaloi kan? Busana pengantin PUTERI AEON ni sesuai juga untuk dipakai pada mana-mana majlis lain kerana rekaannya simple dan elegan. Jadi, tak membazir bila membelinya. Masih boleh digayakan dalam majlis lain juga seperti majlis makan malam.
So, jemput singgah di mana-mana cawangan AEON terpilih untuk mendapatkan busana pengantin idaman hati.