Bukit Gasing : 5 Sebab Jadi Lokasi Hiking Best Untuk Beginner

Bukit Gasing ini antara lokasi hiking yang best lagi popular untuk beginner. Lokasi Bukit Gasing terletak di tengah-tengah Petaling Jaya.

Mengapa Hutan Pendidikan Bukit Gasing jadi pilihan terbaik untuk mereka yang baru nak memulakan pengalaman pendakian atau hiking ini? 

Disenaraikan lima sebab utama mengapa Bukit Gasing menjadi antara tempat yang hebat untuk beginner hiking tanpa mengira usia. Semoga pengalaman mendaki anda nanti akan jadi lebih mudah dan bermakna.

5 Sebab Bukit Gasing Lokasi Hiking Di Selangor Yang Best

Laluan Trek yang Sesuai untuk Pemula

Salah satu sebab utama mengapa Bukit Gasing menjadi pilihan utama untuk pemula adalah terdapat pelbagai laluan trek yang sesuai untuk semua peringkat usia. 

Terdapat laluan yang lebih mudah dengan ketinggian yang rendah dan trail yang mudah, yang sesuai untuk mereka yang baru mula dalam aktiviti hiking.

Sesuai dengan keluasan hutan dan bukitnya kira-kira 52 hektar dengan ketinggian 164 meter. Ini membolehkan pemula melakukan pendakian tanpa perlu menghadapi laluan yang terlalu mencabar.

Tanda Penunjuk yang Jelas

Pada pintu utama, para pendaki akan dipandu dengan papan penunjuk trek laluan. Di sepanjang laluan pendakiannya juga, terdapat tanda penunjuk yang jelas dan padat. 

Ini menjadikan ia lebih mudah untuk tidak sesat dan memastikan pemula dapat menikmati pengalaman hiking tanpa risiko tersesat dalam hutan.

Malah, sambil mendaki boleh juga ambil tahu tentang haiwan-haiwan yang ada dalam hutan sekunder ini. 

bukit gasing

Pemandangan Yang Menakjubkan

Walaupun lokasi mendaki ini adalah pendakian yang sesuai untuk beginner, ia tetap menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Apabila sampai ke puncak bukit, anda akan dapat menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur dan sekitarnya. 

Pemandangan inilah sebagai ganjaran yang memotivasikan para pendaki pemula. Dalam pada menikmati pemandangan, ada laluan trek bertangga untuk beginner hikers.

Dan tentunya laluan sebegini menguji kekuatan dan stamina anda. Jika tidak bermula di sini, bagaimana nanti anda mahu melalui trek mendaki yang lebih mencabar.

Baca juga : 30 ilmu hiking sebelum mendaki

Rekreasi dan Alam Semula Jadi

Bukit Gasing bukan hanya mengenai hiking. Ia juga adalah tempat yang hebat untuk rekreasi dan bersantai. Terdapat kawasan rehat dengan tempat duduk di sepanjang laluan, di mana anda boleh berhenti untuk menikmati udara segar dan keindahan alam semula jadi.

Walaupun terpaksa mendaki bukit bertangga yang banyak, anda tetap boleh melepaskan lelah sambil berehat di sepanjang trail pendakian. 

Yang mana, pendaki berpeluang juga menyaksikan keindahan alam di sepanjang pintu gerbang Bukit Gasing, kawasan kondominium panorama, pemandangan Pantai Hill Park dan melalui Taman Rimba Bukit Kerinchi.

Keselamatan yang Dijaga

Kawasan Bukit Gasing juga dikenal pasti dengan tahap keselamatan yang tinggi. Terdapat pihak berkuasa yang mengawasi kawasan ini, dan pendaki akan merasa selamat semasa aktiviti mereka. Ini adalah faktor penting untuk pemula yang mungkin bimbang tentang keselamatan semasa hiking.

Jadi, jika anda seorang pemula yang ingin mencuba pengalaman hiking yang menarik dan bermakna, Bukit Gasing adalah tempat yang sempurna untuk memulakan perjalanan anda. 

Dengan laluan yang sesuai, pemandangan yang menakjubkan, dan keselamatan yang dijamin, anda akan menikmati setiap saat di sini. Jangan lupa membawa bersama rakan-rakan atau keluarga untuk pengalaman hiking yang lebih menyeronokkan!

Sejarah Bukit Gasing

Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Berdekatan Bukit Kerinchi, Jalan Gasing, Bandar Baru Petaling Jaya, Jalan Templer, Kampung Pantai Dalam, Petaling Lama, Pantai Dalam malah Taman Bukit Angkasa.

Menjadikan tanah milik kerajaan seuas 52 hektar itu diwartakan sebagai hutam simpan. Dai pagi sampai ke petang, Bukit Gasing menjadi pusat rekreasi bagi penduduk setempat. 

Baca juga : Zoo Negara

Kemudahan dan Akses

Akses ke Bukit Gasing sangat mudah, terutama dari Kuala Lumpur dan daerah sekitarnya. Terdapat tempat letak kereta yang disediakan, dan laluan menuju ke bukit ini sangat jelas.

Anda boleh melawat kawasan rekreasi ini sepanjang tahun, tetapi disarankan untuk datang awal pagi untuk menghindari panas terik. Pastikan bawa air kosong untuk melancarkan perjalanan hiking anda.

Leave a Comment!

error: Content is protected !!