Cara Terbaik Lupus Baju Lama Tak Boleh Pakai

Lupus baju lama tak boleh pakai | Percaya atau tidak, baju lama yang dah tak boleh pakai kadangkala jadi satu masalah pada suri. Lagi-lagi yang tak tahu cara macam mana hendak dilupuskan.

Takkan nak bungkus buang dekat tempat sampah. Kerana kainnya masih boleh digunakan cuma sudah lusuh saja. Sudahnya berlonggoklah baju lama dalam rumah.

Akhirnya jadi sayang nak buang. Bertahun-tahun terperam di tempat yang sama, tak digunakan. Jangan dibiar lama-lama. Nanti jadi tempat sarang lipas, tikus, dan semut saja.

Haa.. kalau dah lipas berkumpul dalam rumah. Jadi satu masalah lain pula nanti. Sudahlah serangga itu berbau busuk.

Sebenarnya ada beberapa cara lupus baju lama yang suri boleh buat. Dan ianya dah dipraktikkan oleh sesetengah orang. Sebagaimana yang dikongsikan di grup #kemasrumahwithhani

Cara Lupus Baju Lama

Jadikan Kain Buruk

Baju lama yang lusuh terutama jenis t-shirt masih boleh dijadikan kain buruk. Kalau anda suri yang rajin, bolehlah potong bentuknya seperti kain lap pinggan mangkuk basah, atau lap bahagian dapur yang kotor.

Dah jimat, tak payah nak beli kain lap yang baru. Bila dah terlalu buruk, bolehlah buangkan saja. Taklah rasa ralat. Sekurang-kurangnya baju lama itu dah berbakti sebagai kain pengelap.

Buang Di Tong Kitar Semula

Di sesetengah tempat misalnya di kawasan perumahan, ada disediakan tong kitar semula untuk kain baju. Bolehlah anda asingkan elok-elok dalam plastik. Ikat kemas-kemas dan buang ke dalam tong kitar semula.

Tapi, pastikan juga sama ada tong kitar semula itu menerima kain baju lama yang masih boleh guna atau sebaliknya. Ada tong kitar semula yang menerima waima kain baju yang tidak boleh digunakan. Dan ada pula sebaliknya.

Lupus Baju Lama Di Kloth Care

Fabrik lama sama ada terpakai atau lupus diterima di sini. Malah, beg dan kasut lama pun Kloth Care terima juga. Ada beberapa tempat yang menyediakan perkhidmatan Kloth Care ini.

Boleh rujuk lokasi tong kuning nya di sini : Tong Kloth Care Berdekatan

lupus-baju-lama

Hantar Ke H&M

Suri juga boleh hantar baju lama ke butik H&M yang berdekatan dengan lokasi perumahan anda. Bolehlah rujuk di internet lokasi butik H&M di pusat membeli belah. Mereka menerima minimum 2 beg yang setiapnya mengandungi 5 helai baju lama.

Lupuskan Baju Lama Ke Kilang

Haa.. jangan tak tahu, suri juga boleh hantar baju-baju lama tak pakai tu ke kilang fabrik ini :

Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd
Lot 12, Jalan Sultan Mohamad 6,
Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman,
42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan
Zaki : 011-35284915

Mereka terima saja penghantaran terus atau menggunakan pos. Malah semua jenis fabrik mereka ambil termasuk kasut, beg dan soft toys.

Bolehlah cuba cara ini juga untuk lupus baju lama tak pakai tu.

Hantar Ke Grup Komuniti Setempat

Sesetengah grup komuniti menyediakan pusat belajar menjahit. Mereka memerlukan kain-kain perca untuk dijadikan bahan-bahan belajar jahitan.

Bolehlah juga bertanyakan pada kawan-kawan yang mungkin mencari fabrik untuk projek jahitan mereka.

Comments 2 Responses

  1. Netty February 8, 2022
  2. Naj April 10, 2022

Leave a Comment!

error: Content is protected !!