Baca berita terbaru tentang makanan viral di Ipoh, Perak iaitu nasi ganja Ipoh. Punya terkenal sampai ada pelanggan yang sanggup ambil pesanan di musim PKP ini dengan menggunakan helikopter.
Kisah yang diceritakan pemilik restoran nasi ganja ini, mulanya beliau mendapat tempahan sebanyak 36 bungkus nasi. Kemudian, pembeli akan ambil pesanan tempahan nasi berlaukkan ayam, daging, telur masin dari pelanggan di Kuala Lumpur.
Sangka pemilik, pelanggannya itu sekadar main-main, rupanya benar-benar datang dengan helikopter yang mendarat di Padang Ipoh.
Haa.. sampai begitu sekali dia punya dahsyat penangan nasi ganja ini. Bagi yang belum pernah merasa tentu tertanya-tanya, akan kesedapan dan kenapa boleh buat orang teringat-ingat bila sudah mencubanya.
Apa sebenarnya nasi ganja ini? Bunyi pun lain macam kan. Ini yang dapat kak Suri kongsikan dari penelitian di saluran media sosial.
90% Orang Perak Syorkan Makan Nasi Ganja Ipoh
Kalau tanya mana-mana orang Perak, rata-rata mesti diaorang cadangkan makan nasi ganja dekat Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, Ipoh ini. Berdepan dengannya Hotel Bajet Memori Ipoh.
Sebab kesedapan nasi dan gabungan lauk pauk dan pelbagai kuah kari ‘mamak’ sedap tentunya boleh buat sesiapa yang menikmati akan jadi ‘KETAGIH’.
Kak Suri
Kak Suri pernah cuba dengan famili (sebelum Covid melanda negara lagi). Memang sedap hingga menjilat jari. Ada juga cerita-cerita yang dibaca katanya ada penggunaan biji kaskas dalam masakan.
Sebab itu yang buat orang namakan nasi ganja. Tapi itu kan sekadar khabar-khabar angin saja. Tak bolehlah nak percaya sangat kan.
Apa pun rasa nasi ganja ini memang tip top.
Nama Saja Nasi Ganja, Sebenarnya Nasi Kandar
Siapa yang tak boleh lupa penangan nasi kandar kan. Memang terbaiklah kalau kena ‘citarasa’ rempah ratusnya itu. Macam nasi ganja ini, sebenarnya ia adalah nasi kandar.
Cuma disebabkan lagenda kisah nasi ganja itu sendiri membuatkan nama nasi kandar ini begitu sinonim di kalangan penggemarnya. Ada juga yang memanggilnya dengan nama nasi vaggey.
Walaupun ada beberapa restoran yang memperkenalkan nasi ganja di beberapa lokasi lain di Selangor mahupun Kuala Lumpur, tapi dia punya rasa ‘kick’ tu tak sama macam nasi ganja Ipoh.
Mungkin sebab itulah ada yang sanggup order dan ambil tempahan tu guna helikopter. Punya teringinlah lama tak dapat nak merasa disebabkan halangan rentas negeri.
Baca juga : Cafe markisa
Ada Yang Panggil Nasi Vanggey
Macam yang diterangkan sebelum ini, nama lain bagi nasi ganja ini ialah nasi vanggey. Kalau dulu sebelum PKP, ramai orang sanggup beratur semata-mata nak makan sambal karinya yang sedap dan pekat.
Dan juga ayam merah yang istimewa dengan rempah ratus yang unik. Bila dah PKP ini nasi ganja ini turut dijual secara online dan masih mendapat tempahan beratus bungkus sehari daripada para pelanggannya.
Memang terkenal betul nasi vanggey ini. Orang kata paling larislah di Ipoh ini.
Bila mana viral cerita nasi ganja ini, orang pun mula jadi teringin nak rasa. Hinggakan terbaru dikatakan orang sanggup beratur panjang, semata-mata nak beli makanan bungkus nasi vanggey Ipoh ini.
P/S : Kak Suri berdoa cepatlah virus Covid-19 ini berlalu pergi dari bumi Malaysia. Dapatlah rentas negeri, jalan-jalan semula dengan aman macam sebelum ini. Tetiba rasa teringin nak menikmati keenakan nasi ganja Ipoh ini, makan-makan satu famili.