Permohonan bantuan khairat kematian yang diakibatkan oleh Covid-19 masih boleh dibuat sehingga 31 Disember 2021. Anda yang berkelayakan boleh menerima bantuan sejumlah RM1000.
Kenalah buat permohonan segera ya. Ini kerana, bantuan khairat kematian akibat Covid-19 ini cuma terhad pada 2500 orang penerima saja. Dan 1 permohonan untuk 1 keluarga.
Bagus sebenarnya ada bantuan sebegini daripada kerajaan. Dapatlah mengurangkan beban waris yang tentunya kos untuk pengurusan jenazah bukannya sedikit jumlahnya. Sekurang-kurangnya, dapat memberi sedikit kemudahan kepada waris yang sedang bersedih hati.
Bantuan ini ditawarkan di Selangor menerusi pakej Kita Selangor 2.0. Bagaimana cara-cara nak memohonnya? Hadamkan info ini untuk fahami syarat, cara membuat permohonan dan lain-lain yang berkenaan.
Syarat Pemohon Yang Ditetapkan
- Anda mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Negeri Selangor. Menetap di Selangor atau bermastautin di Selangor lebih 10 tahun.
- Surat kematian dicatat meninggal dunia disebabkan Covid-19 dan disahkan oleh hospital/klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar.
- Meninggal dunia di Selangor
- Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas.
- Terhad pada 1 permohonan bagi 1 keluarga saja.
- Bantuan terhad pada 2500 orang penerima (jika anda layak, segeralah memohon ya)
Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian Akibat Covid-19
- Klik sini : https://www.selangorprihatin.com/semak-kelayakan
- Tekan button ‘mohon sekarang’ di bawah Sumbangan Khairat Kematian Covid-19.
- Di bawah button Bantuan Khas Khairat Kematian Pesakit Covid-19 One Off. Isikan nombor kad pengenalan anda.
- Tekan ‘seterusnya’
- Masukkan butiran diri dalam borang yang disediakan.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Tarikh Tamat Bantuan
Permohonan ini dibuka dari 12 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021 atau tertakluk sehingga jumlah peruntukan habis.
Sebaik lulus, dari tarikh permohonan lulus itu, waris akan menerima insentif RM1000 yang kan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja.
Untuk info lanjut boleh rujuk di link ini : Bantuan Khairat Kematian Covid-19 di Selangor