Ingat Buat Triis Sebelum Rentas Negeri Jumpa Keluarga

Ingat buat TRIIS sebelum merentas negeri balik ke kampung untuk melindungi insan tersayang. Terutamanya ahli keluarga termasuk kedua ibu bapa yang sudah lama tidak ditemui.

Nampaknya setelah hampir setahun tidak dibenarkan rentas negeri, kerajaan telah memberi kebenaran berbuat demikian kepada individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.

Artikel Lain: Ibu Mengandung Patut Vaksin, Elak Risiko Lebih Teruk

 Ingat buat TRIIS

PM Umum Rentas Negeri

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media baru-baru ini. Beliau berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.

“Mulai esok (Hari Ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.

“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook.

Ingat buat TRIIS

Namun begitu sebelum kita balik menemui keluarga tersayang, ada beberapa perkara perlu diambil kira bagi memastikan keselamatam kedua-dua belah pihak.

Ingat Kena Buat TRIIS Dulu

Dalam perkongsian Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya, memberi pesanan apa perlu dbuat sebelum dan ketika sudah sampai di kampung halaman masing-masing.

Ini yang perlu dibuat (ingat kena buat triis) sebelum balik kampung. Dan jika emak dan ayah belum ambit vaksin, yakinkan mereka untuk menetima suntikan yang diberi percuma oleh kerajaan. Ini bagi melindungi nya Seluruh ahli keluarga daripada mendapat jangkita lebih teruk virus Covid-19.

 Ingat buat TRIIS

izzar Alhamdulillah 90% orang dewasa di Malaysia sudah divaksinasi lengkap.Tahniah! Bolehlah merentas negeri balik kampung. 

Kepada yang enggan divaksin, kirim lah barang dari kampung. Kalau nak pulang kampung juga walaupun memilih untuk tidak divaksinasi, ingat risiko yang anda bawa kepada ahli keluarga anda.

Sebelum pulang ke kampung, buatlah penilaian kendiri C-19. Ingat TRIIS

– TEST – Buat ujian saringan C-19 kendiri

– REPORT – Laporkan keputusan ujian di MySejahtera walaupun negatif

– ISOLATE – Kalau positif. Tak perlulah pulang kampung lagi. Asingkan diri di rumah dahulu. Patuhi HSO oleh KKM

– INFORM – Beritahu kontak rapat anda positif C-19 dan maklumkan kepada CAC berhampiran jika gejala atau kesihatan semakin merosot

– SEEK – Pergi ke pusat perubatan atau CAC jika mengalami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu badan terlalu tinggi.

 Sekarang ini atas tanggungjawab masing-masing. Kalau degil juga balik kampung tanpa divaksin, apa2 yang terjadi nanti korang muhasabahla sendiri. 

Tiada siapa nak menghalang anda. Roadblock pun dah tiada. Jujurlah pada diri sendiri. Menipu kan berdosa.

Selamat berjumpa dengan orang yang tersayang

Ambil vaksinasi dan patuhi SOP.

Jangan tiba-tiba EL pulak minggu ni

#drizzarshares

 Ingat buat TRIIS

Sementara itu, bagi menjaga keselamatan apabila sebelum dan sampai di kampung perlu ingat beberapa perkara ini. Maklumlah sudah hampir setahun tidak menjengah orang tua sebelum ini.

1. Pulang ikut giliran

Sebaik-baiknya, berbincang dengan adik-beradik yang lain untuk pulang mengikut giliran sebagai langkah berjaga-jaga. Paling penting keselamatan ibu bapa yang sudah berusia terjaga.

2. Elak berhenti di R&R jika tiada keperluan

Lebuh raya dijangka sesak dengan pengguna yang ingin pulang ke kampung dan pasti ramai akan berhenti di kawasan Rehat & Rawat (R&R) untuk membeli makanan dan sebagainya.

Bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan orang ramai, adalah lebih baik tidak berhenti di R&R sekiranya tiada sebarang keperluan.

Sediakan makanan dan minuman dari rumah agar tidak perlu bersesak di R&R. Jika terpaksa berhenti, pastikan pakai pelitup muka, menjaga jarak.

3. Bersihkan diri bila sampai

Sejurus sampai di rumah, jangan terus bersalaman dan berpeluk dengan ibu bapa anda, sebaliknya terus bersihkan diri. Gunakan peluang ini juga untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Jangan pula keluar tanpa tujuan dan membawa pulang virus ke rumah dan membahayakan kedua ibu bapa kita.

4. Elak ke tempat sesak bila di kampung

Jika anda merancang untuk pulang ke kampung pada hujung minggu ini, pastikan anda mengelak pergi ke tempat sesak atau berkumpul dengan rakan-rakan.

Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak itu tanpa disedari dan membawa pulang virus itu ke kampung halaman.

5. Elak berkunjung rumah saudara mara dulu

Kalau boleh elak berjumpa sanak saudara lain ketika balik. Duduk saja di rumah dan habiskan masa bersama ahli keluarga saja. Ini bagi mengelak terkena jangkitan virus apabila berada di luar dan tidak tahu siapa bakal kita temui.

Artikel Berkaitan: Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Kesihatan

Leave a Comment!

error: Content is protected !!