9 Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat & Berkesan

9 Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat & Berkesan | Selain bentuk badan yang  langsing, faktor lain kecantikan seseorang itu adalah terletak pada senyumanya. Kata orang dengan senyumanlah boleh buat kita jatuh hati pada seseorang.

Namun begitu, bagi sis cantik itu suatu yang subjektif. Tiada gunanya sekadar berwajah cantik tetapi perangainya tidak seperti apa kita gambarkan. Kalau boleh cantik itu biarlah seiring dengan personaliti.

Artikel Lain: Tip Miliki Kulit Wajah Cantik Dan Sihat, Yang Penting RAJIN!

Dan senyuman yang cantik juga perlulah disertakan dengan gigi yang putih dan bersinar, ibarat pakej lengkap kecantikan dan kesempurnaan seseorang.

Ramai yang selama ini hanya memikirkan cara bagaimana untuk memutihkan wajah. Tetapi tiada guna kalau muka saja yang putih tetapi bab gigi kuning.

Ini akan menjelaskan senyuman seseorang, malah ada juga yang rasa tak yakin jika mengalami masalah gigi kuning. Waktu ini pasti kita akan mencari cara memutihkan gigi dalam 1 hari atau cara putihkan gigi dengan cepat.

Sebenarnya terdapat banyak cara memutihkan gigi kuning, tetapi sis nak cadang 9 cara putihkan gigi dengan cepat & berkesan. Dan yang penting selamat guna 9 cara putihkan gigi dengan cepat & berkesan ini.

9 Cara Putihkan Gigi
Kredit Pic: Pexel, Shiny Diamond

Penyebab Gigi Kuning

Gemar Minum Kopi Atau Teh

Makanan dan minuman seperti teh atau kopi menjadi penyebab utama kenapa warna gigi jadi lebih gelap. Bukan itu saja, malah minuman berasid seperti minuman berkarbonat, serta buah-buahan dan syuran tertentu juga boleh menyebabkan masalah gigi kuning.

Merokok

Ini bagi mereka yang kuat merokok tak kira masa dan tepat. Produkt tembakau seperti rokok mengandungi zarah-zarah yang boleh tinggalkan kesan pada alur mikroskopisk enamel gigi. Ia akan meninggalkan kesan serta mengubah warna jadi gelap dan sukar untuk dibersihkan.

Mulut Kering

Air liar sebenarnya berfungsi untuk meneutralkan asid dan mengalirkan keluar, tetapi bagi mereka yang alami masalah mulut kering akan hilang ciri perlindungan ini. Contohnya apabila seseorang bernafas melalui mulut, ia boleh mencegah air liur daripada membasahi mulut dan dapat tingkatkan risiko menipiskan enamel gigi.

Ubatan

Rupanya pengambilan antibiotik dan ubatan juga penyebabkan gigi boleh jadi kuning. Terutama golongan kanak-kanak yang mengambil fluroda berlebihan boleh sebabkan gigi jadi kuning apabila mereka dewasa nanti.

Sebenarnya ada pelbagai cara putihkan gigi dengan cepat dan berkesan. Tidak kisahlah sama ada korang nak cara putihkan gigi secara alami atau beli produk pemutih gigi di Watson.

Artikel Lain: Rahsia Sofea Jane Masih Cantik Di Usia 53 Tahun

9 Cara Putihkan Gigi Dengan Cepat & Berkesan

1. Kunyah Makanan Sebagai Pencuci Mulut

Dikatakan kunyah makanan seperti epal, sayur saderi atau lobak merah dapat menjadikan gigi korang jadi lebih putig disebabkan teksturnya yang berserat. Ia juga dapat membersihkan makanan terlekat pada gigi serta menghilangkan (kesat) plak-plak kekuningan yang terhasil dicelahannya.

2. Cara Putihkan Gigi Guna Baking Soda

Antara petua memutihkan gigi yang paling popular adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya adalah dengan membancuh suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau setiap 2 minggu. Perlu diingat jangan guna baking soda secara melampau juga dikatakan boleh menghakis enamel gigi nanti.

9 Cara Putihkan Gigi

3. Guna Garam

Jangan tak tahu, korang juga boleh guna cara memutihkan gigi dengan garam. Ini kerana penggunaan garam dikatakan boleh menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya. Caranya adalah dengan menyapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa.

5. Kena Rajin Berus & Flos

Cara paling mudah kena rajin berus dan bersihkan gigi dengan flos. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan. Sesetengah makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.

6. Kurangkan Pengambilan Kopi & Minuman Bergula

Jangan tak tahu salah satu penyebab utama gigi kuning adalah minum kopi, selain rokok dan juga ambil minuman bersoda. Bukan kata tak boleh langsung minum air kopi, tapi perlulah hadkan pengambilannya setiap hari. Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Streptocuccus Mutans,  iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.

7. Gunakan Apple Cider atau Cuka Epal

Salah satu cara semula jadi putihkan gigi adalah dengan menggunakan cuka epal. Ambil satu sudu cuka epal dan larutkan dengen setengah cawan air. Kemudian kumur dengan larutan cuka epal berkenaan dan lakukan setiap pagi. Pastkan larutkan dulu cuka epal sebelum digunakan kerana cuka epal yang pekat boleh menghakis enamel gigi dan merosakkannya.

8. Guna Lemon

Ada juga cara mudah untuk putihkan gigi hanya guna lemon. Caranya adalah dengan menggunakan perahan lemon yang diletakkan pada gigi sama ada menggunakan berus gigi atau jari. Ratakan dulu pada bahagian enamel gigi dan biarkan lima minit. Berus lembut dan bilas seperti biasa. Tak susah mana pun cara nak putihkan gigi guna lemon.

9 Cara Putihkan Gigi
Kredit Pic: Pexel, Dominika Roseclay

9. Kena Rajin Jumpa Doktor Gigi

Jika cara memutihkan gigi kuning dicadangkan kurang berkesan, korang boleh serah diri berjumpa dengan doktor gigi. Doktor gigi akan membuat pemeriksaan dan lakukan rawatan bersesuian. Antaranya rawatan veneer. Proses ini biasanya membabitkan cara untuk pulihkan bahágian hadapan gigi agar kelihatan putih dan bentuk gigi jadi lebih cantik. Rawatan ini mampu bertahan lama tetapi kos agak tinggi sedikit.

Artikel Lain: Tempe Kaya Khasiat, 11 Manfaat Dari Sudut Kesihatan Dan Kecantikan

Cara Berus Gigi Braces

Dan bagi mereka yang memakai braces, ada beberapa cara untuk menjaganya. Anda dicadangkan memilih berus gigi yang lembut dan tidak menyakitkan. Jangan lupa untuk berkumur dengan air garam atau pencuci mulut yang berkesan. Lakukan setiap hari dan segala sisa makanan yang melekat pada braces akan keluar.

One Response

  1. Nita January 13, 2023

Leave a Comment!

error: Content is protected !!