Semak Bantuan Prihatin Kasih yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana ia adalah satu pakej rangsangan di bawah PEMERKASA yang meringkankan beban kewangan rakyat.
Inisiatif oleh kerajaan ini memang tepat pada waktunya ketika ramai yang terjejas pendapatan terutama dalam kalangan mereka yang miskin bandar ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang bantuan pembelian barang dapur ini dan cara untuk memohonnya.
Apakah Program Bantuan Prihatin Kasih?

Program Prihatin Kasih adalah bantuan barangan dapur yang dihulurkan secara Cashless atau tanpa tunai menggunakan MyKad mulai Julai 2021.
Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.
Dengan peruntukkan sebanyak RM100 juta, program ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara
Bagaimana Program Ini Dilaksanakan?
Sebenarnya senarai penerima di bawah program Prihatin Kasih sudah pun dipilih melalui data JKM serta sistem e-Kasih.
Penerima yang telah dikenal pasti akan menerima pesanan mesej atau SMS dari MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
Penerima bantuan Prihatin Kasih akan menerima bantuan tanpa tunai sebanyak RM300 yang akan dimasukkan dalam akaun MyKad mereka.
Pembayaran RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad mereka selama tiga bulan berturut-turut. Mereka boleh menggunakan bantuan tersebut untuk membei barangan dapur asas di kedai runcit yang tersenarai dalam program ini.
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan hadapan dan boleh digunakan bersama elaun yang diterima pada bulan tersebut.
Penerima boleh membelanjakan wang bantuan tersebut sehingga akhir tahun ini.
Tarikh pembayaran bantuan Prihatin Kasih adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.
NEGERI & BULAN PELAKSANAAN
- Selangor dan Kuala Lumpur (Julai – September 2021)
- Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, (Ogos – September 2021)
- Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu
- Negeri Sembilan, Pahang, Labuan, Putrajaya, (September – November 2021 atau Oktober – Disember
- Sabah dan Sarawak 2021 – akan dimaklumkan kemudian)
Senarai Barangan Dapur Asas Yang Boleh Dibeli
Terdapat 10 kategori produk yang diluluskan pembelian menggunakan bantuan ini:
- Beras
- Mee
- Biskut
- Roti
- Telur
- Tepung
- Minyak masak
- Makanan dalam tin
- Minuman
- Bahan perasa
Senarai Pasaraya Yang Boleh Dibuat Tuntutan
Terdapat lebih 300 pasaraya dan kedai yang disenaraikan untuk penerima bantuan membuat pembelian barang dapur mereka. Antaranya seperti berikut:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- 99 Speedmart
- Pacific
- Lotus (Tesco)
- Milimewa
- Kedai-kedai runcit terpilih
Cara Semak Bantuan Prihatin Kasih
Anda boleh membuat semakan status MyKasih dengan cara
- Masukkan nombor MyKad
- Masukkan nombor captcha mengikut imej yang tertera
- Tekan butang Semak status

Bagus ada inisiatif macam ni sebab boleh membantu mereka yang terkesan. Moga banyak lagi program ni di masa akan datang.
Patut la my sisters kata takde lagi. Rupanya Sarawak tak umum lagi. Harapnya dia betul teliti dalam pemberian sebab kena fikir kemudahan untuk orang luar bandar nak ke bandar kan.
Bagusnya bantuan gini, rm300 tu kira banyak bagi mereka yang memerlukan.. Sis nak share dalam group, kot mana tau ada yang memerlukannya..
Bagus bila ada bantuan mcm ni. Sekurangnya kita dapat membantu pd mereka yg benar-benar memerlukan
Thanks for sharing this, will check out on my end if I can get the aid or not.
Sekarang ni rakyat memang perlukan bantuan. Bantuan sebegini setidak-tidaknya dapatlah kurangkan beban yang sangat dirasai di musim Covid ni.
Alhamdulillah cumanya harap ramai yang tolong sebarkan dan bantu diorang cara macamana nak dapatkan. Kadang diorang sendiri tak tahu ada bantuan macamni dari Kerajaan, Semoga dapat membantu golongan2 yang terjejas untuk meneruskan kehidupan.
Terimakasih atas perkongsian ini 🙂 Alhamdulillah sangat. semoga dapat membantu lebih ramai orang yang kurang berkemampuan.
Baru tahu ada bantuan camni. Tak register pun lagi. Melepas. Hahaha. Cara macam ni pun bagus utk bantu ringankan beban rakyat. Mereka boleh membuat pilihan utk beli beras jenama apa yang digemari, dapat keluar beli barang sekejap dan paling penting kesihatan mental terjaga. RM 300 amat bermakna sangat.